Wednesday 8 January 2014

Lee Kwang Soo Sampai Di Malaysia (10 Gambar)

Ikon Pembelot dalam variety show Running Man iaiut Lee Kwang Soo akhirnya tiba di Malaysia untuk sesi bertemu peminat "Prince of Asia" di Kenanga Wholesale City. Ratusan peminat membanjiri balai ketibaan di KLIA bagi menyambutnya. Kehadiran Lee Kwang Soo pastinya menjadi memori indah buat peminat - peminat artist korea dan k-pop dan ia juga bakal membakar hati para - para haters diluar sana. Kami berharap suatu hari nanti kesemua ahli Running Man akan turun ke Malaysia dan melakukan penggambaran di sini.






SERIUS - 'Sultan Melaka' Peroleh Dana RM1 Trillion Dari Tabung Dunia?

Sebelum ini Sultan 'Ketum' dari Kerajaan Langkasuka nak take over Kedah, kali ini ada pula individu claim dia ini 'Sultan' Melaka sedangkan Melaka adalah antara negeri yang tidak mempunyai Raja. Lepas tu, beliau mendakwa pula mendapat dana berjumlah RM1 Trillion. Kalau satu bilion itu maknanya seribu juta, satu trilion pulak adalah seribu bilion… kalau ikut wikipiedia… panjang kosong trilion ini begini… 1,000,000,000,000,000,000.


Begitulah punya banyak dana yang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dakwa akan dapat dari Tabung Dunia. Dalam sidang media di ‘Balai Seri Melaka’ di Gombak Selangor, individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah (gambar) mendakwa, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.


“Untuk pengetahuan semua ICJ adalah badan kehakiman telus dalam membuat keputusan dan surat pengiktirafan ini dikeluarkan berdasarkan kajian menyeluruh selama sembilan tahun sehingga keputusan dikeluarkan pada 25 November lalu.

“Jika ada pihak yang mengatakan Beta mendapat surat tersebut dengan membayar kepada ICJ, sila buktikan kerana beta bukan ahli politik yang mengeluarkan dan menabur wang untuk memancing undi tetapi beta hanya menuntut hak warisan beta,” katanya.Beliau memberikan sidang akhbar dengan memakai baju kuning lengkap sebagai seorang raja memberitahu, surat mengenai pengiktirafan tersebut telah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu.

Ekoran pengiktirafan itu, beliau mendakwa bakal menerima dana berjumlah bertrilion ringgit dari satu tabung yang diuruskan oleh ICJ dan duit tersebut akan digunakan untuk membangunkan Melaka.

Ketika ditanya mengenai siapa yang menandatangani surat pengiktirafan tersebut, Raja Nor Jan berkata, beliau tidak mahu tahu siapa yang berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak media menghubungi ICJ sendiri bagi mendapatkan kepastian.

“Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan ICJ itu boleh kemukakan bantahan kepada pihak di sana. Apa yang penting, sekarang beta ingin menjelaskan bahawa semua pihak perlu menerima pengiktirafan ICJ ini dan beta ingin menuntut hak sebagai Sultan Melaka yang sah,” ujarnya.Tambah beliau, sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf surat itu dan ingin mengambil tindakan perkara itu dialu-alukan.

“Tetapi kerajaan juga perlu menjelaskan kenapa tuntutan itu tidak betul kerana surat ICJ itu berdasarkan akta dan fakta,” jelasnya.

Pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang di dalam negara ini kerana berpegang teguh dengan keputusan ICJ yang merupakan mahkamah dunia.

“Beta hanya mahukan hak beta untuk pulang ke Melaka dan mewarisi takta, bukan ingin menuntut keistimewaan lain dan beta tidak memerlukan bantuan mana-mana pihak kerana beta adalah Sultan Melaka Darul Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meragui kesahihan tandatangan surat yang kononnya dari ICJ tersebut.

Menurutnya, perlembagaan negara sudah menyatakan Melaka adalah salah sebuah negeri bukan bersekutu iaitu negeri selat.

