Friday 31 January 2014

SERIUS LOL - BUKTI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI SABAH ADALAH PALING UNIK

Serious memang power gila Sabah!



Laporan asal KennLeAndre

SERIUS KONSEP - REKAAN RUMAH AMAL RONALD MCDONALDS (10 GAMBAR)

Jika anda makan di McDonalds kami yakin anda pernah melihat logo Ronald McDonalds Children Charity yang menyedahkan peratusan jualan kepada beberapa badan amal. Di Hamburg, Jerman badan amal ini akan membina sebuah apartment khas yang boleh digunakan ahli keluarga pesakit yang mempunyai sanak saudara di dalam hospital berdekatan. Ronald Mcdonald House akan memberikan tempat tinggal yang selesa untuk ahli keluarga yang tidak mampu menyewa hotel sepanjang tempoh rawatan ahli keluarga mereka. Paling best konsep di bawah ialah rekaan Zaha Hadid superstar dalam bidang arkitek sekarang. Sangat cool. Di Malaysia kalau ada macam ini bagus juga. Tak adalah nampak sanak saudara tertidur dengan amat tidak selesa di tepi katil di dalam wad. Kesihatan ahli keluarga kita harus peduli juga. Tahniah McDonalds atas inistiatif ini. 



Laporan asal Dezeen

SERIUS COOL - 2014 MERCEDES-BENZ A45 AMG PETRONAS GREEN EDITION (11 GAMBAR)

Ini sebabnya kenapa Petronas sponsor Mercedes! Dapat exposure lebih besar dan hasilkan kenderaan edisi terhad. 2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition ialah A45 AMG edisi terhad kepada 30 buah keretasahaja. Bad news is ianya hanya dijual untuk pasaran Maria Ozawaland. Bad luck Malaysians! Kereta ini diperkasakan enjin 2 Liter Turbocharger 4 silinder dengan 360 kuasa kuda. Hot hatch! Harga masih belum ditetapkan. Cantik jugak warna acccent hijau Petronas kereta ni, 



Laporan asal TopSpeed

SERIUS KREATIF - LUKISAN TAHUN BARU CINA MENGGUNAKAN ALAT SOLEK OLEH RED HONG YI (12 GAMBAR)

Red Hong Yi ialah seorang artis yang berasal dari Sabah sebelum ini. Hari ini mari lihat lukisan Tahun Baru Cina 2014 beliau yang dihasilkan menggunakan alat solek. Kreatif!



Laporan asal RedHongYi

SERIUS CUTE - 18 COSPLAY KANAK-KANAK YANG PALING COMEL DALAM SISTEM CAKERAWALA

Nuff said.........Apa kegemaran kami? Kami rasa Lil Frodo dan Oompa Lompa paling comel.


Laporan asal Pinterest

SERIUS LOL - TWEET TERBAIK HARI INI #10 : PENGARAH AHMAD IDHAM KENA PWNED

Ha ha ha........ genius reply!


Laporan asal Twitter

SERIUS LOL - #OHMYMALAY - TYPO YANG 18SX

Bertabahlah....... Mesti di sekolah ini adalah jenaka kutuk nama bapak yang paling common.



Laporan asal Neddokhan

#N25Kajang: Anwar Guna Tektik Biasa, BN Masih Nak Tabur 'Emas' Pada Cina Macam Dulu Ker? @NajibRazak @anwaribrahim @MuhyiddinYassin

Sejak Anwar mula menawarkan diri beliau sebagai calon bertanding di DUN Kajang, pakatan haprak sudah mula menjalankan kempen kotor mereka. Seperti biasa pelbagai fitnah dan tomahan yang dilemparkan pada pengundi Kajang.

Dalam tinjauan GR sendiri di Kajang, rata-rata pengundi Kajang masih pelik kenapa ADUN yang mereka pilih sebelum ini meletakkan jawatan serta merta? Walaupun dari PKR, ADUN ini seorang yang rajin dan kuat bekerja untuk rakyat. Kenapa perlu ditukar??

Adakah persoalan ini Anwar boleh memberikan jawapan yang munasabah?

Tak sampai setahun memegang amanah rakyat, boleh dibuang atau ditinggalkan begitu saja. Inikah demokrasi yang dihebohkan sejak dulu lagi baik dari mana-mana parti politik sekali pun. Ada yang kata, rakyat Kajang harus 'bersyukur' kerana pemimpin bertaraf dunia menjadi wakil rakyat mereka. Jika Anwar ini bertaraf dunia, kenapa Permatang Pauh dari dulu sampai sekarang sama saja, tiada sebarang perubahan baik yang dilakukan oleh beliau?

Jom baca pandangan rasional masyarakat di Kajang dan mempersoalkan kenapa demokrasi dilacurkan sedemikian rupa oleh pakatan haprak:

Ada penduduk tempatan yang kurang menyenangi tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat di situ.

Beberapa pengundi yang ditemui  masih kurang jelas akan manfaat pilihan raya kecil itu buat mereka.

Samuri Dahlan, 57, (kiri)  tidak faham sebab pilihan raya kecil itu perlu diadakan kerana bekas wakil rakyat, Lee Chin Cheh masih hidup dan sihat.

