Tuesday 11 February 2014

Kreatif - Ubah Muka Manusia Jadi Kartun Dalam Train

Bosan sangat duk dalam train lama-lama.. Kena pulak perjalanan bapak jauh.. Kerusi train keras sebatu.. kremmmm tulang punggong... Nak taknak, kena duduk juga la kan.. Now ada satu idea kreatif dari sorang mamat salleh nih.. @octoberjones gemar amik gambar then ubah kepala dengan kreativiti kartun.. Those yang kreatif bleh la prank dalam train. Time ko bosan sangat duk menunggu.



Info Asal : Twisted

Sadis - 10K Untuk Buang Tiang Letrik TNB.

Gila aper.. Ibu tunggal nak bayar 10k untuk arahkan TNB alih tiang.. Sebab tiang letrik TNB, pintu pagar rumah akak ni takleh bukak penuh. Dia cakap dah hantar banyak surat kat TNB suh alih tiang, tapi pihak TNB cakap kos untuk pengalihan perlu ditanggung akak tu sendiri. Kena bayar 10K. Dahla akak tu suami dia meninggal, kena tanggung anak 2 orang.. This kes kat negeri johor.. Apa susah, bagitau la akt TMJ.. 


Yang heran, kenapa tiang tu boleh wujud kat situ.. Apa TNB tak siasat dulu ker.. Main letak suka hati..

Info Asal : TwitterTheStar, TheStar

Ganas - Gambar Bencana Alam Yang Serius Mengingatkan Mati

Fuhhh.. mmg tragis gambar ni.. Yang amik gambar ni aku tak tau mcm mana perasaan dia masa snap pic.. Ni baru skit.. Imagine time kiamat nanti.. Langit bertukar wajah, ribut angin mengganas.. Lari lintang pukang.. Oh menunggu azab alam bangkitkan semula semua ahli mesyuarat alam kubur..


COOL - STOKKE STEPS : KERUSI YANG MEMBESAR DENGAN BAYI ANDA (12 GAMBAR)

Dilemma membeli barang bayi yang kami sedari ialah bayi membesar terlalu pantas dan barangan yang dibeli kini tidak boleh lagi dipakai si manja. Stokke ialah sebuah syarikat yang berpengkalan di Norway yang mempunyai penyelesaian yang kreatif. Barangan keluaran mereka "membesar" bersama anak anda. Aksesori dibeli apabila anak semakin besar jadi apa yang dibeli tidak akan terbuang.Stokke Steps ialah kerusi bayi yang boleh dipakai dari lahir hingga berusia 3 tahun. Sangat cool beans! Nak beli satu untuk my own daughter!



Laporan asal Stokke

FAKTA - 10 MOMOK FILEM YANG PALING BANYAK MEMBUNUH!

Siapakah momok filem barat yang paling banyak membunuh? 



Laporan asal Visually

WTF - FESYEN LAMPU DAN BESI VIKTOR AND ROLF (15 GAMBAR)

Ini ialah fesyen "Lighting Rig" oleh Victor and Rolf. Yep.... ini ialah FESYEN tahap antarabangsa. And yes it is still dumb as hell. For once fesyen Wak Doyok nampak lagi berilmiah dan serebral dari fesyen di bawah.



Laporan asal Style

SERIUS - KRI USMAN HARUN : MENGAPA KAPAL INI MEMBUATKAN SINGAPURA DAN INDONESIA BERTELAGAH? (12 GAMBAR)

Sejarah Time!


Kapal Republik Indonesia Usman Harun ialah kapal corvette kelas Nakhoda Ragam terkini yang dimiliki Republik Indonesia. Kapal ini menjadi penyebab pertelagahan di antara Singapura dan Indonesia sejak minggu lalu.

Kenapa Indonesia dan Singapura bergaduh kerana sebuah kapal? Ceritanya berkait dengan serangan pengganas Indonesia ketika zaman konfrantasi Malaysia dan Indonesia.