“Ini menjadikan Melaka ditadbir wakil persekutuan yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri,”ujarnya.

Tambahnya, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa.

Kes mengaku raja dan sultan ini makin kerap kedengaran akhir-akhir ini, ada yang mengaku Sultan Langkasuka, Sultan Sulu dan tidak kurang juga Sultan Perak.

Sehingga kini pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan terhadap kes-kes melibatkan individu mengaku raja atau sultan ini.

SERIUS - Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim?

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan berita salji turun di Mesir buat pertama kalinya. Jadi, ada kajian mengatakan negara yang beriklim tropika dan panas juga bakal menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Vietnam turut dilitupi salji tebal.Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah. Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak 2 km sehari pada tahun 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.


Jika keaadan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′. Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana pula dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan india, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam yang lebih panjang. Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ii bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan bakal terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir – akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempah dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

WTF - Bahasa Alien Yang Bermastautin Di Malaysia?

Dafuq!!!


Oh my bahasa! Rosak! Ini yang dapat kami ulaskan kerana dari starting baca sampai habis, sepatah haram kami tak faham. Malah kami terpaksa makan panadol bagi meredakan kesakitan kepala. This is Too Much!



WTF - Misteri Wanita Berambut Panjang di Hospital Putrajaya

Difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Biar Betik? Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Amboi, siapa pula Shasha sebenarnya? Wanita itu digelar hantu Shasha.



Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas. Upacara memagar tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan ia dilakukan oleh 40 orang perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.

Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu. Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’. Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan. Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

SERIUS : Johan 'Raja Lawak' Menang Saman RM1 Juta?

Umum mengetahui kes Johan Raja Lawak dibaling gelas di kepala yang menyebabkan kecederaan kepada beliau pada tahun 2010 yang lalu. Unjuran daripada itu, kami mengetahui bahawa Johan telah menang kes saman sebanyak RM1 juta kepada pengarah drama, Mohd Javed menerusi syarikat Juara Filem Production Sdn Bhd.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam di sini pada Selasa bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.

Dalam pada itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik.

Bagaimanapun permohonan defendan membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta dibatalkan.

Pada perbicaraan kes tersebut berlangsung, Johan hanya diwakili peguam Zahrin Ishak dan pembantu peguam berkenaan, Suhaimi Saad.

Manakala pihak defendan pula diwakili peguam Baljit Singh.

Pada Jun 2010, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010.

Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.

Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut.

Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.

Johan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berkenaan.

WTF : Nafi Dakwaan Khalwat, Neelofa Tampil Tunjukkan Bukti

Walaupun Neelofa sudah membuat penafian mengenai dakwaan khalwat dengan VVIP yang dilontarkan terhadapnya baru-baru ini, nampak gayanya masih ada tuduhan terus dilemparkan kepada Neelofa. Memang sukar untuk membuatkan orang percaya kepada kita dengan hanya kata-kata. Oleh kerana itu, Neelofa menerusi akaun Instagramnya telah pun menunjukkan bukti untuk memuaskan hati semua pihak.


Bukti yang dipamerkan diatas adalah pembelian tiket kapal terbangnnya ke Amerika Syarikat. Kami difahamakan, Neelofa ke sana untuk menyambung pelajarannya. Neelofa turut membuat sedikit penerangan kepada mereka yang terus menerus memfitnahnya:-

Untuk mereka yang menganggap yang kononnya sy “LARI” selepas dituduh dgn fitnah kes khalwat pada 26th Dec 2013. Ini adalah receipt sy yang tertera ISSUE DATE: 18Dec2013 TIME: 12.37pm Dan sekali lagi, kalau betul saya terlibat dgn tuduhan yg tak masuk akal itu, pastinya sy tidak dapat ke luar negara dan harus ditahan utk selesaikan kes tersebut. Bagi mereka yg memang mengikuti perjalanan kerjaya sy, cerita tentang sy mengambil short course in acting di New York Film Academy – LA campus dah mula keluar dari bulan October.

