Monday 10 February 2014

WTF : Wanita Tempatan Tipu RM1.2 Juta Hanya Guna Facebook



Wanita Tempatan Tipu RM1.2 Juta Hanya Guna Facebook | Assalamaualaikum, salam subuh dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Saban hari, bilangan kes penipuan online kian membimbangkan. Banyak laporan telah dibuat berkenaan penipuan online dan tak kurang juga ada yang menjadikan Facebook sebagai medium sindiket penipuan online.

Terbaru, Seorang wanita tempatan menjadikan akaun laman sosial Facebook sebagai medium menipu dalam talian dengan mengaut keuntungan jutaan ringgit sepanjang tempoh dua tahun beroperasi.Lapor Kes Penipuan Online Dan Kenali Penipu-Penipu Online Di Sini –> Senarai Penipu Online

Bersekongkol dengan lima warga Nigeria melakukan aktiviti African Scam itu terbongkar selepas mangsa, wanita warga negara Singapura membuat laporan polis mendakwa ditipu mereka, baru-baru ini.

Wanita yang menyamar sebagai kakitangan bank dan pegawai kastam itu dilaporkan mengaut keuntungan sekitar RM1.2 juta hasil penipuan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa yang juga ahli perniagaan wanita berusia 60 tahun, ditipu hampir RM600,000 selepas terpedaya dengan suspek yang dikenalinya Julai lalu.


Beliau berkata, mereka berkenalan menerusi laman sosial itu, selepas mangsa terpikat dengan suspek yang menyamar sebagai lelaki warga Ireland.
Hadiah melalui kurier

Sebagai tanda persahabatan, katanya, suspek menghantar hadiah melalui kurier yang didakwa mengandungi wang tunai RM750,000 kepada mangsa.

“Mangsa diarah membuat pembayaran ke atas bungkusan termasuk cukai kastam dan insurans. Mangsa membuat transaksi di empat akaun bank tempatan termasuk akaun wanita berkenaan,” katanya di sini semalam.

Katanya, hasil risikan, suspek berumur antara 25 hingga 40 tahun berjaya diberkas di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, tengah hari kelmarin.

Siasatan awal juga mendapati, kelima-lima suspek warga Nigeria itu memasuki negara ini menggunakan visa pelajar.

“Mereka memberi faedah 10 peratus kepada pemilik akaun daripada jumlah keuntungan penipuan itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, tiga lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran cakera padat cetak rompak ditahan polis dalam satu serbuan sempena ‘Op Ostrich’ di Shah Alam Selangor, kelmarin.

Abdul Jalil berkata, tangkapan dilakukan ketika suspek sedang melakukan transaksi memindah bekalan ke dalam sebuah kenderaan. – Sumber

COOL : Pil Vitamin D Yang Boleh Mengeluarkan Cahaya



Menakjubkan !! Pil Vitamin D Yang Boleh Mengeluarkan Cahaya | Pereka Perancis, Quentin Vaulot dan Goliath Dyèvre ingin mengedarkan vitamin D dalam bentuk pil cahaya seperti matahari bersinar. Kurangnya sinaran matahari pada musim sejuk boleh menyebabkan kemurungan, gangguan kulit, masalah kesihatan, dan kemurungan.

Pil vitamin D yang boleh mengeluarkan cahaya akan mengembalikan kecergasan hidup anda. Pil Vitamin D Yang Boleh Mengeluarkan Cahaya dibuat oleh Vaulot & Dyèvre untuk Lyon Festival of Lights.



Inilah pil hasil dari ciptaan mereka. Menarik tak? Kemungkinan rekabentuk pil yang ada cahaya membantu sesiapa sahaja yang takut pada ubat dan semestinya fungsi pil bercahaya ini ada fungsi yang tersendiri bagi mencerdaskan hari-hari seharian.

COOL : Pulau Yang Mempunyai Rumah Setinggan Yang Padat Tapi Maju



Pulau Yang Mempunyai Rumah Setinggan Yang Padat Tapi Maju | Migingo adalah sebuah pulau batu kecil, dengan luas kurang dari setengah ekar atau sekitar setengah ukuran padang bola sepak, yang terletak di Tasik Victoria, Tasik terbesar di Afrika dan tasik tropika terbesar di dunia.



