Thursday 23 January 2014

FAKTA - CUTI BERSALIN : NEGARA MANA YANG PALING PEDULI TENTANG IBU?

Di Malaysia cuti bersalin 90 hari gaji berbayar. Bapa boleh bercuti maybe 5 days. Itupun kalau company baik hati. Yang cuti 2 hari sahajapun ada. Anymore than that kena tolak annual leave. Mari bezakan Malaysia dengan negara-negara lain dunia. Anak dah keluar nanti boleh work and still with the kid. Paling power Vietnam. Negara kapir komunis laknat paling jaga kebajikan rupanya!



COOL - SENI SULAMAN PERMUKAAN BESI SEVERIJA INČIRAUSKAITĖ-KRIAUNEVIČIENĖ (10 GAMBAR)

Seni sulaman seperti songket biasanya dilakukan di atas permukaan fabrik. Bagi artis yang berasal dari Lithuania, Severija Inčirauskaitė-Kriaunevičienė ini terlalu biasa dan beliau menyulam rekaan beliau di atas permukaan besi. Beliau menyulam di atas sudu, baldi besi dan juga bonet sebuah Honda Civic. Bagi Severija medium yang beliau gunakan ialah salah satu cara mengitar semula barang terbuang. Good stuff.



Laporan asal Severija

SERIUS- SANTA MUERTE : SANTO KULTUS MAUT UNTUK GOLONGAN TERPINGGIR MEXICO (12 GAMBAR)

Penganut Katolik mempunyai pelbagai Santo suci yang menjadi tempat mereka mengadu nasib dan meminta pertolongan. Di Mexico santo yang paling terkenal ialah Our Lady of Guadalupe. Tetapi sejak 12 tahun kebelakangan ini muncul santo baru yang kini semakin popular dikalangan pengedar dadah, orang miskin, homoseksual, pembunuh dan pelacur. Santo ini ialah Santa Muerte ataupu Santo Maut. Santa Muerte kini dikatakan mempunyai 2 juta pengikut yang berdoa kepada beliau kerana dikhabarkan beliau paling mudah memakbulkan doa. Santa Muerte biasanya kelihatan seperti rangka seorang wanita yang memegang sabit yang sering kita kaitkan dengan malaikatul maut. Santo ini semakin popular sehingga tahun lalu jualan barangan yang mempunyai imej beliau terjual lebih banyak dari Our Lady of Guadalupe. Jika anda menonton Breaking Bad anda pasti ada ternampak Leo danMarco Salamanca berdoa kepada beliau sebelum mahu membunuh Walter White.


Pada paderi Katolik Mexico beberapa kali mengingatkan pengikut Santa Muerte bahawa apa yang mereka lakukan ini menyesatkan. Mereka mendakwa asal usul Santa Muerte adalah satanik dan ini menyimpang dari ajaran Kristian. Pengikut Santa Muerte tidak peduli kerana mereka yakin santo yang banyak memustajabkan doa mereka ini pastinya santo yang paling power!

Menurut polis mereka juga semakin kerap menemui shrine Santa Muerte di dalam rumah pengedar dadah dan pembunuh di Mexico. Sebelum mengedar dadah dan membunuh merek akan berdoa keapda Santa Muerte agak menemui kejayaan. Golongan gay pula berdoa kepada Santa Muerte agar ditemukan dengan cinta sejati. Mereka hanya mampu berdoa kepada Santa Muerte kerana santo - santo lain dikatakan tidak akan memakbulkan doa golongan gay yang dibenci Kristian. Golongan pelacur pula berdoa kepada Santa Muerte bagi memastikan diri mereka selamat dari dibunuh pelanggan. Berdoa kepada Santo Maut untuk mengelakkan maut ketika bekerja

Untuk berdoa kepada Santa Muerte anda perlu membakar lilin bewarna dan melakukan korban.Lilin merah untuk mendapatkan cinta, emas untuk kekayaan, hijau untuk kesihatan dan hitam untuk mendoakan kematian. 

Tetapi ingat setiap doa harus disertakan dengan janji keramat. Jika anda gagal memenuhi janji keramat ini Santa Muerte akan datang dan mengambil nyawa anda!

Kultus ini semakin popular bukan sahaja di Mexico tetapi kini merebak ke Amerika Syarikat. Agama pecahan baru yang mendewakan Santo Maut untuk golongan yang sering dipandang serong oleh golongan atasan.


KOMIK - KOMIK KELAKAR TETAPI MEMBINA AMIR MUSTAQIM

Komik yang kelakar tetapi ada makna dari Amir Mustaqim akaBamer26. Sila follow page beliau di Facebook for more comix






Laporan asal Amir Mustaqim

COOL - MCDONALDS BERBENTUK UFO DI ROSWELL (13 GAMBAR)

McDonalds di Malaysia dah jadi macam restoran mamak. Weekend ada aja hamba Allah yang melepak tengok bola. Harga makanan juga kompetetif jika dibandingkan dengan mamak. One thing yang tak ada di McD Malaysiaialah McD bertema seperti yang ada di Roswell New Mexico. McDonalds ini berbentuk seperti sebuah piring terbang. Ini sangat bertepatan dengan imej Roswell sebagai ibu segala insiden UFO dunia. Cool place!


