Friday 24 January 2014

SERIUS : Perginya ulama Ustaz Harun Taib meninggal dunia


Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,Datuk Harun Taib dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.00 tgh malam tadi semasa dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Setakat ini belum diketahui apakah punca beliau meninggal dunia,cuma dilaporkan sebelum ini bahawa beliau mengalami masalah kesihatan.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui pesanan ringkas oleh anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun.Beliau dilaporkan tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.

Sementara itu,Timbalan Mursyidul Am PAS,Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal kini berada dalam keadaan stabil.Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Harun Taib serta mendoakan agar beliau ditempatkan bersama orang-orang soleh. saya juga mendoakan agar Datuk Harun Din agar segera sembuh. - PDTM

SERIUS : Salji Pertama Turun Di Malaysia


Memang betul suhu sekarang lebih sejuk berbanding dulu. JR yang dah terbiasa bangun awal pagi dan bila bangun pagi suka duduk di luar rumah beberapa minit, dapat merasakan perbezaan itu. Dengan suhu dingin dan bayu bertiup agak deras...subhanallah...dunia terasa begitu nyaman dan indah..


Anak JR sampai mengadu di sekolahnya cuaca terlalu sejuk di waktu pagi hingga pelajar-pelajar terpaksa menutup kipas siling dalam bilik darjah, itu pun tak berjaya mengusir rasa sejuk yang menggigit kulit.


Mana tak sejuknya kerana mengikut sumber dari Jabatan Meteorologi Kelantan/Terengganu, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah celsius semalam - rekod terendah suhu di Pantai Timur. Suhu di sekitar Besut pula turun kepada 19 darjah celsius pagi semalam - rekod suhu terendah di daerah itu.


Suhu 17 darjah celsius memang rendah, ia sama dengan suhu aircon yang biasa dipasang di pejabat dan di rumah. Patutlah kebanyakan orang Kuala Kerai sekarang terpaksa memakai baju sejuk (termasuk murid-murid dan guru-guru sekolah), mandi air panas dan malam terpaksa memakai selimut tebal seperti yang dilapor dalam akhbar, kerana suhunya sangat sejuk.


Mengikut Jabatan Meteorologi kesejukan melampau itu berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (kawasan bertekanan tinggi) bergerak ke Laut China Selatan yang biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.


Tapi mungkinkah keadaan sebegini akan menyebabkan salji turun di Malaysiaseperti yang berlaku di Vietnam dan Laos baru-baru ini? (Dua hari lepas ada video mengenai salji turun di Indonesia yang rupanya cuma berita gempaq dan tipu!).


Kalau salji turun di Malaysia, JR berharap salji pertama akan turun di Alor Setar kerana jarak antara negeri-negeri Utara dan Pantai Timur Semenanjung dengan Vietnam cuma antara 800 km - 1,000 km saja!


Tapi mengikut sumber Jabatan Meteorologi salji tak mungkin turun di Malaysia, kerana negara ini terlatak di garisan Khatulistiwa. Vietnam dan Laos yang terletak di selatan China kalau salji turun memang ada logiknya.


Apa pun, suhu terendah yang berlaku di banyak tempat di Malaysia patut kita jadikan iktibar tentang kekuasaan dan kebesaran Allah. Jika Dia mahu menurunkan salji di Malaysia, tiada siapa termasuk Jabatan Meteorologi dapat menghalangnya. Jika dulu Jabatan Meteorologi tak pernah meramalkan gempabumi akan menimpa Malaysia, kini kita sudah merasai tempiasnya. Begitu juga tsunami yang dulu cuma berlaku di Jepun, siapa menjangkakannya ia akan melanda Malaysia pada 2004 hingga menyebabkan lebih 70 orang meninggal dan lebih 400 cedera?

SERIUS: Ariel Sharon Bekas Perdana Menteri Israel Mati Selepas Koma 8 Tahun

Matinya seorang pembunuh paling kejam abad ini setelah bertahun-tahun lamanya koma.


Bekas Presiden negara HARAM Isreal, Ariel Sharon telah didapati mati pada hari ini setelah jurucakap Radio Askar Israel membuat pengumuman berpandukan kenyataan ahli keluarga Sharon.

Sharon mati pada usia 85 tahun setelah koma sejak 2006 akibat serangan penyakit stroke yang parah setelah dia mencapai kekuasaan politik tertingginya sepanjang hayatnya.