Meskipun ukuran kecil, pulau ini adalah tempat tinggal bagi 131 orang yang tinggal di pondok-pondok penuh sesak diperbuat dari zink dan kayu. Meskipun kondisi kehidupan tidak seperti setinggan, Migingo adalah sebuah pulau yang mempunyai lima bar, salon kecantikan, kedai ubat serta beberapa hotel dan berbagai pelacuran. Sebahagian besar penduduk pulau bekerja sebagai nelayan dan pedagang ikan.



Orang yang pertama tiba di pulau itu adalah dua nelayan Kenya, Dalmas Tembo dan George Kibebe, yang mengaku telah menetap di sana sejak tahun 1991. Pada saat itu, pulau ini dihuni dengan burung dan ular.

Mereka kemudian bergabung dengan 60 anggota kelompok nelayan lainnya setelah menerima informasi bahwa wilayah ini kaya dengan ikan Nile Perch. Selanjutnya, nelayan lain dari Kenya, Uganda dan Tanzania datang ke pulau mengubahnya menjadi sebuah pusat perdagangan yang berkembang pesat.


SERIUS : Asal Usul Nama Kajang Yang Mungkin Kita Tidak Tahu



Kami nak kongsikan dengan para pembaca tentang Asal Usul Nama Kajang yang diceritakan oleh Datuk Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Abdul Jalil Datuk Abdul Rani. Jom kita baca dan hayati.

WALAUPUN memegang gelaran Datuk Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Abdul Jalil Datuk Abdul Rani sangat mudah didekati.

Tidak lokek dengan senyuman, malah tutur bicaranya yang santun membuat penulis berasa senang walaupun baru lima minit bertemu dengan beliau.

Menjadi Orang Besar Daerah Hulu Langat, Abdul Jalil yang lebih mesra dipanggil Tok Ungku berkata, sejak dari kecil beliau menjadi saksi perkembangan di Kajang.

Katanya, dari pekan kecil, Kajang membangun menjadi sebuah bandar besar menempatkan pelbagai kemudahan dengan jumlah penduduk yang semakin padat.

Berkajang di Sungai Langat

Diminta berkongsi cerita mengenai asal usul Kajang, sambil tersenyum, Tok Ungku memberitahu mengikut versi bapanya.

Terdapat ramai pedagang luar yang datang ke Tanah Melayu melalui Sungai Langat sering kali berhenti di satu kawasan diperairan sungai itu. Menurut cerita bapa Tok Ungku, kebanyakan pedagang yang melalui laluan itu adalah orang Bugis.

“Pada zaman itu pada pedagang ini menggunakan sampan besar beratap, yang dipanggil Kajang, dan acap kali pedagang-pedagang ini berkata ‘ini tempat kita berkajang’, maksudnya macam berkhemahlah.

“Apabila sering kali kawasan itu menjadi tempat para pedagang ini berkajang maka lekatlah nama kawasan itu Kajang. Itulah cerita arwah bapa saya, tetapi ada juga versi cerita orang lain, itu saya tidak pasti,” katanya.

Arwah bapanya, Datuk Ungku Abdul Rani Datuk Shamsuddin juga merupakan bekas Orang Besar Daerah Hulu Langat dan baru meninggal dunia pada April lalu di usia 90 tahun.

“Arwah bapa saya, antara Orang Besar Daerah yang paling lama di Selangor, beliau memegang jawatan itu sejak 1955 hinggalah 2013. Banyak pengalaman dan cerita yang dikongsikan kepada saya, sebelum saya mengambil alih tugasnya secara rasmi pada tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, tugas menjadi Orang Besar Daerah ini sudah dipikul sejak tahun 2010 lagi apabila bapanya mulai uzur.

Tidak pernah keluar dari Selangor

“Sepanjang 64 tahun, di sinilah tempat saya membesar, sejak lahir saya tidak pernah keluar dari Selangor khususnya Kajang. Jika tanya saya bagaimana Kajang yang dulu dan sekarang, memang sangat berbeza,” katanya.

