Sunday 2 February 2014

#N25Kajang: Ada Yang Goyang Bila @Zahid_Hamidi Cakap 'Lawan Tetap Lawan'! @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Ramai dikalangan pembaca dan juga rakyat Malaysia sudah tahu al kisahnya yang terjadi di DUN Kajang. Perletakan jawatan yang secara tiba-tiba diambil oleh wakil rakyat yang dipilih 100% oleh rakyat di Kajang.

Dan secara tiba-tiba juga calon telah dilantik dari kalangan mereka juga. Bukahkah ini magic yang cuba ditunjukkan atau ada udang disebalik mee dalam senario politik negara sekaranag?? GR nak tanya, setiap pertandingan mesti ada pihak yang berlawan antara satu sama lai...betul tak? Begitu juga dalam PRK N25 Kajang jika SPR mengumumkan tarikh jika ianya akan dilaksanakan atau tidak.

Laungan 'lawan tetap lawan' oleh DS Zahid Hamidi, ada pihak yang cuba untuk mendapatkan publisiti murahan dalam siri kempen mereka. Ada yang menyatakan Zahid ini masih 'budak Anwar', Zahid ini masih mengagumi Anwar dan macam-macam lagi. Apakah dengan hanya perkataan Zahid masih dilabelkan sebagai 'budak Anwar'??

Persoalannya, korang semua tahu ker ketika zaman kejatuhan Zahid berapa ramai kawan dan sahabat bersama beliau? Adakah Anwar ketika itu memberikan bantuan pada orang-orangnya yang kantoi dibawa ke muka pengadilan apatah lagi masuk ke ISA? Kita perlu lihat berapa ramai 'budak Anwar' yang dulu sanjung Anwar tinggi tapi akhirnya kembali ke pangkal jalan....rasanya korang semua tahu siapa antara mereka termasuk Zahid sendiri.

Atas semangat perjuangan yang tinggi Zahid dilihat masih berpegang teguh pada janji berjuang bersama UMNO hingga sekarang. Tiada hasrat untuk mengkhianat parti keramat ini dalam diri Zahid Hamidi. GR lihat beliau seorang pemimpin yang taat dan berjuang demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Laungan 'lawan tetap lawan' menunjukkan beliau sanggup membantu BN untuk melawan siapa saja musuh politik yang mahu menentang BN. Inilah semangat yang perlu ada dalam setiap jentera politik dalam setiap parti kerana berjuang dalam politik bukanlah hanya wang semata-mata tetapi membela nasib rakyat dan juga negara.

GR setuju dengan kenyataan di bawah:
Barisan Nasional (BN) memegang prinsip ‘lawan tetap lawan’ biarpun belum memuktamad calon untuk bertanding padapilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, walaupun secara lazimnya kerusi DUN Kajang diperuntuk kepada MCA, namun kuasa mutlak pemilihan calon terletak di tangan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan akan diputus pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

“Saya berpendirian bahawa jika BN putuskan untuk letakkan calon dalam PRK DUN Kajang dari parti mana sekalipun, terutama jika parti itu pernah meletakkan calonnya dalam PRU lalu di DUN itu, maka kita akan hormati keputusan tersebut.

“Dan sekiranya seseorang calon itu telah dimuktamad menjadi calon rasmi BN, pendirian saya secara peribadi ‘lawan tetap lawan’ kerana mana-mana parti yang meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, tetap dianggap musuh politik BN,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional 2014 (PENA) peringkat negeri Selangor di Universiti Teknologi MARA hari ini. – BERNAMA

Secara tersiratnya rakyat Malaysia dan UMNO/BN sudah masuk perangkap Anwar. Mana taknya, ADUN yang rajin bekerja dipaksa meletakkan jawatan dan memberi 'laluan' pada Anwar untuk mencapai cita-citanya.

Skrip simpati Rafizi beritahu dalam sidang media, kononnya jika benar pakatan menipu rakyat berhak menolak Anwar Ibrahim. Pada pengundi DUN Kajang, buatlah pilihan bijak. Kalau rasa diri tu pandai gunakan akal fikiran dan janganlah asyik jadi BODOH sajer yer!!