COOL - ARCA RAMEN PALING KPOP (11 GAMBAR)

Ramen ialah mee yang berasal dari negara Jepun. Menurut kepercayaan tempatan nama Ramen diambil dari bahasa Mandarin Lamian yang bermaksud mee yang dibuat menggunakan tangan. Ramen juga dimakan di Korea dan diberikan sentuhan dan perisa tempatan. Seung Yul Oh ialah seorang artis yang berasal dari Seoul dan beliau menghasilkan arca pelbagai jenis ramen di bawah. Arca ramen ini dihasilkan menggunakan resin dan kelihatan sangat realistik. Siapa sangka makanan kebangsaan juga boleh dijadikan inspirasi hasil seni. 



Laporan asal Juxtapoz

COOL : ALAT MEMUDAHKAN MENGANGKAT AIR DI INDIA (11 GAMBAR)

Selain mempunyai masalah kekurangan tandas yang kronik, India juga mempunyai masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat marhaen. Ratusan juta warga India masih mendapatkan air dari mata air, perigi dan sungai. Tugas mendapatkan air yang terletak jauh dari tempat tinggal biasanya dilakukan oleh kaum wanita. Mereka terpaksa menjunjung belanga air di atas kepala yang beratnya mencecah 20 kilogram. Wello ialah roda yang merangkap balang menyimpan air yang digunakan di India sejak 2011. Ia mampu menampung empat kali ganda lebih banyak isipadu air dari sebuah balang air biasa. Ia bukan sahaja menampung lebih banyak air tetapi lebih mudah digunakan oleh kaum wanita. Tak perlu junjung atas kepala lagi. Very nice!



Laporan asal Wello

LOL - CARA MENGANJING PENYOKONG MANCHESTER UNITED YANG GENIUS

In Moyes We Trust.



Laporan asal Oipali

INDO - SEORANG LAGI "LELAKI BELON" INDONESIA (9 GAMBAR)

Slamet (59) dari Jawa Timur yang mempunyai masalah ketumbuhan. Ketumbuhan aneh ini mula muncul pada tubuh beliau sejak 1991. Pak Slamet kini cuba mendapatkan ubat bagi mengurangkan kesengsaraan beliau kerana ketumbuhan pada mua beliau kini membuatkan beliau hampir buta. Bertabahlah bapak!



Laporan asal Mirror

WTF - GAMBAR SELFIES PALING EXTREME #2 (14 GAMBAR)

Olimpik Selfies bersambung.



Laporan asal IMGUR

SERIUS : SERBUAN MAKMAL DADAH METH MEGA DI CHINA (14 GAMBAR)

Hujung tahun lalu kerajaan China melakukan operasi mega bagi melumpuhkan opera penghasilan dadah methamphetamine di Kampung Boshe, Guangdong. Kampung ini dikatakan pusat meth terbesar di Guangdong. Dalam operasi besar besaran dan serentak ini 3000 orang askar dikerahkan bagi melakukan serbuan. Sebanyak 18 makmal meth berjaya diserbu dan 182 orang suspek berjaya ditangkap. Dalam serbuan ini juga 3 tan meth serta 23 tan bahan mentahpenghasilannya berjaya dirampas. 



Laporean asal ChinaSmack

SERIUS : Taylor R, Barbie Doll Realiti Yang Dikatakan Tercantik Di Dunia Dari Kanada (10 Gambar)

Kita biasa lihat Barbie Doll realiti dan kebanyakkannya agak menakutkan. Tetapi kali ini, Taylor Richard atau Taylor R sahaja dikatakan adalah Barbie Doll yang tercantik daripada yang lain di dunia ini. Gadis ini berasal dari Kanada tetapi bekerja sebagai model di Hong Kong. Baru-baru ini gambarnya telah menjadi sensasi di internet kerana kecantikkannya unik dan tidak seperti Barbie Doll realiti yang lain. Tak percaya? Anda patut tengok sendiri.