Menurut Tok Ungku, dari segi komposisi kaum, pada awalnya, Melayu paling ramai, diikuti Cina dan India.

Bagaimanapun, hasil pembangunan yang rancak membuatkan Kajang menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya, dari hutan belukar menjadi sebuah pekan kecil, kini Kajang mempunyai kawasan pentadbiran seluas 78,761 hektar (787.61 kilometer persegi).

Mengikut rekod terkini, kapasiti penduduk Kajang telah menjangkau 311,785 orang, yang mana majoritinya masih dipegang kaum Melayu.


Katanya, susun atur masyarakat Kajang sama seperti di kawasan lain iaitu kaum Cina memonopoli kawasan bandar.

Bagaimanapun, hasil permodenan semasa, penempatan kawasan tidak lagi mengikut kaum malah semakin seimbang.

Bandar sate

Menurut Tok Ungku, sejak daripada dahulu lagi, Kajang sudah mendapat jolokan sebagai bandar sate.

“Ini antara tarikan utama di Kajang, tidak dinafikan orang sanggup datang dari jauh untuk menikmati sate Kajang,” katanya.

Sekali lagi membuka cerita, menurut Tok Ungku antara orang yang terawal memperkenalkan sate di Kajang adalah Haji Tasmin (Tasmin Sakiban).

“Sejarah sate ini bermula dari beliaulah sekitar 1930-an, beliau yang berasal dari Jawa datang ke sini menjaja sate dengan membawa kandar (kereta roda) dari kampung ke kampung.

“Keenakkan satenya menjadi bualan ramai sehingga jenama sate di Kajang kekal sehingga ke hari ini,” katanya.

Wakil Sultan di Hulu Langat

Gelaran Orang Besar Daerah, sedikit asing khususnya kepada belia hari ini, menurut Tok Ungku, ‘OBD’ masih berperanan dalam masyarakat hari ini sebagai wakil Sultan di sesebuah daerah itu.

“Sultan adalah ketua agama negeri, sebagai wakil kepada Sultan, peranan utama kami lebih kepada mengenai hal-hal agama, seperti memantau pembangunan masjid-masjid dan surau-surau di daerah ini.

“Selain itu, OBD juga mendengar rintihan rakyat setempat mengenai masalah atau keperluan semasa, kemudian perkara itu akan diajukan kepada pihak berwajib, jika masalah itu benar-benar tidak dapat diselesaikan baru dibawa kepengetahuan Sultan,” katanya.

Penulis cuba mencuit peribadi Tok Ungku dengan bertanya, perlukah untuk buat temu janji dahulu untuk bertemu Tok Ungku?

Dalam ketawa kecil, Tok Ungku berkata: “Siapa-siapa sahaja boleh datang jumpa saya, mahu buat temu janji boleh, tiada pun tak apa. Kalau ada perkara penting diluar waktu pejabat, boleh datang terus ke rumah,” katanya.

Menurut Tok Ungku, Sultan sering kali berpesan, istana dengan rakyat mesti rapat sebagai wakil Sultan yang duduk dibawah perlu prihatin dengan rintihan rakyat.

Susulan tiada jurang yang besar diletakkan, rata-rata rakyat setempat amat menyenangi peribadi beliau.

Tidak campur politik

Ditanya dengan soalan mengenai pilihan raya kecil Dun Kajang, Tok Ungku dengan lembut memberitahu yang beliau tidak boleh mencampuri urusan politik di negeri itu.

“Kami orang istana tidak dibenar campur urusan politik, cukup sekadar ambil tahu dan kenali wakil-wakil rakyat di daerah ini. Menyentuh lebih lanjut tidak dibenarkan,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai seorang Ahli Majlis, beliau tetap mengikut perkembangan semasa di daerah Hulu Langat terutamanya Kajang.

“Tidak kira siapa yang menang, orang Kajang mahukan perkhidmatannya, beliau perlulah adil kepada semua bangsa. Mereka yang dipilih perlu bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan,” katanya mengakhiri perbualan.

