Saturday 4 January 2014

COOL : ONE DIRECTION KINI KELUARKAN KOLEKSI CERMIN MATA



Jika sebelum ini mereka keluarkan pembersih kuku, minyak wangi, kini, yang terbaru cermin mata. Jika anda peminat setia One Direction yang mengumpul CD, poster, buku, pelekat, baju t, minyak wangi atau banyak lagi, kini boleh dapatkan koleksi cermin mata pula.

One Direction mini mengeluarkan satu koleksi cermin mata menerusi Vision Express. Exclusive One Direction Frames di Vission Express mereka bentuk pelbagai cermin mata untuk remaja perempuan. Apa yang menarik tentang cemin mata ini ialah ianya didatangkan dengan 7 gaya berbeza, setiap mempunyai nama berbeza sempena One Direction. Cermin mata ini direka untuk kanak-kanak perempuan dari usia enam hingga sebelas tahun. Malahan, salah satu rekaan terdapat tanda tangan khas setiap ahli One Direction. Harga runcit ialah £131. Jika anda ingin lihat koleksi cermin mata, boleh ke Exclusive One Direction Frames at Vision Express 





3 PETUA MEMILIH BUAH MANGGA YANG ELOK DAN BERKUALITI



Mungkin ada di antara pembaca yang menggemari buah mangga, tetapi tidak tahu bagaimana memilih buah mangga yang berkualiti dan baik. Adakalanya bila membeli, kita kecewa apabila mangga yang kita beli tidak manis , bahkan berulat. Jadi berikut adalah beberapa tips untuk membeli buah mangga yang elok dan terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi.
1. Mangga yang matang di pohon

Ada lapisan lilin buah di kulitnya , bentuk buah sudah padat dan penuh terutama bahagian hujung , buah akan tenggelam bila dimasukkan ke air , tangkai buah kering , tercium aroma harum dan manisnya mangga . Pilihlah mangga yang hujung tangkainya berwarna kekuningan , iaitu bermaksud mangga tersebut matang di pohonnya.
2. Mangga yang berkualiti

Pilih mangga yang sedikit lembut , kerana ini menandakan mangga baru memasuki masa matang. Jangan pilih yang keras kerana sudah pasti belum matang , jangan pula pilih yang lembek kerana menandakan buah mangga sudah terlalu matang . Jangan memilih mangga yang kulitnya berkedut kerana menandakan mangga masih muda tapi sudah dipetik dan dipaksa matang.
3. Fakta tentang mangga yang manis

Yang perlu diketahui adalah buah mangga tidak boleh diukur kematangannya berdasarkan warna kulit . Kerana kulit setiap jenis mangga memang berbeza. Namun jika kulit mangga tersebut terdapat banyak bintik atau lebam , maka sebaiknya anda tidak membeli mangga tersebut kerana keadaan mangganya sudah tidak baik .

WTF : REMAJA LELAKI SIMBAH AIR PANAS PADA WAJAH GADIS KERANA ‘UN-FRIEND’ DI FACEBOOK



Jangan sesekali anda lakukan perkara sebegini pembaca Wanista. Kejadian yang berlaku di India ini sememangnya sangat mengerikan, remaja lelaki bertindak menyimbah air panas mendidih ke wajah seorang remaja perempuan hanya kerana ‘un-friend’ di Facebook.

Dua remaja ini sudah setahun berkawan di Facebook tetapi kebelakangan ini lelaki sering berkongsi dan menulis hal yang tidak baik mengenai si perempuan sehingga perempuan tersebut memutuskan untuk tidak berkawan(un-friend) dengan lelaki itu di Facebook. Kerana geram dengan tindakan perempuan itu, si lelaki datang ke rumah perempuan, menguncikan perempuan dan ibunya dalam rumah. Kemudian, si lelaki menjerang air panas, sejurus itu terus menyimbah air panas mendidih ke muka perempuan.

Lelaki itu terus cabut lari selepas menyimbah muka perempuan itu dan kini sedang dirawat di hospital. - VIA

[ INFO MENARIK ] TIPS KESELAMATAN PERBANKAN DI INTERNET



Ada yang sanggup menunggu berjam-jam menunggu no giliran untuk urusan perbankan samaada untuk membayar bil ataupun pinjaman. Golongan sebegini sememangnya ada dan kami juga dahulunya begitu. Sebenarnya kelebihan perbankan online ini dapat menjimatkan masa dan tenaga. Tak perlu tunggu lama-lama untuk membuat transaksi, hanya menunggu beberapa minit untuk menyelesaikan pembayaran tersebut tanpa keluar dari rumah.

