Tuesday 4 February 2014

SERIUS : Jururawat Kerajaan Macam Pelacur Murahan?

Sebuah status di laman sosial sedang tersebar berkenaan penghinaan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh jururawat di hospital dan klinik kerajaan.


Pengguna yang menggunakan nama Ryutaro Ken menulis:

“Swasta mmg la best layanan die sbb tu la mahal.. kalau kerajaan ni kan murah.. so layanan mcm pelacur murahan.. semua staff2 nurse kerajaan ni mmg dah mcm pelacur murahan..!!’

Entah apa yang jururawat yang telah lakukan pada diri beliau sehingga tergamak menyamakan pekerjaan yang mulia itu dengan gelaran tidak sepatutnya.

Andainya mahu tegur sekalipun, biarlah kena dengan caranya, bukan dengan memaki hamun di laman sosial. Ramai lagi yang menerima perkhidmatan dari jururawat di hospital kerajaan ini yang berpuas hati.

Berhati-hati ketika menggunakan laman sosial, setiap pandangan dan komen yang kita lontarkan itu mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang oleh sesetengah pihak, jika benarlah perkara ini berlaku diharap pemilik laman sosial tersebut berhenti dan perlulah memohon maaf atas ketelanjuran yang berlaku.

WTF : Wajah Artis K-Pop Ketika 50 Tahun Akan Datang (11 Gambar)

Di bawah adalah gambaran wajah artis Korea kesayangan anda apabila menjangkau usia 40-50 tahun akan datang.


Pernahkah anda terfikir untuk melihat wajah artis pujaan anda terutama artis K-Pop selepas 40 hingga 50 tahun akan datang?

YoonA SNSD


Yoochun JYJ


UEE After School


Taeyang Big Bang


Suzy Miss A


Rain


Nichkhun 2PM


Kai EXO-K


Jo Kwon 2AM


IU


Lee Hyori

Untuk pengetahuan anda, aplikasi yang diberi nama ‘oldify’ yang digunakan untuk telefon pintar iPhone ini, dapat melakarkan gambar artis mahupun gambar potret anda apabila menjelang usia tua.

Walaupun hanyalah sekadar aplikasi tetapi ia dapat memberi ’tilikan’ kepada pengguna aplikasi ini akan wajah di hari tua mereka. Aplikasi ini sekadar untuk hiburan dan tidak semestinya lakaran tersebut menunjukkan wajah anda yang sebenar apabila menjelang usia tua nanti..

Enjoy!

WTF : Cemburu Itu Buta, Umur 80 Tahun Pun Bergaduh Kerana Cinta



Singapura: Seorang penjaga gereja didenda S$3,000 (RM7,864)) dan dipenjara selama sehari selepas mengaku salah cuba mencederakan seorang lelaki yang disyaki menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya.

Lim Song Chong, 80, dilaporkan mengesyaki teman wanitanya mempunyai hubungan sulit dengan pemilik rumah kekasihnya itu.

Menurut sumber, dia kemudian bersemuka dengan Cheong Yee Mun, 65, di gereja yang dijaganya dan berlaku pertengkaran.

“Lim didakwa melempar pisau dapur ke arah lelaki terbabit tetapi tidak terkena apabila mangsa bersembunyi di balik tiang. “Lim turut melempar payung, pisau lipat dan gunting ke arah Cheong,” katanya.

Cheong pula dilapor mempertahankan diri dengan alat pemadam api.

Polis kemudian tiba untuk menyuraikan pergaduhan itu. Lim juga didakwa kerana mengugut mangsa. – Agensi – myMetro

WTF : Pelajar IPT Lakukan Pelbagai Cara Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

KUALA LUMPUR: Bagi menampung kehidupan harian berikutan kenaikan kos sara hidup kini, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah itu.


Menyedari tidak boleh hanya bergantung dengan wang pinjaman pendidikan, Ag Mohd Nasharudin Awang Nayan, 20, memilih bekerja sambilan di kedai makan berhampiran kediamannya bagi menampung perbelanjaan sehariannya.

Katanya, walaupun mendapat pinjaman pendidikan, wang itu tidak mencukupi kerana baki yang tinggal setelah ditolak yuran pengajian dan penginapan adalah terlalu sedikit sedangkan dirinya memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan.

“Selepas ditolak yuran dan sewa penginapan baki pinjaman saya hanya tinggal dalam kira-kira RM200 (sebulan) sahaja, dan jumlah itu tidak cukup, jadi saya memilih untuk mencari kerja sambilan untuk mencari duit belanja, walaupun dibayar kira-kira RM45 sehari, bagi saya ia mencukupi” kata pelajar tahun dua Diploma Jurusan Reka Bentuk Multimedia di sebuah kolej swasta di ibu kota.

Tambah beliau lagi walaupun penat dengan kuliah dan tugasan, baginya bekerja secara sambilan ini mengajar dirinya berdikari dan sebagai persediaan untuknya menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.

Mohd Faeis Mohd Niza, 22, pula memilih untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.

“Saya memilih untuk masak makanan sendiri berbanding makan di luar, kecuali jika keadaan terlalu sibuk dengan tugasan baru lah saya ke kedai makan,” katanya.

Bekerja sambilan di restoran makanan segera adalah salah satu inisiatif pelajar IPTA demi menampung perbelanjaan harian

Beliau yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Jurusan Seni Lukis dan Seni Reka di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam juga menyenaraikan barangan yang hendak dibeli bagi mengelakkan pembaziran akibat membeli barangan yang tidak perlu.