SERIUS : Madu Termahal Di Dunia Berharga Lebih RM23,000



Madu Termahal Di Dunia Berharga Lebih RM23000 | Assalammualaikum. Madu berharga lebih RM23000? Ok. Kalau Fyna sudah boleh buat duit muka kereta. Malah lebih dari itu. Memang sangat bernilai madu tersebut. Kena tahu juga kenapa harga madu boleh mencapai sehingga ke tahap itu kan.

Madu termahal di dunia? Madu ‘Elvish’ dari Turki adalah madu yang paling mahal di dunia. Madu khas diekstrak dari gua sedalam 1,800 meter di lembah Saricayir di bandar Artvin, timur laut Turki. Madu termahal tersebut berharga 5,000 euro (US $6,800) bagi setiap kilogram. -lebih daripada RM23 000.


Menurut Gunay Gunduz, seorang penjaga lebah tempatan, madu wasiat begitu mahal kerana ia dihasilkan secara semula jadi. Gua yang kaya dengan mineral meningkatkan kualiti madu, menambah nilainya. Gunduz berasal dari keluarga yang melakukan kerja pembiakan lebah selama tiga generasi, mula-mula perasan beberapa lebah memasuki gua kembali pada tahun 2009. Dari situ dia sedar yang ia mungkin mengandungi madu.

“Dengan bantuan pendaki profesional, kami memasuki dalam gua dan menemui 18 kilogram madu ditampal pada dinding sfera,” katanya. Ia kemudian dianalisa di makmal Perancis, mengesahkan madu tersebut telah berusia lebih tujuh tahun, berkualiti tinggi, yang kaya dengan mineral madu.

Menurut Gunduz, pada kilogram yang pertama telah dijual 45,000 euro di bursa saham Perancis pada tahun 2009. Setahun kemudian, ahli farmasi dari China membeli kilogram lain pada harga 28,000 euro. Pada masa ini madu berharga 5,000 euro setiap kilogram, ia dijual dalam botol 170g dan 250g.

Gunduz berkata madu tersebut boleh digunakan sebagai ubat serta makanan. Madu ini dihasilkan secara semula jadi dan tanpa gatal-gatal. Kawasan ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan endemik dan perubatan. Semua ini memberi kesan kepada harga.

INFO : Kebaikan Dan Keburukan Pil Perancang



Kebaikan Dan Keburukan Pil Perancang | Assalammualaikum. Fyna jumpa artikel ini dan minat untuk kongsikan bersama-sama. Seperti yang kita tahu, setiap pil yang kita ambil mempunyai kebaikan dan keburukannya. Begitu juga dengan pil perancang kan.

Pil perancang kehamilan merupakan alternative untuk wanita bagi merancang kehamilan mereka.

Mungkin juga usia anak yang masih kecil membuatkan anda berasa untuk menjarakkan sedikit tempoh hamil seterusnya.


Namun mungkin ada antara anda yang tidak tahu akan baik dan buruknya mengambil pil perancang kehamilan ini.

Kebaikan
Pil perancang kehamilan ini dapat mengawal kehamilan mengikut tempoh yang kita mahukan. Ia juga boleh merawat haid yang tidak menentu, malah mencegah risiko dari terkena penyakit kanser ovary dan rahim.

Keburukannya
Pil perancang mengandungi beberapa hormone tambahan dalamnya, kesan dari pengambilannya akan menyebabkan emosi kadang-kala tidak stabil dek kerana hormone yang berlebihan dalam badan. Ini kerana sesetengah pil perancang akan memberi kesan kepada berat badan sama ada kamu akan mengalami penurunan berat badan yang mendadak atau sebaliknya.

Apa-apa pun seeloknya, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menjadikan pil perancang sebagai keutamaan anda.

INFO : Kebaikan Dan Keburukan Pil Perancang



Kebaikan Dan Keburukan Pil Perancang | Assalammualaikum. Fyna jumpa artikel ini dan minat untuk kongsikan bersama-sama. Seperti yang kita tahu, setiap pil yang kita ambil mempunyai kebaikan dan keburukannya. Begitu juga dengan pil perancang kan.