Pemilik kedai makan itu berkata kerajaan negeri sepatutnya fokus kepada membangunkan bandar Kajang, dan bukan mencetuskan satu lagi pilihan raya kecil.

“Kenapa dalam masa terdekat kena ada pilihan raya? Sepatutnya (pilihan raya) ada bila wakil rakyat meninggal dunia.

“Jika penuhi kemahuan peribadi, tak perlulah menerusi pilihan raya.

“Tidak tahu kenapa ADUN itu letak jawatan, sudah pasti adanya pembaziran jika hanya suka-suka, buang masa dan duit,” katanya yang memiliki nama sama dengan pengasas sate Kajang, Datuk Samuri Juraimi.

Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Lilyzurey, 35, dari Taman Sungai Kantan, merasakan tindakan tersebut mempermainkan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya lepas.

“Bekas ADUN ini dia macam mempermainkan mandat rakyat kepada dia. Sesuka hati hendak bagi peluang kepada orang lain (Anwar).

“Sultan sudah perkenan dia sebagai ADUN. Sepatutnya kalau kes macam ini bekas ADUN perlu didenda. Dia tak boleh sewenang-wenang buat macam ini,” katanya.

Rus Azlan Othman, 29, (kiri) dari Saujana Impian pula mahu kekosongan kerusi itu diisi segera demi manfaat penduduk Kajang.

“Tak tahu apa sebab dia (Lee) letak jawatan tapi tempat yang kosong tu perlu diisi dalam masa sebulan.

“Perkara ini ada pro dan kontra, buat dalam masa terdekat, PRK tak membazir sangat.

“Kalau buat lewat, kita rakyat tiada tempat mengadu, memang pembaziran masa, memang membazirlah PRK tu, tapi kalau tak buat PRK pun masalah juga,” katanya.

Sementara itu, Chen Chooi Har, 36, berpendapat Anwar tidak diperlukan di Kajang dan berasa ‘ditipu” dengan percaturan politik demikian.

“Saya rasa tertipu dengan PKR, Lee Chin Cheh menang dan saya tak nampak dia di sini, pengundi yang mengundi Lee pada 5 Mei buta sehingga menolak BN.

“Apa PKR buat sehingga ini belum jelas dan saya berasa ditipu,” katanya.

Seorang suri rumah, Agnes Lee, 42, (kiri) kecewa kerana tahun lalu adalah kali pertama beliau mengundi di Kajang dan kini terpaksa keluar mengundi sekali lagi.

“Pilihan raya patut berlaku pada waktu khas, tetapi apabila anda (PKR) mengadakan pilihan raya itu sekarang, saya tidak bersetuju.

Pada masyarakat di Kajang, bersiap sedialah dengan kempen biasa yang pakatan lakukan jika ada PRK di Kajang. Isu dakwat tak kekal dan paling best 'pengundi Bangla' a.k.a hantu jika BN menang di kawasan tersebut.


Sehingga kini tiada sebarang bukti kukuh yang diberikan oleh pakatan haprak. Hanya omong kosong saja....kalau dah bersalah kenapa sampai sekarang tak berani minta maaf. Macam tu pun masih ada rakyat yang bodoh dan buta kayu kerana terpengaruh dengan mulut manis pakatan haprak.

GR juga berharap, jika SPR mengumumkan ada PKR di Kajang...pemimpin UMNO/BN jangan asyik ditakuk lama. Sedarlah diri sikit, jangan asyik nak tabur 'emas' hanya sebelah pihak. Jangan asyik dengar cakap orang kiri kanan yang sebenarnya mereka ini habuk pun tak ada.

Pada PM dan TPM jangan asyik tabur duit berjuta pada pengundi Cina. Yakin sangat ker kali ini mereka akan balas jasa pada BN? Yakin sangat ker dengan report yang diberi oleh orang kiri kanan anda? Nilailah sendiri...jangan pegi tokong bagi berjuta-juta, sekolah Cina bagi juta-juta. Akhirnya BN ditipu lagi untuk beberapa kalinya. Masa tu nak menangis pun tak der guna lagi, PRU13 sudah ada testimonialnya.

Pengundi Kajang faham MB Khalid DIPAKSA turun. MB Khalid dipaksa menerima pemecatannya, MB Khalid dipaksa berbohong kepada wartawan, MB Khalid dipaksa senyum dalam tangis di depan cameraman, namun sebagai manusia biasa kadang-kadang MB Khalid tidak dapat menahan air matanya menitis.

Komen stright to the point MB N.Sembilan mengenai PRK DUN Kajang ada bernasnya.



PM dan TPM harap dengarlah komen dari semua pihak dan juga akar umbi. Kalau jadi juga pertandingan, kotakan janji tu pasal Winnable Candidate bukannya letak calon yang hanya gah pada nama tapi tak tau buat kerja. Rakyat sekarang pun dah pandai, bagi undi orang lain...bula minta bantuan menangis merayu pada pihak Kerajaan UMNO/BN jugak. Tak gitu???


GR kata: Nak jadi macam Pak Pandir atau Sang Kancil? Lu orang pikir la sendiri yer....