Tuesday 7 January 2014

PANAS: FOTO AJARAN SESAT ALA-ALA MENGALAHKAN AYAH PIN! @PDRMsia @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir @JakimOfficial


Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.

Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai cara apabila dia melawan.

Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atasnya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.

“Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja.







GR mohon pihak berkuasa dan semua pihak ajar memantau ajaran sesat di negara kita. Semakin menjadi-menjadi sekarang nie. Jika sabit kesalahan terus ambil tindakan tegas. JAKIM dan jab agama Islam negeri tolong kerja kuat sikit jangan asyik tunggu laporan jer yer.


GR kata: Dah macam Mona Fendy, Ayah Pin nak 'hidup' balik jer!!

COOL - SISTEM BUS RAPID TRANSIT SUBANG YANG MEMBANTERAS KESESAKAN (13 GAMBAR)

Tahukah anda sebuah sistem yang sama akan dibina di Subang? Sistem BRT Subang akan menyambungkan stesen KTM Komuter Setia Jaya dan stesen LRT di USJ 6. Sistem BRT ini akan mempunyai 7 buah stesendan mensasarkan 500 000 pengguna pada tahun pertama. Ia akan dibina secara bertingkat dan tidak akan tersekat akibat kesesakan jalanraya. Good to see sistem BRT sebegini akhirnya diguna pakai di Malaysia. Nampak cool




WTF - KLINIK YANG PASTI MENAKUTKAN ANAK-ANAK ANDA

Doktor ini menakutkan.



Laporan asal twitter FarizBkr

LOL - JIKA DUNIA DITERBALIKKAN DAN MANUSIA MENJADI HAMBA (15 GAMBAR)

Apakah terjadi sekiranya manusia bukan pemburu alpha di dunia tetapi menjadi hamba kepada haiwan dan tumbuhan?



Laporan asal World Reversed

KREATIF - HERO GLYPHICS : ADIWIRA EDISI MESIR (7 GAMBAR)

Apakah terjadi jika watak komik dilukis mengikut gaya Hieroglph mesir? Ini ialah Hero Glyphics karya Josh Lane. Cool. 


Laporan asal Juxtapoz

COOL - BLOODHOUND SSC : KERETA BERKELAJUAN 1600 KILOMETER SEJAM (15 GAMBAR)

Percubaan memecahkan rekod kenderaan darat terpantas sudah berlaku sejak 1896. Pada tahun tersebut kereta Jentaud Duc buatan Perancisberjaya memecut sehingga 63.5 kilometer sejam. Rekod kenderaan terpantas dunia kini dipegang oleh Thrust SSC. Thrust mencatat kelajuan 1227 kilometer sejam pada tahun 1997. Kini sebuah lagi kenderaan berkuasa enjin jet dan roked dibina bagi memecahkan rekod berusia 17 tahun ini. Bloodhound Super Sonic Car buatan Britain akan cuba mencecah 1600 kilometer sejam. Rekod akan cuba dipecahkan 39 haridari sekarang. Kereta berkuasa jet and roket ini diperkasakan enjin jet Rolls Royce dengan 135 000 kuasa kuda. Ini bersamaan dengan kuasa 120 kereta Formula 1. Mari kita lihat sama ada Bloodhound SSC dapat mencatat rekod dunia baru ini kelak.



Laporan asal Bloodhound

INDO - DEMO SEKITAR PENGKEBUMIAN 6 PENGGANAS DI CIPUTAT (7 GAMBAR)

Sebanyak 6 orang pengganas yang disyaki ingin melakukan serangan pada hari tahu baru ditembak mati oleh skuad anti keganasan Indonesia 31 Disember yang lalu. Polis Indonesia menerima maklumat keenam-enam orang pengganas ini menetap di sebuah rumah sewa di Ciputat, Tanggerang Selatan di Provinsi Banten. Mereka dilaporkan ingin menyerang beberapa kuil Buddha di sekitar Ciputat dengan menggunakan bom buatan sendiri. Setelah rumah mereka dikepong pengganas-pengganas ini enggan menyerah kalah dan menembak polis yang mengepong mereka. Pihak polis tiada pilihan lain dan menembak mereka sehingga mati. Setelah rumah mereka digeledah polis menemui 6 buah bom, 5 bilah pisau dan 6 pucuk pistol. Jasad keenam-enam pengganas ini hanya ditanam 4 Januari lalu dan sebuah demo dilakukan rakan-rakan mereka yang merasakan tindakan polis membunuh ini adalah salah. Kita ada demo jalanan Indonesia ada demo kuburan. 



Laporan asal Tribunews

LOL - TEKSI YANG KAUM WANITA PASTI TAKUT HENDAK NAIKI!

Seriously...... Nama driver ini sangat dodgy!


Thanks @Yayaqazrin


Laporan asal Instagram Metnoi

SEXY - INDIA EISLEY : PELAKON COMEL HOLLYWOOD TERKINI (15 GAMBAR)

India Eisley bukan nama yang popular tetapi kami percaya dia akan menjadi nama besar kelak. Pelakon berusia 20 tahun ini mungkin anda pernah lihat di dalam filem Underworld Awakening. Beliau berlakon menjadi anak kepada Kate Beckinsale. Beliau menjadi watak utama filem KITE yang diadaptasi dari anime dengan tajuk yang sama. Tak sangak gadis comel yang muka macam mash up diantara Selena Gomez dan Emilia Clarke ini can kick so much ass. 