Pil perancang kehamilan merupakan alternative untuk wanita bagi merancang kehamilan mereka.

Mungkin juga usia anak yang masih kecil membuatkan anda berasa untuk menjarakkan sedikit tempoh hamil seterusnya.


Namun mungkin ada antara anda yang tidak tahu akan baik dan buruknya mengambil pil perancang kehamilan ini.

Kebaikan
Pil perancang kehamilan ini dapat mengawal kehamilan mengikut tempoh yang kita mahukan. Ia juga boleh merawat haid yang tidak menentu, malah mencegah risiko dari terkena penyakit kanser ovary dan rahim.

Keburukannya
Pil perancang mengandungi beberapa hormone tambahan dalamnya, kesan dari pengambilannya akan menyebabkan emosi kadang-kala tidak stabil dek kerana hormone yang berlebihan dalam badan. Ini kerana sesetengah pil perancang akan memberi kesan kepada berat badan sama ada kamu akan mengalami penurunan berat badan yang mendadak atau sebaliknya.

Apa-apa pun seeloknya, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menjadikan pil perancang sebagai keutamaan anda.

SERIUS : Peminat Kecam Tasha Shilla Kerana Memakai Sponge Yang Tebal Di Bontot



Tasha Shilla mengamuk di instagram miliknya disebabkan kecaman dan kritikan bertubi-tubi terhadap bentuk susuk badan terutamanya di bahagian pinggul dan juga dada yang dikatakan menggunakankan sponge tebal dan bukannya original.

Dibawah merupakan caption instagram beliau mengenai kutukan dan kritikan yang dilemparkan terhadap beliau.

Kepada mereka ini yg tidak mengenali saya dan sengakatan dengannya..terima kasih atas kata2 kamu semua. Tak perlu nk pakai sponge utk dapat body mcm saya.anda semua bole join @fitnessakinah atau amalkan senaman dirumah.rajin2kan la diri utk buat 'SQUAT'.

Jangan asyik rajin buat fitnah pd org. Saya minta maaf atas kata2 saya jika terguris dihati.saya juga manusia yg tak sempurna.sekian terima kasih.

COMEL : 10 Foto Terkini Kayla Elayna, Puteri Apek & Leuniey Yang Comel

Wah... comelnya puteri sulung Khairul Fhami dan Leuniey ni kan.. Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha telah merakamkan detik-detik indah anaknya, Kayla Elyana pada usia 6 hari. Bayi perempuan mereka diberikan nama Kayla Elayna. Jom layan beberapa lagi keping gambar di bawah... 













Oh ya, gambar Kayla ini adalah hasil photoshoot dengan kerjasama The Photoliciou

SERIUS : Gambar Selfie Pertama Di Dunia Dirakam Pada 1909 (3 Gambar)

Gambar selfie pertama dirakam di dunia ini dipercayai diambil pada tahun 1909 oleh Joe Byron di atas sebuah bumbung bangunan di New York.


Joe Byron merupakan pemilik syarikat Byron telah merakam gambar itu bersama empat rakannya iaitu Pirie MacDonald , Kolonel Marceau , Pop Teras dan Ben Falk.


Mereka berempat merupakan pasukan jurugambar di Manhattan yang telah merakam ratusan ribu gambar.


Gambar selfie kumpulan jurugambar itu telah ditayangkan di Muzium Bandaraya New York untuk tatapan orang ramai.

Menerusi gambar itu juga, Joe dikesan sebagai jurugambar pertama yang telah merakamkan gambar sendiri yang kini menjadi satu kegilaan di kalangan pemilik akaun sosial Instagram.

Bagaimanapun terdapat sumber yang percaya bahawa gambar selfie pertama dirakam pada tahun 1839 oleh seorang ahli kimia, Robert Cornelius. – mStarOnline

SERIUS : Pasangan Malaysia Di Sweden Didakwa Hari ini

KUALA LUMPUR – Pasangan Malaysia yang ditahan reman di Sweden bagi membolehkan siasatan terhadap insiden tangan anak lelaki mereka dikatakan dipukul, dijangka didakwa di mahkamah daerah Stockholm hari ini (10 Februari).


