Sunday 12 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL, APA KATA NIK AZIZ? #maulidurrasul


Esok adalah sambutan Maulidur Rasul. Marilah kita berselawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Mari kita bersama berselawat ke atas Rasulullah S.A.W tanda kasih dan cinta kita pada Rasulullah S.A.W.

Masihkah kita ingat dengan kata-kata ulamak selipar nie. Katanya sambutan Maulidur Rasul adalah cara Kristian. Kita yang punya akal fikiran bernas dan iman yang kuat seharusnya boleh menilai kata-kata ulamak selipar nie.




Inilah ulamak selipar memerangkap ulamak politik yang sepatutnya ditegur dia tak tegur tapi persoal pula sambutan maulidur rasul..

Bab nama Allah S.W.T dilacurkan dia tak kisah. Kepala taik khawarij PAS ini tak sudah sudah dengan hujah separuh masak. Diri sendiri setiap tahun potong kek apa kejadahnya.??

Apa pun kita sebagai umat Islam seharusnya buat perkara yang berlandaskan hukum hakam Islam yang sebenar. Usah dengar dan percaya kata-kata ulamak yang cakap entah apa-apa. Lihatlah Al-Quran dan ikut sunnah Rasulullah S.A.W nescaya kita berjaya dunia dan akhirat.


Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107).

Imam Syafie Rahimahullah berkata: 

“Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”




GR kata: Mari Kita Bersama-sama Meraikan Program Malam Cinta Rasul Di Masjid Kg. Bharu, K.Lumpur malam ini 13/1/2014 bermula jam 7 malam.

Nora Danish Adakan Majlis Doa Selamat Untuk Hari Lahir Anaknya, Putra Rayqal (18 Gambar)

Nora Danish Adakan Majlis Doa Selamat Untuk Hari Lahir Anaknya, Putra Rayqal| Sambutan hari jadi kelima anak Nora Danish iaitu Putra Rayqal disambut dengan mengadakan kenduri doa selamat. Dengan menjemput anak-anak yatim sekolah tahfiz, Nora mengadakan majlis doa selamat untuk meraikan hari penuh makna ini. 









SERIUS : 'Sultan Melaka' Tawar Dr Maza Jadi Mufti Melaka?

BEKAS Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai DrMAZA telah mengeluarkan status tweet bertanyakan kepada ‘Sultan’ Melaka Raja Noor Jan Shah kenapa beliau teringin sangat menuntut takhta Sultan di negeri paling bersejarah itu?


“Kenapa nak jadi Sultan sangat?” kata DrMAZA dalam tweetnya melalui akaun Twitter beliau @realDrMAZA.Membalas tweet dari DrMAZA, Raja Noor Jan berkata bukan kehendak beliau untuk menjadi Sultan tetapi ia kehendak negeri.

“Bukan ‘beta’ yang nak jadi Sultan, negeri Melaka yang perlukan beta, Nak jadi mufti beta?” katanya sambil menawarkan jawatan Mufti Melaka kepada DrMAZA.

Kemudian, DrMAZA dilihat tidak menyambung perbualan di Twitter selepas menyedari Raja Noor Jan sudah mula merepek dengan menawarkan pula jawatan di bawah pemerintahan yang tak wujud pun.

Mungkin DrMAZA akur kesilapannya memulakan perbualan dengan individu yang tidak berapa nak betul tu, seraya terus membuat keputusan tidak meneruskan perbualan.

Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ sebaliknya ulamak muda Umno yang juga seorang dari Exco Pergerakan Pemuda turut diusik oleh pengguna Twitter lain sama ada ingin mencuba nasib menjadi Mufti negeri Melaka.

Ustaz Fathul Bari yang menjawab gurauan itu menyindir DrMAZA dengan berkata biasanya Sultan akan mengambil orang yang setaraf dan sehaluan dengan ‘baginda’ sahaja untuk menjadi pegawai kanan kerajaan seperti mufti.


Ustaz Fathul Bari menyindir DrMAZA selepas kes laman Facebook beliau tanpa usul periksa memuatnaik gambar hiasan dalaman sebuah jet dan mendakwa ia adalah jet baru kegunaan Perdana Menteri yang selepas itu terbukti palsu.

Raja Noor Jan pula tiba-tiba kini muncul menuntut kembali takhta Sultan dengan membawa bukti surat pengiktirafan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa beliau adalah sebenarnya Sultan Melaka.

Dalam politik, semua babak dan gelagat ada. Ada serius, marah dan ada juga kelucuannya. Seperti kes Raja Noor Jan yang membuatkan ramai tertawa kerana kelucuan tuntutan dan juga lagak tuan empunya badan itu.

