Sunday 26 January 2014

SERIUS : Perodua Alza Baru 2014, Lebih Menawan dan Harga Lebih Murah

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kereta Perodua Alza serba baharu dengan pengurangan harga atas jalan antara dua dan tujuh peratus berbanding sebelum ini, menjadikannya kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan harga paling kompetitif di pasaran.


Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid berkata, selain pengurangan harga atas jalan, Alza baharu itu juga melalui penambahbaikan keseluruhan bernilai RM4,000.


“Pengurangan harga ini dibuat melalui pengurangan kos secara berkesan bermula rangkaian pembekal, kilang, pembuatan, pusat servis, pusat jualan serta menambah baik produktiviti barisan hadapan.

“Kami mampu kurangkan harga atas jalan Perodua Alza generasi baharu ini antara RM1,000 sehingga RM5,500 (bagi tiga varian berbeza), sekali gus menyahut seruan kerajaan supaya syarikat automotif melakukan pengurangan harga kenderaan secara berperingkat,” katanya dalam Majlis Pelancaran Perodua Alza Generasi Baharu di Kuala Lumpur, semalam.

Harga terkini Perodua Alza 2014

Beliau berkata, Perodua menyasarkan 4,300 unit Alza baharu itu dijual setiap bulan tahun ini, berbanding 3,800 unit setiap bulan bagi model sebelum ini pada 2013.

“Kami sasarkan peningkatan sumbangan jualan Alza kepada 26 peratus daripada jualan keseluruhan Perodua tahun ini, berbanding 23 peratus tahun lalu,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada November 2009 sehingga Disember 2013, sebanyak 169,000 unit Alza berjaya dijual.

Menurut Aminar, jumlah keseluruhan MPV yang dijual daripada 2010 sehingga 2013 di Malaysia adalah 396,000 unit, menjadikan Alza MPV paling banyak dijual sepanjang tempoh itu.

Perodua Alza generasi baharu ditambah baik melalui ciri-ciri keselamatan lebih baik, rekaan dalaman lebih versatil dan penjimatan penggunaan minyak.

Ia boleh didapati dalam tiga varian iaitu standard dan edisi Khas dengan transmisi automatik dan manual, serta Versi Advanced transmisi automatik serendah RM52,400 sehingga RM64,000 seunit. -Sinar Harian

WTF : Bagaimana Kenal Pasti Mesin ATM Yang Ada Alat Pengimbas Data

Baru-baru ni heboh berita tertumpasnya satu sindiket mencuri maklumat dan wang pengguna mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan menggunakan alat pengimbas data setelah polis berjaya menahan seorang lelaki warga Poland di pusat beli-belah Suria KLCC di sini.


Modus operandi sindiket tersebut ialah mencuri data daripada pelanggan mesin ATM melalui alatan pengimbas tersebut sebelum membuat kad klon mereka dan mengeluarkan wang di dalam akaun mangsa di luar negara.

Jadi di sini kami ingin kongsikan bersama anda bagaimana untuk mengenal pasti mesin atm yang ada alat pengimbas data atau dipanggil “ATM skimming device” dan langkah-langkah keselamatan semasa mengeluarkan wang di mesin ATM.

Apa itu ATM Skimming Device?
ATM skimming device adalah satu alat yang digunakan oleh penjenayah untuk menyalin data dari jalur magnetic kad ATM pengguna.
Alat ini selalunya bersaiz kecil dan diletakkan di mesin-mesin ATM tanpa disedari oleh pengguna.

Di mana hendak mengenalpasti alat ini di mesin ATM?




Mesin ATM normal
Penunjuk masuk kad yang berkelip dapat dilihat dengan mudah.
Kebanyakan alat pengimbas data akan menutup penunjuk masuk kad yang berkelip ini.



Mesin ATM yang ada alat pengimbas
Alat ini direka untuk kelihatan seperti sebahagian dari mesin ATM itu sendiri.
Penunjuk masuk kad yang berkelip tidak dapat dilihat dan tempat untuk memasukkan kad juga berbeza.



Contoh-contoh alat pengimbas data kad ATM yang dipasang di mesin ATM




















Contoh-contoh alat perakam nombor pin kad atm yang dipasang di mesin ATM












SERIUS : Fakta Sebenar Binaan Kota A Famosa, Anda Pasti Tidak Akan Melawatnya

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana asal usul Kota A Farmosa dan bagaimana ianya didirikan.

