Thursday 6 February 2014

TERESA KOK JENIS BODOH, KENAPA ADA MELAYU YANG IKUT SAMA BODOH??


Mana orang-orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR, yang kononnya anti perkauman apabila Teresa Kok memperlekeh dan mempersendakan orang Melayu dalam video ucapan tahun barunya?

Adakah orang-orang Melayu Pakatan Rakyat memang suka dipijak atau memang merelakan diri mereka diperbodoh-bodohkan oleh bukan Melayu seperti Teresa Kok?

Jika video seperti ini diterbitkan oleh Perkasa, pasti sudah berbondong-bondong penyokong Pakatan Rakyat tak kira Melayu atau bukan turun berdemonstrasi.

Tidak kurang juga yang melaungkan slogan anti perkauman dan melabel Perkasa dan juga UMNO sebagai rasis. Apa jua alasan Teresa Kok berbuat demikian sememangnya merendahkan martabat ahli parlimen di mata umum.

Sepatutnya Teresa Kok menunjukkan teladan yang baik kepada umum, lebih-lebih lagi sewaktu musim perayaan yang sepatutnya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Ini sebaliknya.

Peluang yang ada bagi meredakan ketegangan yang sedia ada disalahgunakan oleh Kok untuk terus melakukan provokasi yang berbau perkauman. Teresa Kok tidak sepatutnya mengambil pendekatan ‘politik kedai kopi’ bagi meraih publisiti murahan.

Apa lagi bila sesetengah isu yang dibangkitkan dalam video tersebut adalah isu sensitif yang bukan sahaja menyentuh kaum Melayu malah rakyat Malaysia keseluruhannya.

Walau Kok menafikan bahawa video tersebut ditujukan untuk orang Melayu namun umum boleh membaca sari kata yang disertakan bersama video tersebut.

Keengganan Kok memohon maaf secara umum juga memperlihatkan personaliti Kok yang tidak ambil pusing tentang sensitiviti masyarakat di Malaysia.

Terus tertipu

Kenyataan siapa makan cili, dia terasa pedasnya hanya memburukkan lagi situasi kerana dengan yang demikian Kok tanpa sedar mengaku bahawa video tersebut dibuat dengan tujuan memperlekeh pemimpin Melayu serta orang Melayu keseluruhannya.

Apa yang Kok lakukan sebenarnya hanya mencemarkan kredibiliti pemimpin bukan Melayu lain di dalam Pakatan Rakyat.

Malah kenyataan setiausaha DAP Lim Guan Eng bahawa DAP akan berdiri bersama Kok menentang apa yang disifatkan Guan Eng sebagai serangan Umno juga bukti bahawa mereka mengamalkan dua standard yang berbeza dalam soal isu perkauman.

Asal DAP semuanya betul dan jika orang lain maka ianya salah dan rasis.

Adakah ‘Ketuanan Cina’ telah mengambil alih Pakatan Rakyat sehingga semua pemimpin Melayu di dalamnya hanya mampu membisu apabila perkara seperti ini berlaku?

Mungkin juga inilah yang mereka mahukan – PKR dan PAS berada di bawah telunjuk DAP dan hanya berbunyi apabila diarah berbuat demikian.

Mungkin sudah tiba masanya Teresa Kok belajar tatacara yang betul dalam pembawaan diri sebagai seorang wakil rakyat kerana keangkuhan hanya akan memakan dirinya.

Bukan semua orang dapat menerima kebiadaban seperti ini, hanya yang rela dan bodoh sombong sahaja yang akan terus tertipu. - FMT


GR kata: Perlu ker tunjuk protes dengan berdemo sana sini...kenapa nak ikut cara bodoh puak pakatan haprak nie??

RAMAI LELAKI BAKAL MENANGIS MERAUNG DISEBABKAN NORA DANISH?


Jika sebelum ini Nora Danish dan Nedim Nazri tidak mengaku bercinta, namun perkembangan terkini mengatakan sebaliknya. Ini kerana, mereka berdua dilaporkan sudah membuat persiapan perkahwinan dan bakal berkahwin hujung tahun ini. Biar betik?

Malah menurut laporan Harian Metro, antara persiapan yang kononnya sudah dilakukan ialah pembelian beberapa barang hantaran. Beberapa pereka fesyen terkenal juga dikatakan sudah tersenarai untuk membuat rekaan busana pengantin.

Jika benar gosip ini, tahniah diucapkan. Iyalah, mereka boleh dikatakan sering makan angin bersama, jadi kalau dah kahwin nanti... ia pastinya dapat mengelak fitnah dan kritikan pedas. Tak gitu?