Mengenai akaun Twitter Raja Noor Jan, tidak diketahui siapa yang mengendalikan akaun Twitter berkenaan kerana ada tweet bahawa Raja Noor Jan berjanji untuk belanja semua rakyat Melaka air sirap selasih secara percuma, “free flow’ lagi.

COMEL : Fasha Sanda dan Jejai Juga Sambut Hari Lahir Putra Rayqal (6 Gambar)

Hari lahir Putra Rayqal disambut bersama Fasha Sanda dan Jejai. Untung la mempunyai 2 orang ibu yang betul - betul menyayangi beliau. terharu.




SERIUS - Contoh Penggunaan Kalimah Allah Dalam Kitab Bible Versi Bahasa Melayu

FAKTA KOT - Contoh Penggunaan Kalimah Allah Dalam Kitab Bible Versi Bahasa Melayu | Di laman sosial baru - baru ini sudah mula tersebar petikan kandungan Bible berbahasa Melayu dengan beberapa bahagian kalimah Allah digunakan di dalamnya. Dalam beberapa ayat Bible itu, disifatkan sebagai ‘Allah’ itu menurunkan anaknya yang jelas dalam Islam bahawa Allah SWT itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.


Dalam petikan ini, ia memetik bahagian Yohanes verse ke 16 dan 17 yang mengandungi penerangan berkenaan ‘Allah’ dan anaknya jelas digunakan dalam konteks agama Kristian. Jika Bible ini dibaca oleh pelajar sekolah menengah atau rendah beragama Islam tanpa didikan atau peringatan daripada guru agama atau keluarga, mereka akan mudah terpedaya sekaligus terpengaruh dengan ideologi Kristianiti.

Secara tidak langsung, kita boleh mengetahui apakah niat sebenar di sebalik keinginan mereka yang hendak sangat menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan dicetak pula dalam Bahasa Melayu. Jika Bible menggunakan kalimah ‘Allah’ dan dicetak dalam Bahasa Inggeris, umat Islam Melayu tidak akan mengambil kisah kerana ketidakfahaman dan jelas ayatnya terpesong.

Lebih-lebih lagi apabila menceritakan kononnya Allah ada anak yang dinamakan sebagai ‘Son’. Tetapi, jika mereka cetak Bible dengan Bahasa Melayu dan disertakan dengan kalimah Allah, kedengarannya begitu dekat dengan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam kerana Tuhan dalam agama Islam ialah Allah SWT yang satu.

Dengan majoriti penduduk di Malaysia adalah berbangsa Melayu, jadi lebih mudah Kristian itu disebarkan kepada orang Melayu beragama Islam jika ia dicetak dalam Bahasa Melayu dan ada kalimah ‘Allah’ di dalamnya.

SHIT - TEMBAK MATI JIRAN KERANA PERBALAHAN TAHI ANJING

Unker Chung Kim (76) didapati bersalah oleh mahkamah Texas khamis lalu atas kesalahan membunuh dua orang jiran beliau Febuari tahun lalu. Chung Kim dikatakan hilang sabar dengan perangai jiran beliau Michelle Jackson (31) dan Jamie Stafford (31) yang membiarkan anjing peliharaan mereka untuk membuang najis di balkoni. Selepas itu pasangan ini dengan selamba menyapu tinjaan anjing mereka ke bawah dan mengotori balkoni milik Chung Kim. Michelle dan Jamie dikatakan melakukan tabiat kotor ini selama berbulan lamanya sehingga Chung Kim hilang sabar. 


Beliau mengaku hilang pertimbangan dan membunuh jiran beliau. Pakcik tua ini walaubagaimanapun mendakwa beliau tidak ingat langsung apa yang beliau lakukan pada hari tersebut. Mahkamah mendapati beliau bersalah tetapi masih belum menjatuhkan hukuman ke atas beliau. Hukuman paling berat yang boleh diterima beliau ialah penjara seumur hidup tanpa peluang untuk mendapatkan parol. 

Jadi ingatkan rakan-rakan janganlah jadi jiran yang perangai macam tinja. Mungkin jiran anda akan hilang kawalan diri seperti Butterfingers dan menembak anda sehingga mampos. On a side note we have a neighbour yang suka campak tuala wanita dan lampin bayi ke bawah. Bangun pagi nampak pad berdarah dan pampers penuh tahi di parking lot. Dirty motherfuckers are everywhere. Nasib baik Malaysia tak ada pistol!