Bangunan yang sangat terkenal diseluruh dunia ini menjadi kemegahan rakyat Negeri Melaka dan menjadi tumpuan pelancong samada dari dalam dan luar negara saban tahun.

Kota A Famosa yang kini menjadi tumpuan pelancong

Tetapi bagi mereka yang tahu asal usul bagaimana bangunan tersebut dibina mungkin tidak akan melawatnya dan mungkin juga akan membencinya terutama kepada mereka yang beragama Islam.

Mengikut sejarah seperti yang diceritakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Saudara A. Karim, A Farmosa adalah simbol kekejaman penjajah Kristian.

Beliau yang juga lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjutkan pengajian ke Southern Illinois University Carbondale dan seterusnya di University of Illinois di Amerika Syarikat berkata, sejarah membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511.

“Malah setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan PENGGANAS Kristian Katolik, Raja Portugis ketika itu telah mengutuskan laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan tentera Islam.

“Betapa jahatnya PENGGANAS-PENGGANAS Kristian Katolik ini tercatat juga bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk diambil batu-batanya bagi membina simbol kekejaman Kristian yang boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini iaitu Kota A’Famosa.

“Jika tidak kerana usaha-usaha jahat para penganas Kristian Eropah yang datang menjajah dengan motif untuk mengaut segala kekayaan dari bumi Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh-sungguh untuk menyebarkan agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan istilah “Gold, Glory and Gospel” pasti dunia alam Melayu aman dengan ketinggian budaya ketimurannya.

“Jika tiada kerja-kerja jahat penganas Kristian Eropah yang mengimport pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni, katanya.

SERIUS : 16 Kerjaya Dengan Pendapatan Tinggi Tanpa Perlu Ijazah Universiti Di Malaysia

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.


Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain

Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.

Malaysian Flying Academy, Melaka.

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.

3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.

4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat.

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia


Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;

5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH.

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas.

Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang berdekatan.

14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti. Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya.

Jadi, yang mana satu pilihan anda?

SERIUS : Flat Jalan Lobak, Sudah 68 Orang Bunuh Diri Disini

SEREMBAN – Cubaan seorang wanita berusia lingkungan 50-an untuk membunuh diri di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, dekat sini semalam menemui kegagalan apabila bumbung zink menjadi penyelamat.


Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang itu, suri rumah berasal dari Kampung Baru Mambau itu sekadar patah kaki kanan dan mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan terutamanya kepala selepas nekad terjun dari tingkat 12.

Titan Ho (dua, kiri) melihat keadaan mangsa.

Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Kawasan Lobak, Titan Ho berkata, penduduk tidak sempat menghalang wanita terbabit kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

“Menurut penduduk sekitar, wanita berkenaan datang ke sini semata-mata untuk membunuh diri akibat masalah peribadi. Dia berjaya melepasi gril keselamatan pada lif dan tangga selepas menyusup masuk bersama penduduk lain tanpa disedari.


Mangsa bernasib baik kerana tidak menemui ajal walaupun terjun dari tingkat 12, semalam.

“Bagaimanapun, dia terselamat selepas tersangkut pada bumbung zink yang berada di aras paling bawah bangunan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita, dekat sini, semalam.

Menurutnya, beliau bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh penduduk dan segera menghubungi ambulans yang tiba kira-kira lima belas minit kemudian.

“Kejadian sebegini amat kita kesalkan. Sejak bangunan ini dibina pada 1964, sudah 68 kes bunuh diri berlaku membabitkan 65 Cina, 2 India dan seorang Melayu.

“Sudah tiga tahun tiada kejadian bunuh diri kawasan ini sejak gril keselamatan dipasang pada awal 2012 bagi menghalang orang tidak dikenali memasuki bangunan tersebut, kecuali penduduk menggunakan kad khas,” katanya. -SinarHarian

SERIUS : Teguran Suci Seorang Pemuda kepada Sultan Johor

Kami baru sahaja mendapat kiriman dari rakan kami bernama Syafik Yahya, di dalam surat tersebut beliau telah meluahkan rasa hatinya terhadap pemerintahan Sultan Johor, anak muda ini meluahkan pendapatnya dan diharap semoga luahan dan pendapat ini dapat menjadi panduan dan perkongsian untuk kita bersama..