GR kata: Jangan pisang berbuah 2x yer....

POLIS YANG DULU BUKANNYA YANG SEKARANG..!! #POCA @PDRMsia @KBAB51 @Zahid_Hamidi


Pertama sekali GR mohon maaf jika tajuk di atas jika kawan-kawan dalam Polis tersinggung. Maksud yang lebih baik ialah Polis sekarang akan lebih 'bertaring' dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam khususnya untuk seluruh rakyat Malaysia.

Sedarkah kita tugas Polis lebih mencabar jika ingin dibandingkan dengan tugas lain. Setiap masa nyawa mereka sentiasa terancam dan itu semua tidak menjadi halangan pada mereka anggota Polis.

Zaman dulu tidak sama macam sekarang....kenapa?? Bila nyawa kita terancam kepada siapa kita mengadu? Bila negara huru hara, kepada siapa kita harapkan untuk menjaganya? Bila kita dirompak atau diragut apatah lagi dibunuh, kepada siapa kita memohon bantuan?

Bila berlaku jenayah berat, kepada siapa kita mengharapkan untuk menyelesaikannya? Fikirkanlah...apa pun GR yakin dengan Akta POCA yang baru ini dan akan dilaksanakan dengan secara tak langsung imej Polis kembali pada landasannya. Zaman kegemilangan ketika Tun Hanif Omar in sha Allah akan kembalikan di zaman Ketua Polis sekarang.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi membanteras jenayah terancang dan berat selepas Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dan dikuatkuasakan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, menerusi akta itu, polis diberi lebih kuasa untuk memeriksa dan menangkap penjenayah.

"Kita (polis) akan laksanakan (operasi) dengan tindakan-tindakan yang diberi kuasa kepada kita oleh POCA," katanya kepada pemberita selepas majlis Bicara Tokoh mengenai isu keselamatan negara daripada perspektif PDRM di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Pada 28 Januari lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, POCA 2012 akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

Katanya, antara pindaan yang diperuntukkan dalam POCA ialah ia diperluaskan ke Sabah dan Sarawak, tempoh tahanan siasatan dikurangkan daripada 71 hari kepada 60 hari serta Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah diguna pakai.

Selain itu POCA juga menguatkuasakan penggunaan alat pemantauan elektronik (EMD), penubuhan Lembaga Pencegahan Jenayah, perlindungan saksi, syarat pengawasan lebih ketat dan 'sunset clause' iaitu akta ini akan dikaji semula setiap lima tahun, kata Ahmad Zahid.

POCA menyasarkan golongan penjenayah terancang dan jenayah berat dengan ada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara sebagaimana yang pernah diperuntukkan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 yang telah dimansuhkan.  - Bernama

Tahniah pihak Polis, teruskan usaha membasmi jenayah berat hingga ke akar umbi. Doa rakyat Malaysia yang cintakan keamanan sentiasa mengiringi kalian semua. Jangan ada pihak cuba untuk memperlekehkan tugas Polis sebab bukan apa....yang suka perlekehkan Polis nie, kadang-kadang diaorang sendiri datang 'melutut' pada Polis. Apa citer???


 GR kata: Terima kasih Menteri KDN, Terima Kasih IGP dan terima kasih Polis.

SADIS Dera - Gagal Hafal A B C, Cikgu Tusyen Dera Anak Murid



Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.



Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selaindirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.



Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.
Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.

“Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.

COOL - MindBlow Minda Anda Dengan Beberapa Gambar

Meh sama2 kita betulkan kembali minda yang kusut masai denan melihat perkara takjub yang tercapai akal manusia.. Well know, untuk tenangkan fikiran kenalah tengok benda yang cantik dan menakjubkan..


Ganas - Patung Lilin iCity Kena Pedajal !

Pihak icity dah maklum, pameran tu masih berjalan seperti biasa cuma area yang terbakar tu ditutup.. Saper nak tengok lebih details patung kena bakar.. Bleh la ziarah pusara patung terbakar di icity shah alam..




Polis memburu tiga lelaki bertopeng yang membakar patung dalam muzium lilin pertama negara, Red Carpet@i-City selepas meneliti bukti dikemukakan i-Berhad ketika membuat laporan polis mengenai kejadian berlaku Rabu lalu.

“Polis meneliti rakaman berkenaan yang diserahkan syarikat itu dan gerakan memburu tiga lelaki memecah masuk muzium sebelum membakar patung berkenaan, kini giat dijalankan.