GR kata: Ada yang goyang dengan Zahid rupanya...Hi hi hi

COOL : Keindahan ‘Musim Bunga Sakura’ Di Putrajaya (12 Gambar)

Untuk melihat musim bunga Sakura di Jepun, mungkin adalah terlalu jauh, malah mungkin terlalu mahal bagi sesetengah dari kita. Kini anda tidak perlu pergi jauh untuk menyaksikan semua itu, kerana semuanya kini berada di Malaysia.


Anda boleh menikmati keindahan di kawasan presint Putrajaya. Walaupun spesies bunga ini bukanlah dari spesies bunga sakura, tetapi pemandangan yang ada di kawasan ini saling tidak tumpah dengan suasana dan pemandangan pokok sakura di Jepun.



Bunga yang ditanam disini adalah dari spesies Cratoxylum formosum atau dipanggil Pokok Mempat. Menariknya musim bunga di Putrajaya kali ini berlaku di luar musim, mungkin atas faktor perubahan cuaca yang berlaku di Malaysia sejak kebelakangan ini.


.

.

.


.

.

.

.

SERIUS : Lagi Gambar Sultan Brunei Yang Membuatkan Rakyatnya Terharu (5 Gambar)

Bukan niat untuk memperkecilkan pemimpin di negara sendiri tapi inilah realiti sebenar.


Sultan Brunei walau kita tahu mempunyai jet mewah sendiri, dan merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia tetapi hanya menaiki bot cabuk je untuk melawat mangsa banjir. Tiada payung yang memayunginya.

Lain pula halnya dengar pemimpin kita yang melawat mangsa banjir pakai kapal terbang macam manalah nak merasai keperitan rakyat dalam menghadapi suasana banjir.

Orang selalu berkata kalau kita nak lihat ciri pemimpin yang baik kita kenalah lihat pada perwatakan luarannya dahulu kerana ia mencerminkan peribadi diri seseorang itu.





SERIUS : 10 Gambar Yang Akan Membuatkan Hati Anda Tersentuh

Di bawah adalah 10 gambar peristiwa yang akan membuatkan hati anda tersentuh dan terharu apabila melihatnya:


Gambar tangan Kanak-kanak yang Kelaparan dalam Misi Kemanusiaan.



Pakar bedah jantung selepas berjaya melakukan pemindahan jantung 23 jam lamanya. Pembantunya sedang tidur di penjuru bilik.


Ayah dan Anak ( 1949 vs 2009 ).


Diego Frazao Torquato Berusia 12 Tahun dari Brazil , Bermain Biola di ketika majlis pengkebumian gurunya. Sebelum ini Gurunya Telah Membantunya Keluar dari Kemiskinan dan Kekerasan Melalui Muzik .


Orang Kristian Melindungi umat Muslim Yang Sedang Solat di Tengah – tengah Kebangkitan rakyat di Kaherah , Tahun 2011 di Mesir.


Seorang pemuda yang mengetahui adiknya telah dibunuh.


Hhaing Yu 29 tahun , mengesat wajahnya ketika hujan lebat sambil mengenang rumahnya yang hancur berhampiran ibu negara Myanmar Yangon ( Rangoon ) . Pada bulan Mei 2008 , Difahamkan ribut Nargis melanda Myanmar selatan , mennyebabkan berjuta-juta kehilangan tempat tinggal dan lebih daripada 100,000 nyawa telah melayang.


Terri Gurrola kelihatan sebak bertemu dengan anak perempuannya setelah bertugas di Iraq selama 7 bulan.


Seorang anak menarik ayahnya yang sedang mabuk


Kesetiaan pada tuannya- Seekor anjing ” Leao ” duduk selama dua hari berturut – turut di kubur tuannya yang telah meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Rio de Janiero pada 2011

WTF : Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Wanita Hospital Bentong Dikesan

KUANTAN – Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.


Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

Perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.


Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial. -HarianMetro

Di Sebalik Keayuan Gadis Korea – Jalani Pembedahan Plastik Yang Mengerikan (6 Gambar)


Korea Selatan umumnya mengetahui sebagai sebuah negara yang menjalankan aktiviti pembedahan plastik paling popular di dunia. Dengan kata lain, pembedahan plastik di negara tersebut telah menjadi lumrah dikalangan rakyatnya.


Sebelum kelihatan cantik, wajah pesakit dilihat amat ‘mengerikan’, mana tidaknya, dengan rupa bengkak-bengkak di sekeliling muka jelas kelihatan.

Bahkan golongan ibu-bapa disana amat-amat menggalakkan anak mereka untuk menjalani pembedahan plastik.

Perkara ini telah menimbulkan inspirasi bagi seorang jurukamera yang berasal dari Korea Selatan, Ji Yeo untuk merakam gambar-gambar pesakit yang menjalani pembedahan plastik di sebuah tempat yang diberi nama Beaty Recovery Room(bilik pemulihan khusus untuk yang menjalani sesi pembedahan plastik)

Bahkan, ada juga pesakit yang menjalani rawatan untuk membesarkan payudara yang perlu diberi rawatan susulan kerana banyak darah yang keluar ketika pembedahan tersebut dijalankan.

Di bawah adalah sebilangan gambar ‘ngeri’ proses dan kesan negatif yang berlaku selepas pembedahan plastik:

Apabila kesan pembedahan plastik memberi impak negatif kepada pesakitnya


Wajah seorang wanita di Korea Selatan menderita akibat pembedahan plastik


Sedang menjalani rawatan pemulihan selepas pembedahan plastik


Menjalani fasa pemulihan demi kecantikan yang menyakitkan


Pendarahan yang berlaku akibat pembedahan plastik


Jika tersilap langkah, Kesan sampingan pembedahan plastik yang berlaku di Korea Selatan

SEXY : Punca Hetty Sarlene Kembali Seksi Selepas Bertudung?



Hetty Sarlene

Umum mengetahui, pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene pernah mengambil keputusan untuk berhijab atau bertudung pada pertengahan tahun lalu.

Perubahan itu mendapat reaksi positif dari ramai peminatnya kerana mereka beranggapan Hetty sudah insaf dan telah terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan.

Sejak itu, nama beliau semakin jarang diperkatakan peminat manakala popularitinya jatuh secara mendadak. Kemunculan Hetty dalam rancangan TV pula semakin kurang sehingga pada satu tahap pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Sembilu itu dilupakan sepenuhnya oleh peminat.



Mungkin perasaan ingin kembali popular seperti dulu membuak-buak dalam diri kerana hanya dengan adanya populariti maka mudah untuk mendapat tawaran-tawaran berlakon, menjadi duta produk dan sebagainya.

Adakah istilah populariti inilah yang ingin cuba diraih semula Hetty Sarlene selepas semakin dilupakan peminat hampir setahun lalu? Mungkinkah beliau mempunyai sebab-sebab peribadi lain yang memaksanya tampil dengan imej menjolok mata? Apa pula pandangan anda?

Rasanya, untuk kontroversi seperti ini, Hetty perlu segera tampil kepada media untuk memberikan penjelasan sebenar agar masyarakat di luar sana tidak terus menerus melemparkan kritikan dan tomahan terhadap dirinya.

SERIUS : Lisa Surihani: ‘Biar ALLAH ampunkan dia!



PELAKON Istanbul Aku Datang, Lisa Surihani, 28, adalah orang yang paling gembira apabila sahabatnya, pelakon dan pengacara Scha Al Yahya mengumumkan tentang kehamilannya.

“Sebagai teman baik saya sangat gembira untuk mereka! Sebelum pengumuman mereka, Awal ada beritahu saya tapi masa itu dia dengan Scha belum pasti lagi dan masih tak bersedia nak kongsi berita tersebut dengan peminat,” kata Lisa yang mengharapkan gilirannya pula selepas ini.