Teguran Suci Rakyat Marhaen kepada Sultan Johor

Bismillahirrahmannirrahim,

Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata.

Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.

Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi.

Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk maju seperti Singapura, begitu menurut laporan akhbar.

Bentuk pelaburan asing secara langsung begini memang mendatangkan pembangunan infrastruktur yang pantas dan rancak. Namun, sejauh manakah rakyat seperti kami mendapat limpahan daripada projek-projek pembangunan ini? Ini antara perkara yang perlu diperhalusi.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Pertama , melihatkan kepada harga tanah sekaki persegi RM860 itu, sudah pastinya unjuran harga premis-premis bangunan akan melonjak kepada sekurang-kurangnya RM1400-1500 kaki persegi.

Andai sebuah kediaman berkeluasan 22″ x 70″ iaitu anggaran biasa kediaman rumah teres setingkat seluas 1540 kaki didarab dengan harga premis RM1400 kaki persegi (sekurang-kurangnya) menjadikan nilai hartanah tersebut sekitar RM2.15 juta.

Bagaimana pula dengan kediaman semi D, banglo, pusat komersial serta premis perniagaan lain yang sudah tentunya jauh lebih mahal. Sudah pastinya harga-harga tersebut jauh dari kemampuan rata-rata rakyat biasa seperti kami.

Akhirnya, akibat ketidakmampuan pemilikan hartanah tersebut pastinya ekuiti tersebut akan jatuh ke tangan pelabur asing akibat didorong oleh kuasa beli yang tinggi, faktor permintaan yang baik serta lokasi yang strategik.

Jika perkara sebegini berterusan, maka tidak hairanlah jika lambat laun generasi warisan kita hanya akan mampu menyanyikan lagu “anak kecil main api” yang antara liriknya ..”nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda” sebagai salah satu subjek kurikulum menaikkan semangat survival di sekolah pada masa akan datang. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.

Kedua 2, kepesatan pembangunan mestilah sejajar dengan purata pendapatan rakyat dan pembangunan modal insan. Andai ia tidak sejajar, dibimbangi rakyat marhaen akan ibarat merempat di bumi sendiri. Tinggal di sekitar bangunan pencakar langit dan premis-premis mewah. Namun hakikatnya seperti di drama-drama melayu yang sembang projek berjuta, anak orang kaya tapi hakikatnya tidaklah seperti yang disangka.

Pembangunan modal insan meliputi aspek pendidikan yang baik, ilmu kemahiran termasuklah pengetahuan asas perniagaan dan perdagangan haruslah dibangunkan seiring dengan pembangunan infra. Patik percaya di bawah pentadbiran ke bawah Duli Tuanku, Johor akan membangun sebagai sebuah kerajaan yang maju malah setanding dengan Singapura satu hari nanti insyaa Allah.

Ketiga 3, patik sebagai rakyat lebih gembira Khazanah Nasional mahupun Johor Corp sebagai peneraju dalam kesemua pelaburan hartanah di Iskandar Malaysia. Itu lebih mengembirakan berbanding melihat pelabur asing menguasai dan mendominasi Iskandar Malaysia satu persatu. Biarlah pembangunan itu sedikit perlahan berbekalkan modal sedia ada juga suntikan dana dari kerajaan negeri dan pusat tapi bukan dengan menjual bidang-bidang tanah secara langsung kepada pelabur asing.

Sebagai rakyat yang menjunjung kasih tuanku, patik gembira andai Johor boleh kembali gah sebagai tempat perdagangan maju dan masyhur seperti yang diceritakan dalam buku sejarah di sekolah suatu ketika dahulu.

Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada tuanku untuk terus mentadbir Johor dengan adil, saksama dan penuh hikmah untuk manfaat sekian rakyat jelata. Maafkan patik andai ada kata-kata yang ‘beraja di mata, bersultan di hati’ yang mungkin mengguris.

Patik mungkin tidak dapat menyampaikan surat dari hati ini kepada tuanku tapi sekadar mampu berkongsi di ruangan maya agar ada insan-insan yang boleh panjangkan kepada tuanku. Patik yang menjunjung kasih.


Keratan akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.