Kristofer Stahre, peguam bagi Shalwati Nurshal, ibu kanak-kanak itu, berkata pendakwa, Anna Arnelle memberitahu beliau (Stahre) bahawa ia akan mengemukakan dakwaan itu terhadap pasangan berkenaan.

“Jika pendakwa mengemukakan dakwaan, beliau (Anna) berkemungkinan besar akan mengemukakannya terhadap kedua-dua ibu bapa itu.

Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka.

“Dakwaan itu akan menjadi rasmi pada 10 Februari, jam 11.00 pagi (6ptg waktu Malaysia) dan anda (media) boleh mendapatkan pengesahan perkara itu dengan menghubungi mahkamah daerah atau pejabat pendakwa,” katanya kepada wartawan menerusi e-mel hari ini.

Stahre berkata anak guamnya akan mencabar dakwaan itu. Beliau berkata tiada pendengaran dibuat pada hari itu dan pendakwa akan menyerahkan dakwaan secara bertulis.

Beliau berkata tarikh bagi pendengaran awal mungkin ditetapkan 18 Februari jam 9 pagi (4ptg waktu Malaysia) dan perbicaraan itu dijangka berlangsung 14 hari.

Menurut Stahre, anak guamnya amat berterima kasih atas segala sokongan yang diterimanya dari saudara mara yang datang ke Sweden tetapi mereka tidak semestinya dapat berjumpa Shalwati sehingga perbicaraan berlangsung.

Adalah difahamkan pihak pembela (suami dan isteri) akan merayu kepada mahkamah bagi membebaskan pasangan itu dari reman oleh kerana tidak ada kemungkinan mereka akan mencederakan anak-anak mereka, yang kini sudah pulang ke Malaysia.



Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, dan suaminya Azizul Raheem, seorang pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, telah ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana gagal menunaikan solat. – Bernama

SEXY : Fesyen Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTOP Era (9 Gambar)

Seperti mana acara karpet anugerah lain, Anugerah Meletop Era 2013 yang pertama kali diadakan turut diserikan dengan penampilan artis dengan gaya tersendiri bagi menjayakan tema ditetapkan penganjur.


Bersesuaian dengan temanya Meletop! Rata-rata artis yang hadir tampil dengan warna-warna ceria seperti merah, hijau, kuning dan biru bagi menghidupkan suasana santai.
Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013, Azhael yang dianggotai oleh Hal Husaini dan Mohd Azhar memilih pakaian rekaan Wan Huzairil dengan bertemakan floral.

Percubaan yang berani walaupun kelihatan sedikit janggal pada dua anak muda ini.


Pelakon drama Projek Memikat Suami, Emma Maembong pula memilih rekaan Rizman Ruzaini dan ternyata warna hijau gelap menyerlah kejelitaannya dan busana berkenaan tampak elegan pada tubuh Emma.

Rona hijau juga menaikkan kulit Emma yang putih gebu tanpa solekan tebal pada wajahnya.




Gaun kembang pilihan Yana Samsuddin rekaan Zery Zambry cukup comel dan ia sesuai dengan imej dan personaliti pelakon berusia 30 tahun itu.




Walaupun rata-rata memilih warna terang pada rekaan yang dipakai, aktres Lisa Surihani tampil dengan busana yang cukup ringkas dari rona kelabu rekaan Alya Bustamam.

Kelihatan agak formal untuk majlis anugerah seperti Meletop tetapi Lisa tetap kelihatan anggun dan yakin.




Manakala Tasha Shila pula memilih pakaian daripada jenama Clover’s Closet dan busana tersebut berjaya menyerlahkan bentuk tubuh Tasha yang ramping selain ia tampak ringkas namun elegan.








Nabila Huda yang sering tampil dengan pakaian yang agak terdedah turut memilih rekaan Alya Bustamam dan pelakon itu kelihatan ringkas dan elegan.

Gabungan rona merah hati dan jingga menyerlahkan sisi Nabil yang sentiasa lincah walaupun dalam busana anggun tersebut.