“Mereka yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api,” katanya.

Sementara itu, i-Berhad dalam kenyataan dikeluarkannya di sini, semalam, menyatakan muzium itu beroperasi seperti biasa dengan hanya menutup bahagian utama pameran untuk kerja baik pulih.

SERIUS : Anti Islam - Umat islam Di Bangui Di Bunuh Pelampau Kristian

Rohingya, tak terbela, palestin jangan cakap la.. Now kat afrika.. Dari sumber dari menyatakan ada puak yang bernama anti balaka... Yang mmg anti islam di afrika..


BANGUI - REPUBLIK AFRIKA TENGAH. 



Sekumpulan pelampau Kristian bertindak menyerbu dan membakar rumah penduduk Muslim di ibu negara Republik Afrika Tengah.


Dipetik Press TV:
Insiden itu menyebabkan orang Islam di kawasan kejiranan Miskin terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Difahamkan, serangan terbaru tersebut terjadi sehari selepas Ketua Delegasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Georgios Georgantas menyuarakan kebimbangan terhadap insiden keganasan agama.


Januari lalu, dua penduduk Islam di kawasan kejiranan sama maut akibat ditetak lelaki bersenjatakan parang.  
Konflik di Republik Afrika Tengah itu tercetus selepas bekas Presiden Francois Bozize digulingkan militan Seleka, Mac lalu.


Bagaimanapun, konflik berdarah di negara tersebut memuncak selepas kumpulan pelampau bersenjata Kristian melancarkan serangan ke atas orang Islam hingga menyebabkan lebih 2,000 terkorban, Disember lalu.

Gila - Wanita Iran Kena Bunuh Sebab Tak Nak Seks.

Ini #iran punya cerita.. 


Kejam, keji.. Nafsu + Arak = manusia jadi bengong..

Milan:
Sepasang kekasih didakwa menjerut rakan serumah mereka hingga mati sebelum membawa mayat mangsa di dalam beg pakaian sejauh 400 kilometer ke Venice.



Pembunuhan itu dilakukan selepas mangsa, warga Iran, menolak melakukan seks dengan mereka.
Mayat Mahtab Savoji, 29, ditemui dalam beg yang terapung.


Gagandeep Kaur, 30 dan Rajeshwar Singh 28, yang berkongsi bilik dengan mangsa ditangkap semalam berhubung pembunuhan itu.

Gagandeep dan Rajeshwar, kedua-duanya warga Iran mendakwa mereka cemas dan menyembunyikan mayat Mahtbab selepas menemuinya mati Isnin lalu setelah minum terlalu banyak arak.


Kedua-duanya, pekerja hotel, membuang mayat mangsa selepas membawanya di dalam beg dalam perjalanan selama 20 jam dengan tiga kereta api.


Polis menahan pasangan itu kerana meragui kenyataan mereka.

Gagandeep dan Rajeshwar dirakam oleh kamera litar tertutup di stesen kereta api Venice apabila mereka tiba dengan beg berisi mayat itu sebelum mereka kembali ke Milan dengan teksi.


Polis percaya mangsa dibunuh kerana menolak melakukan seks oleh pasangan kekasih itu.

SERIUS Bencana - Salju Tebal Di Iran Mengingatkan Episod 50 Tahun Dahulu

Minggu lepas ada duk provoke pantai timur akan turun salji. Tapi takde pun salji. Yang ada suhu mmg sejuk tahap kena selimut. Takde la sampai kena pakai baju eskimo bagai..Iran tak pernah menghadapi snowstorm macam ni. Latest pun 50 tahun lepas. 


COOL : Driver Bas Wanita, Jawatan Kosong Baru Malaysia

Jangan harap korang dah pegang degree, al-confirm dapat kerja gaji kebabooom. Takde maknanya.. Semua tu kena usaha n pandai cakap.. Ko pandai pusing sana sini. Dapat la kerja.. Tambah pulak kena bersaing dengan pendatang asing. Tak cukup sangat pekerja kat malaysia ni.. 


Kaum wanita khususnya golongan ibu tunggal di Lembah Klang kini berpeluang menambah pendapatan isi rumah apabila Rapid Bus Sdn. Bhd. mengumukan :

500 kekosongan sebagai pemandu atau kapten bas dengan gaji mencecah RM3,000 sebulan.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zohari Sulaiman berkata :

Jumlah itu diperlukan untuk menyelesaikan masalah kekurangan pemandu bas RapidKL wanita yang dihadapi pihaknya.