Laporan asal Dallas News

COOL - MARI LIHAT RUPA KEDAI GUNTING RAMBUT DI NIGERIA (16 GAMBAR)

Di Malaysia kedai gunting India masih merupakan kedai gunting rambut paling best. Dengan bayaran 10 ringgit boleh dapat haircut dan pusing kepala sampai rasa ringan. Sejak berdekad lamanya kami perasan rekaan kedai gunting rambut India Malaysia tidak berubah. Design semua default and this is not a bad thing. We all like things tha reminds us of our childhood. Anyway di Nigeria juga ada rekaan kedai gunting rambut default mereka. Jurugambar Andrew Esiebo yang berasal dari Nigeriamengambil gambar kedai gunting rambut seluruh Nigeria unuk tatapan generasi akan datang. Nice ada Tupac!



Laporan asal Studio Africa


COOL - WAT DENGAN 1 000 000 PATUNG BUDDHA (14 GAMBAR)

Wat Phra Dhammakaya ialah kompleks wat Buddha terbesar di Thailand dengan luas 4 kilometer persegi. Di tengah-tengah kompleks ini terdapat sebuah stupa gergasi yang menyerupai sebuah UFO. Pada permukaan luar stupa ini diletakkan 300 000 patung gangsa yang disadur emas manakala di bahagian dalamnya terdapat 700 000 patung yang sama. Setiap hari ratusan ribu pengikut Dhammakaya akan bertafakur dan berdoa secara pukal. Kompleks gergasi ini juga merupakan tempat tinggal bagi 3000 orang sami. Pegerakan Buddha Dhammakaya ini dipenuhi kontroversi kerana dikatakan menyimpang dari ajaran sebenar. Ia diasaskan pada tahun 1970 dan semakin berkembang. Kompleks Wat Phra Dhammakaya yang bernilai USD 1 Billion ini dibina menggunakan wang sedekah pengikut. Terdapat dakwaan yang mengatakan terdapat penyelewengan wang dikalangan pihak atas pergerakan agama ini. Sungguhpun begitu Wat Phra Dhammakaya masih menjadi tarikan pelancong dan ratusan ribu pengikutnya. Jika anda ke Thailand Wat Phra Dhammakaya terletak hanya 16 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok. Look cool!



Laporan asal AmusingPlanet

COOL - BIBLIOTECH LIBRARY : PERPUSTAKAAN DIGITAL PERTAMA DUNIA (15 GAMBAR)

Sejak kebelakangan ni jualan buku fizikal di Amerika Syarikat semakin berkurangan kerana pengguna lebih gemar membeli buku edisi elektronik. Selain daripada itu buku digital dijual pada harga yang lebih murah. Ini mengakibatkan kedai buku ternama Borders mengisytiharkan diri mereka bankrap kerana jualan yang semakin menyusut. Oleh sebab itu di San Antonio Texas, Perpustakaan BiblioTechyang 100% digital dibuka. Perpustakaan digital sepenuhnya pertama dunia ini dibina dengan harga USD 2.3 Juta dan hanya dilengkapi 48 iMac, 10 MacBook Pro dan 40 tablet iPad. Ia mempunyai koleksi 10 000 buku yang boleh dimuat turun oleh pengguna. Setiap pengunjung boleh meminjam 5 buah e-buku didalam sebuah iPad pada satu-satu masa. Terdapat juga bilik bacaan khas untuk kanak-kanak dengan komputer skrin sesentuh Microsoft Surface. Menurut BiblioTech, sambutan penduduk San Antonio sangat menggalakkan dan perpustakaan ini sentiasa penuh selepas waktu persekolahan. Adakah perpustakaan digital bakal menggantikan perpustakaan tradisional sepenuhnya pada masa hadapan? Secara peribadi kami rasakan buku fizikal jauh lebih selesa dibaca dan sekiranya buku terjatuh keatas muka ketika dibaca dalam posisi berbaring, kebarangkalian muka akan tercedera adalah jauh lebih rendah!



Laporan asal Design Taxi

SERIUS - PERANG KEAGAMAAN DI REPUBLIK AFRIKA TENGAH : APABILA KEBENCIAN MEMUNCAK (20 GAMBAR)

Perang keagamaan sedang memuncak di Republik Afrika Tengah. Ia melibatkan peperangan diantara minoriti Islam dan majoriti Kristian. Konflik bermula apabila Seleka, sebuah kumpulan militan Islam berjaya membentuk kerajaan baru selepas menggulingkan kerajaan yang sedia ada. Ini amat mengejutkan penduduk RAT kerana negara ini hanya mempunyai 15% penganut agama Islam. Keadaan menjadi semakin teruk apabila Seleka membunuh, menyeksa dan membunuh penganut kristian bagi memastikan mereka kekal berkuasa. Penduduk kristian kini bangkit bagi menentang kerajaan Seleka dan akibatnya penduduk beragama Islam yang tidak berdosa pula kini diburu, diseksa, dibunuh dan dirogol. Inilah yang terjadi apabila kebencian agama semakin memuncak



Laporan asal The Atlantic