Thursday 13 February 2014

Gaya tudung bawal – 7 langkah mudah pakai tudung bawal

WANITA bertudung pada hari ini dilihat bijak mempelbagaikan teknik pemakaiannya supaya mereka boleh tampil menarik dan mengikut gaya terkini.

LIPAT…bagi memudahkan pemakaian, lipatkan tudung bawal berbentuk segi tiga.

SAMA…pastikan hujung tudung sama panjang.

KANAN…bawa hujung tudung kiri ke kanan hingga paras telinga dan pinkan.

RINGKAS…kemaskan bahagian lebihan tudung dengan teknik memintal.

SIAP…ia sesuai dipakai wanita yang tidak memiliki banyak masa untuk bersiap. Jika mahukan penampilan berbeza dengan sedikit sentuhan tambahan, ikut langkah seterusnya.

KEMAS…hujung tudung yang sudah dipinkan tadi dikemaskan dan dibawa ke bahagian kepala.

KIRI…ambil hujung tudung bahagian kanan dan bawa ke bahu kiri.

Pelbagai teknik boleh dipelajari mengenai pemakaian tudung terutama bagi wanita yang masih memilih jenis bawal untuk digayakan setiap hari.

Jika inginkan kelainan, pemilihan jenis tudung bawal sangat penting bagi menampilkan gaya berbeza setiap kali ke majlis istimewa mahupun ke pejabat.

Pemilihan yang bijak dari segi perincian misalnya manik dan batu juga dapat membantu menambah seri kepada wanita yang ingin tampil menarik.

Bagi yang inginkan kelainan, cubalah teknik pemakaian tudung bawal yang ditunjukkan pemilik butik secara dalam talian, Nurul Huda Ibrahim.

21 GAMBAR KOLEKSI KERETA MEWAH MILIK SULTAN JOHOR

Pada tahun yang lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM 748,000.00 dan diletakkan pada Proton Suprima S. 

Di sebalik 'keghairahan' Sultan Johor membida nombor-nombor istimewa itu, pastinya baginda memiliki koleksi kereta-kereta mewah yang menarik. 

Di bawah adalah antara kereta kepunyaan baginda antaranya Bentley, Hummer, dan Bugatti Veyron merupakan kereta paling laju di dunia setakat ini (pengiktirafan daripada Guinness Of World Record).

Jom tengok kereta-kereta mahal di bawah:

RESTORAN HIDANG DAGING MANUSIA DISERBU, 2 KEPALA MASIH SEGAR DITEMUI

Abuja: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia.

Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra. 

Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit. 

Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui.

“Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan.

Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis. 

“Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya

TAHI : REMAJA PEREMPUAN MAKI IBU DI TWITTER HANYA KERANA DRAMA ARIANA ROSE

Meluahkan amarah di media sosial sudah menjadi trend semenjak dari dulu lagi. Tambahan pula, trend menjaja amarah ini banyak 'dikuasai' oleh golongan muda yang panas baran. 

Marahkan orang lain tak mengapa, tetapi bilamana membabitkan keluarga sendiri, ia dilihat bagaikan tidak hormat pada ahli keluarga sendiri.

Mungkin itulah sikap yang ada pada seorang remaja perempuan ini, yang mencarut terhadap ibu kandungnya secara terbuka di laman Twitter hanya kerana rancangan drama tv popular, Ariana Rose.

Ibunya berleter mengarahkan anaknya pergi menunaikan solat maghrib. Namun kerana khusyuk dengan drama Ariana Rose, dia mengabaikan leteran ibunya. 

Mungkin si ibu berang dengan tindakan anak gadisnya itu, lalu si ibu mencabut wayar kuasa tv lalu terpadamlah siaran Ariana Rose membuatkan anak perempuannya itu mencarut 'babi' terhadap ibunya sendiri.

Sampai ke tahap itu si anak sanggup lakukan. Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak?

Bagi mereka yang lain, elak-elakanlah menjaja masalah, amarah di laman sosial. Tiada gunanya meluahkan rasa amarah di laman sosial, ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Sebaliknya hanya mendatangkan persepsi negatif terhadap diri sendiri.

Seperkara lagi, hormatilah ibu, kerana dialah yang melahirkan kita ke dunia. Jika tiadanya ibu, mungkin si anak tidak kenal dunia termasuklah Ariana Rose.

SERIUS : 17 GAMBAR PAWAGAM FILEM P0RN0 DIBOM

PESHAWAR (PAKISTAN): Sekurang-kurangnya 13 orang maut manakala puluhan yang lain cedera dalam beberapa siri serangan bom di sebuah pawagam di wilayah barat laut Pakistan, kelmarin.

Pegawai Polis Kanan Peshawar, Ijaz Ahmed berkata, tiga letupan bom tangan tercetus di panggung wayang Shama di tengah bandar yang juga terkenal dengan tayangan filem p0rn0grafi.

"Satu letupan berlaku di dalam pawagam yang ketika itu dipenuhi pengunjung dan dua lagi letupan berlaku di luar pawagam," katanya kepada media.

Ijaz berkata, pawagam itu sebelum ini pernah menerima ancaman keselamatan dan pihak polis telah menasihatkan supaya memasang alat pengesan logam, namun nasihat tersebut tidak diendahkan.

Sementara itu, saksi, Akbar Khan, 62, berkata, ketika sedang menonton wayang dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi letupan pertama diikuti dengan dua letupan lain.

"Keadaan menjadi kecoh dan saya berasa seperti besi panas tertusuk ke dalam lengan dan kaki kiri. Ketika itu saya tersedar telah terkena serpihan bom dan berlari ke arah pintu untuk menyelamatkan
diri sebelum dihantar ke hospital," katanya dipetik CNN

Setakat ini tiada kumpulan atau individu didakwa melakukan serangan tersebut.