Setakat ini, hanya 60 kapten bas wanita berusia dalam lungkungan 20 hingga 40-an yang berminat dengan kerjaya tersebut.

Sadis - Rumah Urut Berahi Yang Menjadi Santapan Polis



Gombak: 

Tiga rumah urut menawarkan urutan ala Thai sekitar Rawang di sini, diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata :

Dalam operasi itu seramai 16 wanita warga Thailand yang ditahan, dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka.

“Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan yang menggajikan pekerja warga asing ini.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM180, empat kondom, lima botol minyak urut, empat tuala, kunci bilik dan kertas jadual kerja,” katanya.Rohan Shah berkata, semua wanita warga Thailand yang ditahan itu berusia antara 20-an hingga 30-an.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran,” katanya.

Pemilik premis boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit. Eh??

“Kegiatan mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 serta Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana mengurus dan menjalankan premis pelacuran,” katanya.

Isu JDT T-Team : FAM Bagi Kemenangan JDT 3-0

Isu hot terowong tahun ni.. Bolasepak malaysia yang panas sepanas. Lebih panas dari BPL dan FIFA WORLD CUP. Bangga doeeee! 


Info Asal : FAM

WTF : 10 Objek Aneh Yang Dilempar Oleh Penyokong Ke Dalam Padang Stadium Bola Sepak

Inilah beberapa benda pelik dan aneh yang pernah ‘menghiasi’ padang bola sepak sepanjang catatan sejarah bola sepak dunia: 


1.Kepala babi

Kepala babi yang dilemparkan oleh penyokong ketika perlawanan Real Madrid bertemu Barcelona.

“Euwwww, mungkin ini adalah perkataan pertama yang keluar dari mulut jika anda menyaksikan peristiwa ini. Satu kepala babi telah dilemparkan ke dalam padang oleh penyokong Barcelona sebagai protes kekesalan terhadap pemain Luis Figo yang berpindah kelab.

Perpindahan kelab oleh pemain adalah hal yang biasa terjadi tetapi bagi peminat bolas sepak, ia adalah suatu yang amat dikesalkan.

2. Bom Tangan


Bom tangan yang pernah dilempar ke atas padang oleh penyokong pada tahun 1966 (Gambar Hiasan)

Amat menakutkan jika salah satu benda paling berbahaya ini berada di atas padang stadium, tapi memang benda inilah yang dilemparkan penyokong ke arah padang ketika pertandingan Milwall dan Brentford di Den Lama kepada penjaga gol Brentfors, Brodie Chic .

Lantas, Brodie meminta penjaga garisan untuk memeriksa benda apa yang dilemparkan kearahnya. Setelah penjaga garisan memeriksa dan memastikan ternyata bahwa benda itu adalah bom tangan. Perlawanan yang berlangsung pada tahun 1966 itu sekaligus telah menimbulkan kekecohan dan pengadil terpaksa membatalkan perlawanan tersebut.

3. Motosikal Skuter


Skuter yang telah dibakar oleh penyokong sebelum dilemparkan ke atas padang

Siapa sangka benda sebesar skuter menjadi pilihan para penyokong untuk dilemparkan ke atas padang. Insiden ini terjadi ketika perlwanan Inter Milan bertemu Atalanta. Sebelum sepak mula, kejadian pertama dimulai oleh penyokong Inter Milan mencuri sebuah motosikal skuter dari penyokong Atalanta dan mereka telah memasukkannya ke dalam stadium untuk dilemparkan ke atas padang.

4. Arnab

Binatang comel ini pernah masuk ke padang bola sepak ketika perlawanan antara Apoel vs Omonia Nicosia yang berlangsung, di Greece.


5. Bola pantai


Suatu perkara yang pelik jika di stadium bola sepak dipenuhi dengan bola pantai. Peristiwa ini terjadi ketika perlawanan Celtics vs Glasgow di Scotland.

6. Babi


Seekor babi yang di bawa oleh penyokong

Jika kepala babi pernah dilempar ke atas padang oleh penyokong Bercelona kerana kekesalannya mereka terhadap Luis Figo, tetapi kali ini para penyokong yang ekstrim pernah membawa masuk seekor babi ke dalam padang bola sepak ketika perlawanan melibatkan salah satu kelab di Poland.

7. Botol whisky(Arak)


Botol whisky yang habis diminum oleh penyokong ini dilemparkan ke atas padang begitu saja ketika perlawanan Atletico dan Sevilla pada tahun 2006.