Menurut Lisa, sebagai seorang isteri dia juga mahu melalui saat gembira seperti Scha mahupun wanita lain, namun jauh di sudut hatinya sangat kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mempersoalkan perkara tersebut kepadanya sehingga menyentuh ke peringkat yang terlalu peribadi.

“Ini semua rezeki ALLAH, Saya tak kisah kalau orang kerap bertanya, tapi saya tak boleh terima bila ada soalan-soalan daripada orang sekeliling yang sampaikan menyentuh hal yang terlalu peribadi.

“Pernah ada yang datang pada saya, tanya bila lagi? Sedangkan dia pun dah hamil sambil menunjuk-nunjuk perutnya. Saya minta biar ALLAH ampunkan dia, sebab melukakan hati orang lain.

“Saya tak faham mengapa mereka tak sensitif dan tak menjaga perasaan orang lain. Cubalah mereka letakkan diri mereka dalam situasi saya.

“Mungkin belum rezeki kami. Bukan kami tak berusaha dan perlukah berkongsi tentang semua perkara itu pada umum? Apa pun, saya tak mahu terlalu memikirkan kerana ia akan membuatkan saya tertekan,” katanya yang berkecil hati dengan segelintir pihak.

Bagaimanapun, Lisa bersyukur apabila luahan rasa kesalnya mengenai isu tersebut di Instagram, baru-baru ini mendapat sokongan ramai peminatnya.

Lisa yang hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim turut mengharapkan peminat dapat mendoakan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga mereka.

Risau dimarahi Yusri

Dalam pada itu menyentuh mengenai perkembangan karier, kini Lisa kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Cicakman The Movie 3.

Menurut Lisa, cabaran yang dihadapi apabila dia perlu menahan ketawa apabila berhadapan dan berlakon dengan Zizan Razak.

“Saya memang jenis yang suka komedi. Jadi, bila berlakon di samping Zizan, tengok mukanya saja saya dah nak tergelak, tapi saya kena tahan, kerana saya pegang watak serius,” katanya yang memegang watak isteri kepada Zizan dalam filem berkenaan.

Dalam perkembangan sama, menurut Lisa, timbul juga rasa bimbang untuk bekerja di bawah arahan suaminya. Namun, dia cuba untuk bekerja secara profesional.

“Saya risau kerja dengan Yusry sebab saya ni manja, takut kalau kena marah nanti saya akan terasa hati. Tapi bila di set kami dapat bekerja secara profesional,” katanya.

Menurut Lisa, setiap kali masuk ke set, Yusry akan memanggilnya dengan nama watak iaitu Linda. Namun, ada pernah sekali, Yusry tersasul memanggilnya dengan panggilan sayang dan betulkannya panggil semula nama watak tersebut.

“Bagi saya, inilah pengertian profesional,” katanya yang sebelum ini pernah berlakon bersama dengan Yusry menerusi filem Ular.

Dalam perkembangan lain, selepas penggambaran Cicakman, Lisa bakal berlakon di bawah filem arahan Osman Ali melibatkan pelakon dari Singapura dan Indonesia. – Sinar Harian

SEXY : Aiswarya Rai Wanita Kedua Tercantik Dunia



PELAKON Bollywood Aiswarya Rai diumumkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia selepas pelakon Angelina Jolie.

Penyenaraian itu hasil sebuah kajian yang dibuat oleh Hollywood Buzz dengan mengambil nama wanita tercantik daripada beberapa buah negara.

Kajian berfokus kepada wanita yang dianggap paling cantik di seluruh dunia oleh para pembaca dan mengambil 30 senarai teratas.

Biarpun di India kini lebih popular dengan Katrina Kaif, namun pelakon itu hanya menduduki nombor 22.

Dalam senarai itu juga terkandung beberapa nama selebriti lain seperti Kim Kardashian, Charlize Theron, Mila Kunis dan Keira Knightley.