"Ariel Sharon mati hari ini." Kata Shlomo Noy, jurucakap Sheba medical center di Tel Aviv, dimana Sharon telah dirawat disitu setelah lebih 8 tahun.

Jurucakap rasmi hospital mengumumkan pada minggu lalu bahawa kesihatan Sharon mengalami kekurangan yang mendadak dan dia didapati menghampiri "keadaan mayat" di mana keluarganya tidak putus-putus berada disisinya.

"Dia didapati dalam keadaan yang langsung tidak sedarkan diri dengan pengambilan ubat-ubatan yang naik turun serta meminimumkan komunikasi non-verba," kata Noy.

Sharon pertama kali diserang strok kecil pada Disember 2005 dan dia diletakkan dalam penjagaan darah sebelum dia mengalami kegagalan otak daripada berfungsi pada 4 Januari 2006.

Selepas menghabiskan masa di Hospital Jerusalem dimana dia telah dirawat sepenuhnya disitu, Sharon telah dipindahkan ke penjagaan sepenuh masa di Hospital tel Hashomer.

Dia di bawa pulang ke rumahnya pada satu masa tetapi dia telah dikembalikan ke hospital berkenaan dimana disitulah dia dijaga sehingga akhir hayatnya.

Pada September, Sharon telah mengalami pembedahan untuk memasukkan tube makanan baru bagi menyambung hayatnya. Akhirnya, pada 11 Januari 2013, Sharon, si pembunuh kejam telahpun pergi mati meninggalkan dunia ini.

Kecelakaanlah buat Sharon, matimu tidak ditangisi. Matimu Disyukuri seluruh alam. Kerana, kejamnya dirimu semasa hayatmu membunuh ratusan ribu manusia yang tidak berdosa terutama umat Islam Palestin dan juga kristian di sana.

Dipetik daripada sumber berita Al-Jazeera.

SERIUS : Lee Chong Wei Akan Bersara Dalam Masa Terdekat?



Ada ura-ura mengatakan Datuk Lee Chong Wei akan bersara dalam masa terdekat atas faktor kesihatannya yang kini semakin merusut. Almaklumlah, umur pun semakin meningkat dengan umur sekarangnya 31 tahun.

Berikut adalah kata-kata beliau

"Sampai satu masa saya kena berundur juga, saya harap Liew Daren dan Chong Wei Feng (pemain perseorangan lelaki negara) boleh menggantikan saya, mereka perlu memberikan prestasi yang terbaik pada tahun ini.Tetapi jika prestasi tahun ini bagus dan bebas dari segala kecederaan berkemungkinan besar Datuk Lee Chong Wei akan meneruskan perjuangan dalam badminton

Datuk Lee Chong Wei akan tetap meneruskan permainan di Sukan Sea Asia dan Sukan Komanwel yang akan berlangsung tidak lama sahaja lagi pada tahun ini. Selepas itu, baru beliau memikirkan sama ada bersara atau meneruskan perjuangan dalam badminton.

Secara jujurnya pada pandangan aku, seeloknya bersara awal selepas sukan komanwel kerana kita tidak tahu apa akan jadi selepas ini dan mungkin akan mendapat kecelakaan yang teruk jika bermain badminton secara berterusan. Tambahan lagi, Malaysia akan cuba memantapkan pemain keseorangan Liew Daren dan Chong Wei Feng tanpa mengharapkan Datuk Lee Chong Wei yang selama ini menjadi pengharapan tunggal buat negara Malaysia.

Berhenti mengharap dan lakukan dengan terbaik bagaimana meningkatkan lagi mutu pemain badminton Malaysia. Ini kerana sukan Badminton adalah paling popular selepas sukan Bola sepak di Malaysia.

SERIUS : Siapa Sebenarnya Syasya Solero?

Pernah tengok kan video seorang perempuan yang menonjolkan diri di keek masa dahulu sambil berkata macam cantik je, macam cantik je, macam comel je.


Dialah sebenarnya Syasha Solero yang semakin popular dengan video tersebut.

Syasya Solero

Please Stop Making people famous

Sejujurnya bila tengok video macam cantik je dah buat  rasa nak pening-pening muntah. Dah tak ada kerja lain nak buat.

Ramai orang cuba memparodykan apa yang telah dilakukan oleh syasya Solero. Ada yang memerli dan tak kurang juga memberi nasihat agar tidak membuat video yang membuang masa.