Rakyat Marhaen,

SERIUS : Guru Mualaf SJKC Diarah Buka Tudung Jika Mahu Mengajar



KOTA TINGGI 12 Jan. – Penduduk Kampung Teluk Sengat, dekat sini yang marah menggantung beberapa kain rentang dan menampal puluhan poster bagi mencemuh tindakan seorang ahli jemaah pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang didakwa meminta seorang guru Cina Muslim membuka tudung.

Wanita itu turut diancam keselamatannya jika enggan berbuat demikian.

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, ahli jemaah pengurus sekolah yang dikenali sebagai Pang berusia dalam lingkungan 60-an itu telah menyuruh guru mualaf berusia 25 tahun supaya membuka tudung selain mengancam keselamatannya sekiranya enggan berbuat demikian.

Berikutan ugutan itu, guru tersebut membuat laporan di Balai Polis Teluk Sengat dan berdasarkan maklumat terbaru, guru berkenaan ditukarkan serta-merta ke sebuah sekolah di bandar ini.

Sementara itu, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Teluk Sengat, Abd. Zani Shariff kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati antara penganut agama, khususnya umat Islam.

“Walaupun saya rasa tercabar dengan tindak-tanduk lelaki tersebut memainkan isu agama sehingga menimbulkan rasa marah umat Islam di sini, namun saya berharap pihak berkenaan dapat membendung isu panas ini daripada berpanjangan yang boleh mencetuskan isu perkauman,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Ariff berkata, dia telah mendapatkan maklumat ketua kampung yang meminta supaya perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

“Harapan saya supaya keadaan di kampung ini berjalan seperti biasa dan mungkin ada sedikit kawalan yang perlu dibuat supaya tidak menimbulkan perkara yang tidak diingini.

“Jadi, saya harap pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan seterusnya melakukan siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penduduk tentang perkara berkenaan.

WTF : 10 Bandar dengan Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia

Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.


1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru

Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.

Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.

Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.


Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.

Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.

Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.

Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.

Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.

Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.

Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.

Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Ini kerana kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ia memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.

Keadaan sama berlaku di Sarawak, bandar Bintulu dan Miri yang menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.

P/s; Menjelang tahun 2014 ini, sememangnya ia adalah tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia. Mana tidaknya dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, minyak, tol dan elektrik serta makanan adalah sebahagian utama keperluan rakyat Malaysia, ditambah pula dengan harga rumah yang semakin meningkat naik.

Adakah dengan mencari alternatif lain seperti bekerja sambilan mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup yang dialami oleh rakyat?

Pada pendapat kami kerajaan perlulah mengurangkan atau tidak lagi menaikkan harga keperluan asas seperti minyak dan elektrik kerana ia memberi impak yang amat besar kepada seluruh penduduk Malaysia. Kerajaan juga perlulah mencari/merangka alternatif selain pemberian BR1M, ada lagi insentif lain yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat.

WTF : Kontroversi Gambar Seksi Pelakon Hetty Sarlene



Hetty Sarlene

Hetty Sarlene, pelakon yang pernah popular melalui filem Sembilu kembali mensensasikan dunia hiburan apabila beberapa keping gambarnya telah menimbulkan kontroversi.

Beliau yang dilihat gemar bersosial di kelab malam bersama teman-temannya telah memuat naik sekeping gambar yang agak seksi.

Dalam gambar tersebut, Hetty memakai baju putih yang berlubang dibahagian tengah dada hingga menampakkan lurah payudaranya. Beberapa peminat menasihatkan beliau agar menapis dahulu gambar sebelum dimuatnaik ke laman instagramnya.

Tinjauan mendapati Hetty Sarlene telah mengeluarkan foto tersebut dari akaunnya.


SERIUS : Sekitar Pengebumian Jenazah Tuan Guru Harun Taib (14 Gambar)

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu tengah malam tadi kerana serangan jantung.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Manir itu tidak sedarkan diri sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan pada Jumaat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan berita kematian itu kepada Harakahdaily selepas diberitahu mengenainya oleh anak Allahyarham.

Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Harun sebagai tokoh yang banyak berjasa khususnya dalam memimpin Dewan Ulama PAS dan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada parti itu.

“Semoga Allah merahmati para ulama yang telah pergi dan menggantikan mereka dengan barisan ulama yang tidak kurang hebatnya untuk memikul amanah tanggungjawab memimpin PAS, InsyaAllah,” katanya dalam mesej di Facebook.

“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” katanya seperti dipetik oleh Harakahdaily.