COOL : POWEBANK UNTUK KENDERAAN ELEKTRIK (9 GAMBAR)

Kereta elektrik ialah kereta untuk masa hadapan. Ia tidak mencemarkan alam sekitar dan menjadi pilihan mereka yang environmentally inclined. Masalah utama kenderaan elektrik ialah jarak perjalanannya yang terhad. Kawasan mengecas kenderaan elektrik pula tidak wujud denga jumlah yang banyak. Oleh sebab itu Jean-Baptiste Segard, seorang pereka dari Perancis menghasilkan EP Tender, sebuah pengecas mudah alih untuk kenderaan elektrik. EP Tender boleh dipasang pada belakang kesemua kenderaan elektrik. Apabila cas bateri menurun, generator di dalam EP Tender akan hidup secara automatik dan mengecas bateri kenderaan secara terus. Nice. 



Laporan asal FastcoExist

LOL - BILIK MENYIMPAN SUAMI DI PUSAT MEMBELI BELAH CHINA (11 GAMBAR)

Dalam senarai perkara yang paling dibenci lelaki, menemani teman wanita atau isteri membeli belah pasti termasuk dalam senarai Top 10. Di China terdapat "bilik menyimpan suami" di pusat membeli belah yang membenarkan suami chillax sementara menanti isteri mereka membeli belah. Bilik mennanti ini dimulakan diShenzen dan kini semakin popular. Ia menawarkan bilik menghisap rokok. menonton TV, bilik bacaan dan akses kepada internet percuma. Somehow I feel kalau buat di Malaysia pastinya akan mendapat sambutan juga. Letak Astro dan bola 24 Jam dah cukup. Isteri boleh shopping husband boleh ignore them in peace. Win win situation!



Laporan asal Kotaku

LOL - JENAMA AIR MINERAL YANG TIDAK AKAN DIMINUM MELAYU

Jenama air mineral di United Kingdom. Melayu pikir dua kali kalau nak minum air ini.




Laporan asal NobitaSensei

KREATIF - 20 LIFEHACKS YANG AKAN MEMUDAHKAN KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA

Godam hidup anda dengan tips-tips yang memudahkan kehidupan anda di bawah!





Laporan asal Asiantown

KREATIF - 20 LIFEHACKS YANG AKAN MEMUDAHKAN KEHIDUPAN SEHARIAN ANDA

Godam hidup anda dengan tips-tips yang memudahkan kehidupan anda di bawah!





Laporan asal Asiantown

COOL - TRIPITAKA KOREANA : PERPUSTAKAAN BERUSIA 900 TAHUN (17 GAMBAR)

Tripitaka Koreana ialah koleksi kitab suci Buddha iaitu Tripitaka yang diukir di atas 81258 tablet kayu. Koleksi ini adalah antara khazanah dunia yang diiktiraf oleh UNESCO dan sudah berusia 868 tahun. Kenapa kitab suci ini diukir pada permukaan kayu dan tidak dicetak? Mengikut kepercayaan Korea pada ketika itu, bagi memastikan doa anda makbul anda perlu mengukir kitab suci ini di atas permukaan kayu. Pada tahun 1232 ukiran asal Tripitaka ini musnah dibakar oleh penceroboh mongol. Pada tahu 1236, Raja Gojong ialah raja Korea pada ketika itu mengarahkan ukiran suci ini dihasilkan semula bagi memastikan penceroboh Mongol akan dapat dihalau keluar. Kerja mengukir bermula pada tahun 1236 dan siap sepenuhnya pada tahun 1251. Adalah dipercayai sebanyak 30 orang sami bekerja selama 16 tahun bagi mengukir 52,382,960 huruf di atas permukaan kayu secara manual. Persiapan bagi menghasilkan kayu yang diukir juga amatlah sukar. Kayu pokok birch yang terpilih dipoton sebelum direndam di dalam air laut selama 3 tahun. Kemudian kayu ini dikeringkan pula selama 3 tahun tahun. Selepas diukir ia disaluti dengan pelaka beracun bagi memastikan serangga tidak akan memakannya. Pada tahun 1398 keseluruhan koleksi ini dipindahkan ke Haensa, sebuah kuil Buddha yang terletak di Provinsi Gyeongsang Selatan sehingga sekarang. Menarik melihat ukiran suci ini masih kekal sehingga sekarang. 



Laporan asal Tripitaka

INDO - APABILA GUNUNG BERAPI SINABUNG MELETUS (15 GAMBAR)

Gunung Sinabung ialah sebuah gunung berapi yang terletak di Sumatera Indonesia. Gunung berapi ini sudah tidak meletup sejak 400 tahunsebelum aktif semula pada tahun 2010. Sabtu lalu ia meletus sebanyak 30 kali dan menghasilkan corong debu setinggi 3 kilometer. Lahar dan debu yang dimuntahkan mengakibatkan lebih 20 000 orang yang diduk dalam linkungan 5 kilometer terpaksa dipindahkan dan melitupi kawasan sekitar dengan lapisan debu. Good news is masih tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Laporan asal HuffPo