Berkongsi kereta dan menaiki pengangkutan awam merupakan cara Hamiza Hamidon, 25, pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Tekstil UiTM Shah Alam untuk meminimumkan kesan kenaikan harga petrol dalam perbelanjaan sehariannya.

“Sebelum ini saya selesa menggunakan kereta sendiri, sekarang saya menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta jika ke kelas atau melakukan aktiviti diluar, dengan cara ini kos petrol dan tol dapat dikurangkan,” katanya.

Beliau juga memilih untuk membuat salinan daripada buku-buku yang dipinjam daripada perpustakaan universiti bagi menjimatkan kos.

Tambah beliau, kebanyakan buku yang digunakan dalam jurusannya boleh didapati di perpustakaan.

Beliau juga berharap bilangan kedai yang disenaraikan dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2012 supaya diperluaskan.

Menurutnya walaupun pengguna kad berkenaan ditawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus, kedai yang terbabit masih lagi sedikit dan tidak dapat memberi impak yang berkesan di dalam membantu mengurangkan beban siswa dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup. -Bernama

SERIUS : Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak

Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Awal penampilan dikenali dengan kumpulan Sepah yang turut dianggotai oleh Shuib dan Mamat

Dia yang ditemui wartawan sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat. * you desrve my respect

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep. -Kosmo!

COOL - POSTER CAPTAIN AMERICA : WINTER SOLDIER (7 GAMBAR)

4. 4 . 2014. Talak ong, Takpe.... Scarjo rambut merah ada boleh ongkan semula!



COOL - PEJABAT PALING HIJAU MEMBENARKAN PEKERJA MENANAM PADI DAN SAYUR (10 GAMBAR)

Pejabat syarikat Pasona Group yang mempunyai ruang menanam sayur dan padi seluas 43 000 kaki persegi di seluruh pejabat mereka. Pekerja digalakkan menanam sayur-sayuran di dalam ruang pejabat dan atap jika ada kelapangan. Tanaman ini kemudiannya dituai dan dimakan di kafeteria pejabat. Self sustaining. Teknologi hidroponik digunakan bagi memastikan tanaman dapat hidup dengan mudah. WOW! Hebat 



Laporan asal FastCo

LOL - #OHMYENGLISH : NAMA KEDAI YANG TAK SESUAI DENGAN BARANG YANG DIJUAL

dari @AnnRachel ini ialah sebuah kedai menjual tudung. Jika benar sangat malang nama kedainya.





Laporan asal Instagram AnnRachel


FAKTA - 13 RAMALAN MASA HADAPAN YANG GAGAL

Ramalan-ramalan masa hadapan yang tersasar dari kenyataan.



Laporan asal Visually

SERIUS - BIKER KENTAL DITANAM DUDUK DI ATAS HARLEY DAVIDSON KESAYANGAN (13 GAMBAR)

Billy Standley (82) ialah seorang bikers kental. Beliau meninggal dunia akibat kanser paru-paru dan jumaat lalu beliau ditanam menunggangHarley Davidson 1967 Eletra Glide kepunyaan beliau. Ini adalah permintaan terakhir beliau dan anak-anak beliau memenuhi kehendak ayahanda tercinta. Billy Standley ditanam bersebelahan kubur isteri beliau di Ohio Amerika Syarikat. Ride em to the underworld! Ini memang bikers sebenar. 




Laporan asal HuffPo

COOL - REKAAN STADIUM SANTIAGO BERNABEU REAL MADRID YANG TERBARU (13 GAMBAR)

Apa yang anda lihat di bawah ialah rekaan Stadium Santiago Bernabeu Real Madrid yang baru. Pembangunan semula stadium ikonik ini akan menambah sebuah pusat membeli belah dan hotel ke dalam komplek sukan pasukan terkaya didunia. Bumbung stadium ini boleh ditutup apabila diperlukan dan terdapat bilik hotel yang memberikan pemandangan terus ke padang bola. Pengubahsuaian akan dilakukan tahun ini dan siap seawal 2017. Sepanjang termpoh pembinaan stadium akan terus digunakan oleh Ronaldo, Bale and Co. Nampak cool.


Laporan asal DesignBoom

LOL - #OHMYMALAY : TEKNIK BEKAM PALING CELIK TEKNOLOGI INTERNET?

Adakah ini teknik berbekam paling terkini dan celik IT? Badan jadi WIFIsemasa dibekam? 



Laporan asal @ajanasarudin

SERIUS VS - SELAMAT HARI JADI KE 10 - FACEBOOK : EVOLUSI ANTARAMUKA FACEBOOK SEJAK 2004

Evolusi perubahan antaramuka Facebook sejak 2004. Selamat ulang tahun ke 10 laman yang kini menjadi tempat tampal iklan MLM, sebar berita palsu, tempat grup rasis dan makcik hantar invite Candy Crush.



KLASIK - WOW KOS PERJALANAN DARI KUALA LUMPUR KE SINGAPURA SUATU KETIKA DAHULU!

Sekarang tak dapat la nak dapat macam ini.





Laporan asal Sophia Leong

FAKTA - 10 NEGARA DENGAN KADAR MEMBUNUH DIRI TERTINGGI DI DUNIA

Membunuh diri ialah jalan akhir yang dikatakan mudah. Kurt Kobain bunuh diri dan begitu juga artis KPOP yang kurang popular. Mari lihat ranking 10 negara dengan kadar kematian tertinggi.


NOTA : Tiada data dari Malaysia kerana kita tidak memberikan data kepada WHO. So technically Malaysia tidak ada masalah membunuh diri.