8. Donat


Mungkin terlintas difikiran kita, sayang sekali untuk membuang makanan dengan sia-sia ke atas padang. Namun inilah yang dilakukan oleh penyokong Hajduk Split (Croatia) kepada presiden kelab mereka sebagai protes menyindir individu itu yang kebetulan presiden itu memiliki perusahaan kuih donat.

9. Vibrator(alatan seksual)


Memang ekstrim dan keterlaluan apabila kelihatan beberapa vibrator ini dilemparkan ke atas padang, benda sebegini turut menjadi sasaran oleh penyokong fanatik di Argentina.

10. Bola tenis


Dengan tindakan untuk menarik perhatian media, para penyokong Hull City melakukan aksi nekad melempar bola tenis pada perlawanan BPL di Stadium Reebox ketika menentang Bolton.

Walaupun ia sinis dan lucu, tindakan melempar sesuatu ke atas padang adalah suatu yang tidak patut di lakukan kerana ia sekaligus telah mencerminkan moral penyokong yang teruk dan menghampakan pasukan tersebut akibat sikap penyokong yang terlalu ekstrim dan keterlaluan.

SERIUS : Hukum Meniup Lilin Dan Menyanyi Ketika Menyambut Hari Jadi

Soalan :


Bolehkah menyambut hari jadi (birthday) dengan meniup lilin dan bernyanyi….Setengah orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?

Jawapan :

Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.Meninggalkan solat dan sebagainya.

Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Gambar Hiasan

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka.

Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam.

Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan.

Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat.

Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

SEIRUS : 5 Wanita Muslim Terkaya Dan Tercantik Di Dunia

Wanita itu lahir hanya dengan 2 pilihan, iaitu cantik atau bijak? Ternyata, ada ramai wanita yang memiliki wajah cantik, bijak dan mampu menguruskan kewangannya dengan baik. Wanita-wanita ini pada akhirnya menjadi inspirasi bagi wanita yang lain.


Yang cukup membanggakan, wanita-wanita muslimah ini menjadi wanita yang dipilih berdasarkan kejayaannya. Mereka tidak hanya cantik, tetapi juga bijak mengurus kehidupan dan punya kekayaan yang melimpah dan memiliki keluarga bahagia.

Jom lihat senarai wanita muslim yang cantik dan hebat yang dimaksudkan berdasarkan sumber majalah Forbes.

Putri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah Anak kelima dari Sultan Hasanal Bolkiah lahir pada 12 Mac 1980.

Dengan kehidupan mewah dalam keluarga diraja mereka tetap tampil sebagai wanita yang sederhana. Juga bergelar seorang ibu dan memiliki kehidupan rumahtanga yang bahagia. Sultan Brunei adalah salah seorang pemilik kekayaan terbesar di dunia, maka hal ini diwarisi turun menurun pada putrinya.


2). Ratu Rania Al Abdullah


3).Sultanah Nur Zahirah

Sultanah Terengganu yang paling dihormati kerana menjadi wanita pertama Malaysia yang berhijab. Nur Zahirah adalah isteri kepada Sultan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Wanita ini lahir pada tahun 7 Desember 1973. Gelaran tertinggi yang pernah dimiliki beliau adalah Permaisuri Agong Malaysia ke-13.

Sebagai keluarga kerajaan Sultanah Nur Zahirah sering mengikuti acara-acara rasmi diraja.


5).Putri Lalla Salma

Wajahnya yang seakan-akan aktres Hollywood. Beliau adalah Putri Lalla Salmam, isteri dari Raja Mohammed VI di Maroko. Putri Lalla lahir pada 10 Mei 1978. Memiliki wajah yang cantik dan berkulit mulus menjadikan beliau sering mendapat perhatian seluruh dunia.

Meskipun sudah menjadi seorang putri dan memiliki kekayaan melimpah, Putri Lalla dikenal sebagai seorang yang peramah dan sederhana. ketika ini Putri Lalla sudah menjadi ibu kepada dua orang anak. Kekayaan yang dimiliki keluarga ini menurut majalah Forbes adalah mencecah di angka USD20,5 Million.

SERIUS : 6 Fakta Tentang KFC Yang Anda Tidak Tahu

Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran francais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda kisah di sebalik kejayaan KFC?


Selama ini kita hanyalah tahu menikmati ayam goreng KFC itu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih dan berjanggut putih, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.

Dalam entri ini, kami ingin berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.

Colonel Sanders

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada tahun 1896, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan “Kentucky Colonel”.

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk membina cawangan bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.