Beliau juga mewakili Dewan Ulama PAS Pusat dan seluruh jawatankuasanya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat insya-Allah diganjari dengan yang terbaik oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Harun merupakan antara tokoh utama PAS yang lantang menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut bukan agama Islam.

Beliau juga antara pemimpin PAS yang secara terbuka mahu kerjasama politik parti Islam itu dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP dalam Pakatan Rakyat dikaji semula pandangan yang beliau suarakan pada muktamar PAS tahun lalu. -Astro Awani

Gambar-gambar sekitar pengkebumian Allahyarham Tuan Guru Harun Taib di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu. Jenazah disolatkan sekitar jam 10 pagi tadi. Diangarkan lebih kurang 5000 orang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.















Tuan Guru Datuk Harun Taib kembali ke Rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi.

Sesungguhnya gugur lagi seorang ulama di bumi Malaysia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman Al-Fatihah.

WTF : Gambar Guru Arahkan Murid Makan Rumput Kini Tersebar

Guru Chen Yan Yan dan murid yang dipaksa menjadi ‘lembu’.


Kalau sebelum ini kita lihat laporan polis terhadap seorang guru yang secara melampau mendenda anak muridnya menjadi ‘lembu’, kali ini kita lihat pula wajah guru terlampau tersebut. Dia dikenali sebagai Chen Yan Yan, guru bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sungkai Perak.

Ketika kejadian Khamis lalu, dia telah mendenda dua murid tahun empat demgan menggantungkan loceng di leher dan dipaksa makan rumput seperti lembu hanya kerana kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ibu yang terkejut dengan kejadian tersebut, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin, 32, membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai berhubung tindakan melampau guru tersebut.



Kenyataan dari Aznil.

Yarnis Kasuma Dewi berkata anaknya kini trauma dengan kejadian itu berikutan dikutuk dengan panggilan ‘lembu’ oleh rakan sekelas dan sekolah.

“Ketika buat laporan polis, guru bahasa Inggeris terbabit bersama guru besar turut hadir dan mereka mengaku mengenakan hukuman denda tidak masuk akal berkenaan dan kemudiannya meminta maaf.

“Lebih memeranjatkan kami, guru sekolah juga mengaku hukuman menggantung loceng di leher sudah beberapa kali dikenakan terhadap beberapa murid sekolah berkenaan sebagai denda jika tidak membuat kerja sekolah,” katanya dalam sidang media sebelum ini.

Tindakan melampau guru berkenaan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dengan hanya meminta maaf. Tindakan wajar perlu dikenakan.

WTF : Remaja Bertukar Gambar Bogel Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Kuala Lumpur: Sepatutnya mereka menghabiskan masa menelaah pelajaran, tapi segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.


Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.

WeChat di antara aplikasi android yang popular masa kini.

Mendedahkan perkara itu, seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.



“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya. – Harian Metro Online

SEIRUS : Air Kolam Di Puncak Gunung Kinabalu Membeku

Ranau: “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.


Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.

“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.

Putih seperti kapas

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

Air kolam di puncak Gunung Kinabalu membeku disebabkan fenomena cuaca sejuk.



“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.

Suhu bawah paras beku

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.

“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya. – Berita Harian Online

SERIUS VS : BEZA TEMPOH WAKTU TIDUR MANUSIA DAN HAIWAN

Haiwan mana yang perlukan tidur paling lama? 



Laporan asal Visually

COOL - JAM TANGAN RICHARD MILLE RM 36-01 G-SENSOR SEBASTIEN LOEB EDISI TERHAD (9 GAMBAR)

Jam tangan Richard Mille ialah jam tangan golongan berada dan pemuda-pemuda UMNO yang memartabatkan bangsa, agama dan negara. Jam tangan buatan mereka juga digemari douchebags dan lubang kemut serata dunia. There is a direct link between these groups that I am sure you guys can uncover quite easily. Anyways jam tangan terbaru keluaran mereka ialah Richard Mille RM 36-01 G-Sensor Sebastien Loeb yang terhad kepada 30 buah di dunia. Ia dihasilkan untuk juara 9 kali World Rally Championship Sebastien Loeb (duh!). Jam tangan ini dilengkapi accelerometer mekanikal pada bahagian tengah yang mampu mengesan sehingga 6G. Ia juga dilengkapi sistem tourbillon dan 36 butir batu beharga. Harga? 


Laporan asal Monochrome