Kemudian bila dah popular dengan perbuatan tersebut,

Ada pula artis-artis yang cuba membuat lagu macam cantik je. Antaranya ialah Amar, Band M-pop dan yang terbaru Erry putra. 

hahaha..

Rasa si syasya tak layak popular di mana-mana pun. haha, jahat giler punya statement. Sebab perangainya kat video memang betul-betul annoying.

Tak nampak bakat pada si syasya inikan lagi pada bobo lagi takde! dengan tarian paling merapu. 

Tapi itu rezeki masing-masing nak buat macam mana. 

Syasya Vs Bobo.

SERIUS : Indonesia Kini Dilanda Salji?

Betul Ke Indonesia Kini Dipenuhi Salji


Pastikan benda tu sahih ataupun tidak dan jangan menyebarkan video yang dikatakan Indonesia dilanda salji kerana ketidakpastian.

Kerana menurut rakan saya di Indonesia, Salji yang turun adalah sekadar hujan batu sahaja sama seperti apa yang berlaku di Malaysia pada masa dahulu. Adapun salji itupun adalah salji buatan manusia sempena hari natal. 

Bertambah pelik, video salji yang diupload adalah pada bulan ogos tahun 2013. Bagaimana pula semalam berlakunya salji. 

Setakat ini tiada bukti kukuh bahawa Indonesia di landa salji setakat ini. 

Banyak keburukan jika Indonesia di landa salji antaranya kesejukan melampau yang boleh menyebabkan kematian serta kekurangan makanan. Berkemungkinan Malaysia, Singapore dan Brunei juga akan terkena tempiasnya.

UPDATED
Klik gambar tersebut untuk lebih jelas

Kenyataan dari Jabatan Meteorologi

Semuanya sudah terjawab bahawa kalau diikut secara logik adalah agak mustahil untuk negara seperti Indonesia di landa Salji

LOL - REALITI CARA MENGEJA GOLONGAN REMAJA SEMAKIN MUGHALLAZAH!

#OhMyMalay

Damm. Takkan kronik sampai macam ini cara mengeja generasi muda sekarang?

FAKTA - 15 FILEM MALAYSIA TERLAKU SEPANJANG 2013

Yang mana laku dan yang mana gagal


Senarai 15 filem yang menerima kutipan tertinggi sepanjang 2013. Tertinggi tak semestinya menguntungkan!

INDO - 20 POSTER PILIHANRAYA INDONESIA SANGAT KREATIF TETAPI IANYA AKAN MEMBUATKAN ANDA FACEPALM

Poster pilihanraya Malaysia ada guidelines yang perlu dipatuhi. Akibatnya poster calon PRU Malaysia agak bosan dan tiada variasia. Di Indonesia calon legislatif (CALEG = ahli dewan undangan negeri) dibenarkan menggunakan kekreatifan mereka dan go crazy. Hasilnya ialah poster-poster yang dipenuhi watak anime, komik dan selebriti barat. Indo!



SERIUS - 14 BUKTI FOTOGRAFIK MEMAKAI NIQAB TIDAK MENGHALANG ANDA UNTUK MENJADI BAD ASS

Ramai berkata bila berniqab tak boleh aktif. Well not in Iran! Di Iran polis wanita mereka berniqab tetapi masih boleh menendang punggung anda dan menghasilkan lubang baru pada torso and menggunakan jaket plumbum penuh. 


This headline was also done as a dare. 

Laporan asal Military Quotes

RON 95 hanya untuk golongan “miskin”



Dalam usaha mengetatkan perbelanjaan kerajaan dan memastikan hanya rakyat Malaysia yang memerlukan menikmati kelebihan kesemua subsidi, petrol RON 95 yang disubsidi dijangkakan akan hanya boleh dinikmati golongan “yang memerlukan”, atau dengan kata lain, golongan miskin.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan polisi harga baharu ini mungkin akan berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini, tambah beliau.

Menurut beliau, sesiapa yang tidak layak untuk membeli RON95 pada harga subsidi hanya layak untuk membeli petrol RON97.

“Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95,” jelas beliau.

Harga semasa RON95 ialah RM2.10 seliter (subsidi 63 sen) manakala RON97 pula RM2.80 yang mana harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

“Malah penduduk dari jiran kita, Singapura dan Thailand juga rakyat asing yang tinggal dan bekerja di negara kita turut menikmati minyak pada harga subsidi,” tambah beliau lagi.

Pendekatan baharu ini masih lagi dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Apa kata anda?