Friday 17 January 2014

LOL - #OHMYMALAY : PEKERJAAN KHAS UNTUK ZOMBIES DAN HANTU?

Jangan lupa cari orang untuk diubah jadi copywriter as well! Jadi lain macam iklan pekerjaan ini







COOL - PERPUSTAKAAN GEORGE P PEABODY YANG SUNGGUH INDAH (13 GAMBAR)

Perpustakaan George Peabody ialah antara perpustakaan yang disenaraikan sebagai paling indah di dunia. Ianya terletak di Baltimoredan diberi jolokan Katedral Buku. Perpustakaan ini menempatkan lebih dari 300 000 buah buku dan dibina oleh hartawan ternama George Peabody sebagai hadiah kepada orang awam Baltimore. Beliau mahu membuka bangunan yang membenarkan kesemua rakyat membaca dengan percuma. Rekaan dalamannya terdiri daripada ruang legar setinggi 61 kaki dan sky light yang diperbuat daripada besi. Perpustakaan George Peabody ini dibuka pada tahun 1878 dan sehingga ini masih boleh digunakan oleh penduduk Baltimore. Selain menjadi tempat membaca buku, ruang legar perpustakaan ini juga menjadi dewan makan dan venue untuk mengadakan majlis perkahwinan. 




Laporan asal Wikipedia

COOL - 14 KATIL TERAPUNG UNTUK BILIK TIDUR (14 GAMBAR)

Kerana katil yang ada sekarang terlalu biasa. Ada katil macam ini seronok juga.Ruang di bawah katil boleh digunakan bagi meyimpan barang.



Laporan asal Pinterest

COOL - PELAKON TAMBAHAN TIRUAN YANG DIGUNAKAN HOLLYWOOD (20 GAMBAR)

Biasanya babak yang memerlukan ratusan pelakon tambahan akan meningkatkan kos penggambaran sesebuah filem. Di Hollywood seorang pelakon tambahan boleh menerima gaji USD 300 sehari untuk menjadi pak pacak di background sesebuah filem. Kalau syarikat produksi anda kaya kos ini mungkin bukan msasalah besar. Kalau produksi anda SUPER KAYA pelakon tambahan dihasilkan dengan menggunakan teknik kesan khas komputer. Tetapi sejak kebelakangan ini syarikat Inflatable Crowd Company memberikan penyelesaian yang lebih murah dari menggaji pelakon tambahan ataupun menggunakan teknik CGI. Mereka menyewakan ribuan patung getah untuk memehuni stadium apabila diperlukan. Syarikat ini mempunyai 30 000 patung getah yang boleh disewa pada bila-bila masa. Kali pertama teknik ini digunakan ialah pada tahun 2003 di dalam filem Seasbiscuit. Sejak dari hari ini pelakon tambahan sintetik syarikat ini boleh dilihat di dalam filem Million Dollar Baby, Contagion, Step Up, The King's Speech, Iron Man 2, Blades of Glory, Cinderella Man dan banyak lagi. 

SERIUS - FESTIVAL GUSTI LEMBU SEMPENA PONGGAL DI TAMIL NADU (11 GAMBAR)

Setiap tahun ada sambutan mengejar lembu di Pamplona Sepanyol. Ribuan lelaki yang tidak menyayangi nyawa dan mempunyai impian disondol oleh lembu secara rawak menyertai festival gila ini. Tapi tahukah anda diTamil Nadu India ada festival yang tak kurang gilanya. Setiap perayaan Ponggal ratusan pemuda Tamil Nadu akan menyertai festival gusti lembu. Mereka yang dapat berpegang teguh pada badan lembu dengan jarak yang paling jauh akan memenangi hadiah. Setiap tahun ramai yang tercedera dan ada juga yang mati menenui Dewi Kalikerana tanduk lembu yang digusti ini biasanya ditajamkan sebelum festival bermula. Insane!


Laporan asal IBTimes

LOL - POSTER FILEM CALON OSCAR 2014 EDISI IKHLAS (8 GAMBAR)

Rasanya hanya beberapa filem di bawah ditayangkan di Malaysia. Wolf of Wallstreet walaupun dibiayari syarikat anak Perdana Menteri kesayangan kita Dato Seri Najib rasanya macam tidak akan ditayangkan kerana terlalu lucah dan menyalahi nilai ketimuran bangsa Melayu yang berhemah. Mari lihat poster edisi ikhlas beberapa filem calon Oscar tahun ini.



Laporan asal College Humor

SERIUS : Sampan Yang Dibuat Daripada Tangki Minyak Jet Pejuang Amerika Syarikat (4 Gambar)

Semasa perang Vietnam, Amerika Syarikat telah meninggalkan banyak Tangki Jet Pejuang di negara itu. Tangki ini semua dibuang dari jet pejuang selepas tangki itu habis minyak dari udara ke darat bagi meringankan lagi jet pejuang itu. Maksudnya di dalam sebuah jet pejuang mempunyai banyak tangki minyak kerana mereka terpaksa terbang mengelilingi Vietnam sepanjang masa. 



OMG : Neymar Dimalukan Di Pentas Semasa Anugerah Ballon d'Or (5 Gambar)

Kalau yang tengok secara langsung mungkin anda akan sedar insiden ini. 

Neymar telah dijemput untuk ke pentas semasa malam anugerah semalam. Dia tiba di pentas dan menghulurkan tangannya untuk menjabat tangan pengacara Fernanda Lima yang juga menghulurkan tangannya. Namun sebenarnya Lima cuma ingin meletakkan tangannya di belakang Neymar dan bukan berjabat dengannya. Jadi semasa insiden itu berlaku, kedua-duanya dalam keadaan dan perasaan yang pelik. 

WTF : Huang Lijuan, Gadis China Gunakan Iklan Gergasi Di China Untuk Mencari Suami (6 Gambar)

Seorang gadis yang bernama Huang Lijuan dari China telah menggunakan iklan gergasi atau 'billboard' untuk mencari teman hidupnya. Selepas mendapat tekanan dari ibu bapanya kerana dirinya belum berkahwin, dia telah menyewa hampir semua iklan gergasi di bandar itu. Dia menulis slogan pada iklan itu berbunyi 'Saya ada rumah, kereta dan simpanan..sekarang mencari Mr. Right dan semoga tahun 2014 penuh dengan kesejahteraan.'. Menurut sumber, harga untuk menggunakan semua iklan gergasi itu mencecah RM500,000 sehari tetapi ada masanya dia juga diberikan percuma. 


WTF : Lagi Gambar Gadis Yang Menjalani Pembedahan Plastik - Sebelum VS Selepas (8 Gambar)

Seorang gadis yang ingin menjadi model dan pelakon dari Vietnam telah menjalani pembadahan plastik agar kelihatan lebih cantik. Apa komen anda?



WTF : Sekitar Sambutan Hari Tanpa Seluar Dalam Tren Versi Tahun 2014 (15 Gambar)

Macam biasa pada awal tahun akan berlangsungnya hari untuk semua penumpang tidak memakai seluar di dalam tren sekitar Amerika Syarikat. Mari kita lihat beberapa sedutan bagi tahun 2014 yang berlangsung semalam.