COOL : Safiq Rahim Sah Bergelar Suami Kepada Pemain Boling Kebangsaan (5 Gambar)

Gambar majlis kahwin Safiq Rahim dan Zandra Aziela pada 2 Februari 2014. Tahniah diucapkan kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim Safiq Rahim kerana telah sah bergelar suami kepada pemain boling kebangsaan, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi.


Majlis perkahwinan telah berlangsung pada pagi Ahad dan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga. Terdahulu Safiq Rahim , 27, dan Zandra Aziela, 28, sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 8 September tahun lalu setelah hampir dua tahun bercinta.





WTF : Nasi Lemak Malaysia Airlines (MAS) Dulu Dan Sekarang

KUALA LUMPUR: Isu ‘nasi lemak telanjang’ Chef Wan terus menjadi perbualan hangat bila mana ramai yang tidak berpuas hati dengan cara syarikat penerbangan Malaysia Airlines menyediakan hidangan kegemaran ramai ini di kelas ekonomi.


Beberapa penumpang syarikat penerbangan ini berkata bahawa hidangan ini pernah dihidangkan di dalam pesawat sebelum ini, namun berbeza dengan gambar yang dimuat naik di akaun Instagram milik Datuk Chef Wan.

Laman web AirlineMeals.net membenarkan penumpang untuk memuat naik gambar makanan yang dihidangkan di dalam pesawat. Ia termasuk hidangan nasi lemak yang disediakan oleh MAS dalam kelas ekonomi dalam tempoh beberapa tahun.

Gambar dimuatnaik oleh Jerry Yong pada tahun 2010 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tokyo. Ia mempunyai rendang dan sambal udang.


Gambar dimuatnaik oleh Jensen pada April 2011 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.


Penumpang KKWong memuat naik gambar ini pada November 2011 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.


Inilah gambar Nasi Lemak dihidangkan kepada Chef Wan yang dimuatnaik oleh beliau pada 29 Januari 2014.

Pada hari Sabtu, menerusi satu kenyataan, pihak Malaysia Airlines mengucapkan terima kasih kepada Chef Wan atas gambar dan komen yang dimuat naik di laman akaun Instagram milik celebrity chef itu. Syarikat penerbangan itu juga akan meningkatkan mutu makanan yang disediakan di dalam penerbangan mereka.

Isu ini terus menjadi perbualan hangat, termasuk beberapa komen yang dibuat di laman web AstroAwani.com.

“Saya setuju dengan Chef Wan tu. Untuk pengetahuan semua, MAS terpaksa menurunkan kos makanannya disebabkan kerugian yang dialaminya. Sebelum ini okey sahaja pun jadi untuk menampung kerugian tersebut terpaksalah pihak MAS mencari jalan penyelesaian. InsyaAllah, apa yang berlaku sementara sahaja,” kata pembaca Hanafiah Ramli.

Pembaca yang dikenali sebagai ‘Roha’ pula tulis bahawa sebelum ini, nasi lemak yang disediakan MAS ada ikan bilis, kacang dan disediakan di dalam bekas lain.

“Nasi ada lauk pedas yang mempunyai kombinasi udang dan ikan bilis,” tambah beliau.

Pembaca ‘Jawing Dongkok’ pula ingin zaman kegemilangan MAS pada tahun 1980an dikembalikan.

“Komen Chef Wan tepat sekali. Melihat nasi lemak yang dihidangkan kepada seorang Chef ternama seperti Chef Wan tentulah mengundang komen. Teringat zaman kegemilangan MAS di tahun 1980an berbanding dengan service makanan sekarang amat berbeza sekali. Seruan: Kembalikanlah kegemilangan MAS yang dahulu!” kata beliau.

Ini pula komen dari pembaca menggunakan nama ‘Kerja Atas Awan’ yang merupakan seorang pramugara yang berkongsi mengapa tiada timun atau kacang di dalam hidangan nasi lemak mereka:


Isu ini juga terus menjadi hangat di media sosial seperti Twitter. Berikut adalah beberapa reaksi: