Monday 30 December 2013

SEXY : PEKERJA MCDONALDS BERPAKAIAN MEIDO (8 GAMBAR)

Setiap 31 Disember sebuah McDonalds di Taiwan akan memastikan pekerja wanitanya memapai pakaian Meido. Hasilnya ialah Meidonalds. Kawaii. Di Malaysia bila lagi? Now we can honestly say I'm Lovin It! 




Laporan asal Asiantown

COOL : HELIKOPTER MINI UNTUK KAPAL SELAM (12 GAMBAR)

Kamov ialah syarikat pengeluar helikopter yang terkenal dengan rekaan helikopter yang mempunyai kipas bertingkat. Helikopter Kamov tidak mempunyai kipas pada bahagian ekor dan secara teorinya lebih selamat dari helikopter konvensional. Pada tahun 1971 Kamov menghasilkan Ka 56, sebuah helikopter mini untuk kegunaan armada kapal selam Soviet. Helikopter boleh lipat ini boleh disimpan di dalam silinder selebar 50 mm yang boleh disimpan dengan mudah di dalam tiub pelancar misil kapal selam Soviet. Ianya juga boleh dipasang dalam masa 10 minit. Pihak Soviet berharap helikopter mini ini boleh digunakan sebagai pesawat peninjau untuk kapal selam. Malang sekali bagi Ka 56 teknologi enjin pada waktu itu masih belum sempurna untuk menghasilkan helikopter mini yang memenuhi kehendak tentera laut Soviet. Enjin berkuasa 50 kuasa kuda Ka 56 didapati tidak cukup berkuasa untuk digunakan secara praktikal. Kini dengan teknologi pesawat mini UAV, helikopter mini seperti ini sudah dianggap obsolete untuk kegunaan ketenteraan. 


Laporan asal TwinsAirClub

LOL - NAMA KEDAI MAKAN PALING BUSUK

Mungkin nama kedai tak best tetapi makanannya sedap.



Laporan asal HafizulAshraff

SERIUS - SEBUAH LAGI PRODUK JUAL AGAMA : KRISTIAN EDITION

Bersihkan diri anda dari kotoran dan dosa dengan sekali harung. Agaknya bila "usahawan muslim" akan menggunakan taktik yang sama untuk melakukan sabun mereka? Kita tunggu!



INDO - MUIZUM TSUNAMI ACHEH YANG PENUH KONTROVERSI (21 GAMBAR)

Pejam celik pejam celik Tsunami gergasi yang melanda Acheh menyambut ulang tahunnya yang ke 9 26 Disember yang lalu. Menurut pihak pemerintah Indonesia sekurang-kurangnya 220 000 rakyat Acheh terkorban manakala500 000 kehilangan tempat tinggal akibat pukulan tsunami yang paling hebat pernah melanda dunia. Bagi memperingati persitiwa bersejarah ini, Muzium Tsunami Acheh dibuka pada tahun 2009. Rekaan muzium ini mengambil bentuk ombak yang memukul pantai. Ianya direka oleh jurubina Ridhwan Kamil dan mempunyai keluasan 2500 meter persegi. Ia menempatkan artifak peninggalan hari bersejarah ini serta pameran interaktif yang memberikan anda merasai suasa seperti dilanda tsunami. Pada bahagian dalam muzium ini juga diletakkan nama mangsa-mangsa yang terkorban. Selain menjadi sebuah muzium, bangunan ini juga berfungsi sebagai kawasan selamat sekiranya tsunami besar sekali lagi melanda Acheh. Pembinaan muzium ini dilanda kontroversi kerana dikatakan membazir oleh mangsa-mangsa yang terselamat. Pada hemat mereka yang masih tinggal di dalam khemah sementara wang pembinaan muzium yang bernilai jutaan ringgit ini lebih baik digunakan bagi membina semula rumah mereka yang musnah.



Laporan asal World Architech

WTF : Catarina Migliorini Lanjut Tempoh Lelong Dara (4 Gambar)

RIO DE JANEIRO: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.


Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online.

Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com. Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab.

Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya.

OMG : Lelaki Guna Jarum Bunuh Bayi Berusia 2 Bulan (2 Gambar)

BEIJING: Mahkamah di timur laut China menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang lelaki kerana cuba membunuh anak perempuannya. Mahkamah di Heilongjiang mendapati Yin Zhihe bersalah atas tuduhan cuba membunuh anak perempuannya berusia dua bulan dengan mencucuk jarum jahit ke tubuh bayi itu, lapor agensi berita Xinhua.


Yin dipercayai cuba membunuh bayi itu kerana mengesyaki mangsa bukan anaknya. Yin mencucuk jarum ke sangkar rusuk bayi itu pada 4 Ogos lalu. Keesokan harinya, tangisan bayi itu mendorong ibunya membawa dia ke hospital, di mana jarum berkenaan ditemui dan dibuang melalui pembedahan.


Bagaimanapun, Yin mencucuk tiga lagi jarum di dada, pusat dan perut bayi itu. Kesemua jarum berkenaan dicabut menerusi pembedahan tetapi menyebabkan kegagalan pernafasan dan kecederaan pada organ bayi malang itu. Mahkamah mengurangkan hukuman terhadap Yin kerana dia menyerah diri kepada polis, manakala bayinya terselamat.

Sementara itu, ujian DNA menunjukkan Yin ialah bapa kandung kepada bayi perempuan terbabit.

SADIS : Suami Jahanam Kerat Hidung Dan Bibir Isterinya

HERAT (AFHANISTAN): Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah. Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya. Beliau juga dibelasah dengan teruk sebelum dikerat hidung dan bibir.


"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.

Ibu mangsa, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.