Laporan asal Papiblogger

SERIUS - MARI MELIHAT PUSAT "SERENTI" UNTUK PENAGIH INTERNET DI CHINA (11 GAMBAR)

Di Malaysia ketagihan dadah memaksa kerajaan membuka pusat Serentibagi memastikan penagih boleh menjadi manusia yang boleh pakai. Ada juga pusat pengasih yang menjadi last chance saloon kepada Jamal Abdillah yang terlalu hardcore sampai sekarang tak pulih-pulih. Di China masalah dadah ada tetapi yang lebih merisaukan mak bapak ialah masalah ketagihan internet. Ketagihan internet mengikut pendapat China ialah seseorang yang menghabiskan sekurang-kurangnya 6 jam berterusan di hadapan komputer melayari internet. Kebanyakkan "penagih" mempunyai masalah ketagihan permainan online sehingga kehabisan wang.


Masalah ini semakin kronik kerana banyak kes mak bapak dibelasah setelah enggan memberikan wang kepada anak untuk membeli rare item ataupun menghalang mereka mengakses komputer. Di dalam negara di mana setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai seorang anak, masalah anak mengalami ketagihan internet dianggap serius. Kadas pelajar yang tidak habis pengajian juga semakin meningkat kerana dibuang kolej kerana gagal. Asyik sangat bermain permainan online.

Kem rehab internet yang menyerupai kem tentera semakin popular di China. Kem sebegini mula muncul sejak 2009. Kem ini memastikan pelatih tidak mempunyai akses kepada telefon dan komputer selama 3 bulan. Pelatih yang hardcore dibelasah dan ada yang diberi terapi renjatan elektrik bagi memulihkan ketagihan. Bagi ibu bapa kekejaman kem ini adalah perlu bagi memastikan anak mereka tidak akan membesar menjadi kutu internet yang ketagihan seumur hidup. Kos juga bukan murah kerana ibu bapa perlu membayar sehingga RM9970 untuk menanggung kos rawatan. Ini ialah jumlah yang besar bagi sebuah keluarga di China.


Laporan asal Times

COOL - GARAJ KERETA UNTUK LELAKI KAKI KERETA SEBENAR (14 GAMBAR)

Garaj kereta ialah sesuatu yang kami wish setiap rumah di Malaysia ada. Malangnya kita hanya ada porch untuk park kereta. Di Amerika Syarikat mereka yang berkemampuan akan mengubahsuai garaj menjadi Man Cave yang membolehkan lelaki have their own me time with the boys. Alangkah bestnya jika kami ada man cave. 



Laporan asal Automotorplex

SERIUS - KENALI JENIS - JENIS FESYEN REMAJA ZAMAN SEKARANG (15 GAMBAR)

Banyak sangat spesis remaja yang berfesyen mengikut jenis muzik yang digemari. Mari lihat beberapa rupa default mereka mengikut Your Scene Sucks


Laporan asal YourSceneSucks

SEXY - ANAK PEREMPUAN ARNOLD SCHWARZENEGGER (6 GAMBAR)

Ini ialah Katherine Schwarzenegger. Not bad. 


COOL - POWERBANK BERBENTUK LIGHTSABER SITH LORD DARTH VADER (7 GAMBAR)

JUST TAKE MY MONEY! Powerbank berbentuk lightsaber Darth Vader. Kapasiti 2800 mAh. Harga USD 50 (RM 167) . Seriously just take my money! Ini baru powerbank yang paling power! Force choke and respirators sold separately.


Laporan Brando

COOL : TAMAN TEMA ROBOT DI KOREA SELATAN (19 GAMBAR)

Di bawah ialah target render untuk Robotland yang akan dibina diImcheon, Korea Selatan. Taman tema ini sudah dalam perancangan sejak 2007 tetapi upacara pecah tanah hanya berlangsung minggu lalu. Taman teman robot ini dijangka siap pada tahun 2018 dan menelan belanja USD 1.23 Billion (RM 4.12 Billion). Selain mempunyai rides dan bangunan bertemakan robot, Robotland akan menjadi pusat kajian dan inovasi teknologi robot Korea Selatan. Sama-samalah kini menanti taman tema ini siap. Kalau end product secantik lukisan konsep memang powerlah taman tema ini. 




Laporan asal ThemeParx

WTF - IKLAN UBAT SEMBELIT YANG TROLOLO

Kesian lelaki yang menjadi model dalam iklan ini. Apa dia letak dalam resume dia? Previous job : Crap. No winnin this. 



Laporan asal Techboy88