Sara Ali tampil cukup ringkas apabila memilih gaun berwarna merah terang dan disesuaikan dengan sepatu daripada Christian Louboutin dari warna hitam.




Pasangan pengantin baharu, Rozita Che Wan dan Zain Saidin membuat pilihan bijak apabila tidak tampil dengan pakaian sedondon bagi melambangkan cinta mereka.

Rozita seperti biasa tetap anggun dengan busana dari rona putih rekaan Kudin manakala Zain dengan mengayakan rekaan dari butik Taufiq Tailor.




Pelakon Siti Saleha juga memilih gaun paras lutut berwarna putih rekaan Rizman Ruziani dan ia kelihatan ringkas dan cukup sesuai digayakan pada majlis seperti Anugerah Meletop Era. -mStarOnline & Roti Kaya

SERIUS : Punca Rahim Tidak Akan Sertai Sepahtu Selepas Menang MLM 2013

Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.


Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.

“Kita hanya mengambil Rahim sebagai projek istimewa untuk MLM 2013 ini dan buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan kumpulan ini.

“Bagaimanapun saya mengakui selesa dan senang bekerja dengannya kerana Rahim seorang yang sangat komited dalam kumpulan,” katanya pada sidang media selepas pertandingan itu di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.

Sepahtu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Rahim.

Dalam pada itu, Rahim berkata, dia sudah dijelaskan dengan perkara tersebut sebelum menyertai kumpulan tersebut.

“Saya sudah dijelaskan awal-awal tentang perkara ini oleh pihak Astro. Namun saya bersyukur kerana diberi peluang bersama Sepahtu yang akhirnya membawa nama saya sebaris dengan mereka.

“Bagi saya, tidak ada perasaan kecil hati atau terasa kerana tidak bersama Sepahtu selepas ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentag kejayaan tersebut, Jepp berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada sokongan kuat daripada peminat-peminat mereka.

Jelasnya, mereka akan mengadakan jamuan bagi meraikan kejayaan tersebut dan membalas jasa peminat.

“Kami sangat terharu dengan sokongan peminat, ada yang sanggup mengadakan kenduri sebelum hari pertandingan ini untuk mendoakan kemenangan kami.

“Kami menghargai sokongan mereka dan Insya-Allah kita akan adakan jamuan untuk membalas sokongan mereka,” ujarnya.

Kumpulan Sepahtu diumum sebagai juara MLM2013 dengan menewaskan empat peserta lain iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.



Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro – mStarOnline

Sosial - Pak Arab Kuala Lumpur : Samseng, Pelacuran, Dadah Dan ...

Pak Arab pun dah start jadi gengster KL.. Fuyooo... penangan KL gengster dah meresap ke kalbu rakyat jelata KL.. Bangga ker broo / sis.. Hidup mewah, awek senang.. Nak apa2 buat macam KL ko punya.. Dah ibarat ko hidup takkan mati.. Pelik ker janggal.. KL sekarang dah bertukar menjadi bandar warga asing.. Paling hot mat bangla dan indon.. 


Kuala Lumpur: 

Pelacuran, dadah, pergaduhan dan prebet sapu. Itulah onar segelintir pak Arab yang semakin mendominasi kawasan Bukit Bintang di ibu kota hingga menjadikan lokasi itu bagaikan ‘zon merah’ di rantau Asia Barat.


Samseng Arab mengambil alih kuasa dari kumpulan kongsi gelap tempatan, terutama di sekitar premis di jalan utama, hingga makin berani menimbulkan pelbagai masalah sosial di kawasan yang kini turut dikenali sebagai Ain Arabia.
Sebelum ini kehadiran mereka sebagai pelancong diterima dengan tangan terbuka, namun kini tindakan segelintir samseng berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk tempatan.

Kegiatan menjengkelkan itu didedahkan kepada Metro Ahad oleh pemandu teksi dikenali sebagai Alim, 37, yang lebih 10 tahun memandu teksi sekitar ibu kota.

Menurut Alim, tidak dinafikan bukan semua pak Arab yang datang ke situ berniat jahat, namun sebilangan mereka turut terbabit dengan aktiviti kurang sihat, terutama pelacuran dan dadah.

Info Asal : HMetro

Sadis - Korek Kubur Nak Curi Tulang Mayat. Bangang Manusia Ni

Tujuan perubatan or tujuan nak bomoh.. Hadoiii... Try kubur ko lepas ni orang korek.. Jasad berterbangan merata-rata.. Perubatan tahik macam ni, bukan perkara baru.. Daripada zaman jahiliyah lagi.. Manusia menggunakan otak terlebihnya untuk perubatan supaya kuat dan tak mati.. Moralnya nak jadi taiko sementara menunggu ajal..


Enam lelaki termasuk remaja berusia antara 14 hingga 43 tahun yang cuba mencuri tulang mayat di kawasan perkuburan Orang Asli Kampung Deraman, Batu 3 di sini, ditahan malam kelmarin.


Mereka dipercayai cuba mencuri tulang mayat itu untuk digunakan bagi tujuan perubatan ditahan polis dan penduduk kampung kira-kira jam 9 malam.
Tindakan mereka itu disedari seorang penduduk kampung yang curiga dengan kelibat beberapa individu yang berada di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Ketika itu penduduk terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini, sebaik selesai menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kampung.

Saksi kejadian, Tan Din, 39, berkata, dia berasa curiga apabila melihat cahaya lampu suluh di dalam kawasan tanah perkuburan itu dan pada masa sama, terdapat sebuah kereta parkir di tepi jalan.

Info Asal : HMetro

Sadis - Kuantan : Disamun, Ditikam Di Mulut, Dada Dan Bawah Pusat.

Gila ganas.. setakat samun dompet jer pun... Sampai kena bunuh bagai.. Dah terdesak sangat menyamun nak duit mudah.. Tapi bila kena tangkap, berapa ramai penyamun diadilkan seadilnya.. Kes rompak lari, penyamun tak tertangkap.. Kena tangkap pun takde kena hukuman setimpal.. Kalau sembang hukum hudud, timbullah macai cakap tak relevan bagai.. Now bila kena samun macam ni, sampai mati.. Naik turun mahkamah, tup tap kena hukuman penjara.. Adil ke macam tu...


Seorang penyelia sebuah syarikat kenderaan di Gebeng :

Disamun lelaki berpakaian seragam sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Akibat ditikam tiga kali, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.20 pagi, Md Saipul Mizan Ibrahim, 33, dari Lorong Balok Sejahtera 12, Beserah, dekat sini, meninggal dunia selepas ditikam di mulut, dada dan bawah pusat.

Dompet dan telefon bimbitnya turut dilarikan selain sebuah pacuan empat roda digunakan mangsa yang juga milik syarikatnya hilang dari kawasan itu.

Ketika kejadian, mangsa yang berada di kawasan parkir di tempat kerjanya berlari ke arah pondok pengawal untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam penjenayah sebelum rebah dalam berlumuran darah di situ.

Melihatkan kejadian itu, pengawal keselamatan yang bertugas menghubungi ambulans milik syarikat sebelum mangsa dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika di dalam ambulans, mangsa sempat memaklumkan dia disamun penjenayah berpakaian seragam sebelum meninggal dunia.

Isteri mangsa, Nik Faizah Nik Fadzil, 26, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa suaminya, apatah lagi mereka baru pulang daripada bercuti sempena Tahun Baru Cina, baru-baru ini.“Walaupun sedih dan terkejut, saya reda dengan ketentuan dan ini cabaran paling getir dalam hidup saya,” katanya yang tidak mempunyai cahaya mata.

Katanya, mangsa keluar dari rumah jam 6.30 petang kelmarin untuk masuk bekerja bermula jam 7 malam.

Info Asal : HMetro

SEXY : Gadis Menghasilkan Dress Menggunakan Gelung Besi Kecil (10 Gambar)

Bermodalkan hanya ribuan gelung besi kecil, gadis ini mampu menghasilkan satu dress yang unik.