Kapal corvette KRI Usman Harun ini pada asalnya dibina untuk Tentera Laut Diraja Brunei. Tiga buah kapal dibina oleh BAE Systems untuk Brunei tetapi apabila ianya siap pada tahun 2003 Brunei enggan untuk memasukkannya kedalam inventori tentera laut mereka. Brunei berkata kapal yang dibini ini tidak memenuhi kehendak dan spesifikasi mereka. BAE Systems pula berkata kapal yang dihasilkan adalah mengikut kehenda pembeli dan Brunei enggan menerima mereka kerana kos operasi yang tinggi dan kekurangan anak kapal untuk melakukan operasi.

Pada tahun 2007 mahkamah menetapkan Brunei harus membayar kepada BAE Systems kos pembinaan bernilai GBP 600 juta. Brunei akur tetapi kapal ini diserahkan kepada sebuah firma di Jerman untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.

Pada tahun 2012 Indonesia bersetuju membeli ketiga-tiga kapal reject shop ini pada harga murah GBP 120 juta. Ia akan memulakan operasi mengawal perairan Indonesia tahun ini. Disinilah kontroversi bermula!

KRI Usman Harun mendapat nama dari Wira Negara Indonesia Harun Said danUsman Hj Mohd Ali. Kedua- dua orang wira ini melakukan serangan pengganas di Singapura pada Mei 1965. Mereka adalah ahli skuad Komando Marin Indonesia yang ditugaskan menimbulkan kekacauan di Malaysia ketika Konfrantasi 1965.

Harun Said dan Usman Hj Mohd Ali mengebom McDonald House di Singapura mengakibatkan 3 kematian dan 33 kecederaan. Dua orang pengganas ini berjaya ditangkap dan kemudian digantung sehingga mati pada tahun 1968 setelah didapati bersalah.

Kematian mereka diratapi Indonesia dan jenazah mereka disambut dengan istiadat penuh ketenteraan. Mereka juga diberikan pengkebumian penghormatan negara sesuai dengan status mereka sebagai Wira Negara Indonesia. Bendera dikibarkan separuh tiang dan jasad mereka disemadikan di Taman Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.

Singapura menganggap tindakan Indonesia menamakan kapal yang bakal berlayar di perairan sekitar Singapura ini sebagai tidak wajar. Di Singapura ahli politik dan rakyat sebulat suara menyeru kerjaan Singapura supaya tidak membenarkan KRI Usman Harun untuk memasuki perairan Singapura walaupun untuk seketika.

Indonesia pula berkata mereka mempunyai hak untuk menamakan kapal milik mereka sempena nama "Wira Negara" mereka. Pada hemat mereka Singapura tiada hak membantah penamaan KRI Usman Harun

Yang menariknya di Malaysia kita cool face. Padahal ketika serangan dilakukan Singapura masih lagi sebahagian daripada Malaysia? Kita tak peduli ke kapal dinamakan sempena 2 terroris yang menyerang negara kita boleh melayari Selat Melaka?DISCUSS

Laporan asal Wikipedia

COOL - SEKITAR PEMBUKAAN MCDONALDS PERTAMA DI VIETNAM! (14 GAMBAR)

Setelah 39 tahun Saigon jatuh ke tangan tentera Viet Congmenandakan kekalahan Amerika Syarikat , akhirnya sebuah McDonaldsakhirnya dibuka Vietnam. McDonalds pertama di Vietnam ini dibuka sabtu lalu dan ia mendapat sambutan yang sangat hangat dari warga Bandaraya Ho Chi Minhsehingga berlaku kesesakan. Ribuan warga kelas pertengahan yang kini semakin ramai jumlahnya di Vietnam beratur sejak jam 8 pagi bagi mendapatkan BigMac danMcNuggets di McD yang dibuka di Jalan Bien Dien Phu. McDonalds ini juga merupakan restoran pandu lalu pertama di Vietnam. Nampaknya warga McD juga dah termakan jarum halus golongan kapitalis! Hanya Korea Utara menjadi benteng terakhir!


Laporan asal Flickr McDonalds