Bahaya Menggunakan Rangkaian WiFi ditempat awam

Menggunakan rangkaian Wifi untuk melakukan perbankan internet adalah tidak selamat. Ini disebabkan anda berkongsi rangkaian dengan orang lain. Banyak teknik yang dilakukan penggodam dalam rangkaian untuk mencuri kata laluan anda seperti teknik Man In The Middle Attack (MITM) dan lain-lain.

Bahaya Menggunakan Komputer Awam di Cafe Cyber

Anda tidak digalakkan melakukan transaksi perbankan internet di Cafe Cyber. Apa yang perlu dibimbangkan adalah jika Cafe Cyber tersebut memasang perisian Keylogger, dimana setiap apa aktiviti anda akan dirakam untuk tujuan tidak baik.

Anda juga perlu berhati-hati menggunakan komputer yang dipinjam dari orang lain. Adalah lebih selamat jika anda melakukan perbankan internet menggunakan komputer sendiri dan menggunakan sambungan Internet peribadi. Jangan lupa membuang cookies atau browser cache setiap kali sesi.

Login Ke Akaun Bank Melalui Link Yang Di berikan Dalam Email

Perhatian! Pihak bank tidak akan sesekali menghantar email kepada anda. Pihak bank selalunya akan menghantar surat berdaftar dan meminta anda ke bank berdekatan dan bukannya melalui email.

Jika anda menerima email daripada pihak bank anda yang menyuruh anda mengemaskinikan maklumat akaun anda dan meminta anda klik pada link yang diberikan di dalam email tersebut. JANGAN KLIK!. Ia sebenarnya adalah email palsu atau cubaan mencuri identiti anda seperti username dan password perbankan internet anda.

contoh

Taip Secara Manual Website Adress Bank Di Web Browser Anda

Sentiasa taip secara manual di browser www.maybank2u.com.my untuk mengakes Maybank2u atau menaip www.cimbclicks.com.my untuk mengakses Cimbclicks. Jika anda malas untuk menaip di web browser dan menggunakan search engine seperti Google dan Yahoo untul log in, sila pastikan alamat website itu betul.

Jangan Dedahkan Username & Password Anda

Username dan password anda hendaklah dirahsiakan. Hafalkannya dan elakkan ianya daripada ditulis walau di mana sekalipun. Selalu menukar kata laluan atau nombor PIN anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka dengan tepat seperti nama atau tarikh lahir.

Namun, kini bank menggunakan system TAC iaitu Transaction Authorization Code dimana pemilik perlu mendaftar nombor telefon bimbit mereka di mesin ATM terlebih dahulu. Sebelum membuat sebarang transaksi online, kita perlu meminta nombor TAC terlebih dahulu. Nombor ini akan disms ke telefon bimbit anda. Ia adalah angka 6 digit. Transaksi tidak dapat dilakukan jika tiada nombor TAC ini. Jadi jangan serahkan telefon bimbit anda kepada sesiapa yang mengetahui maklumat perbankan internet anda.

Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Dan Program Perosak

Aktifkan Firewall dan pasangkan perisian Antivirus yang boleh dipercayai. Jika anda menggunakan OS Windows dan inginkan perisian Antivirus percuma yang tidak kurang hebatnya, kami mencadangkan anda muatturun Microsoft Security Essentials. Ia memberikan perlindungan dari virus dan spyware, termasuk Trojans, worms dan software berbahaya lainnya. Anda juga hendaklah memastikan perisian Antrivirus dan Web Browser sentiasa di kemaskini untuk mendapatkan ciri-ciri perlindungan terbaru.

Berhati-hati Apabila Muatturun Sebarang Perisian

Jangan memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda ketahui atau memasuki pautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda kenali.

Pembukaan fail sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi anda, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda. Apabila anda menerima sesuatu program atau lampiran, periksalah ia dengan program Anvirus yang terkini untuk memastikan bahawa ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer peribadi anda.

Log Out Selepas Guna

Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet anda, pastikan anda log keluar. Padamkan browser cache selepas log keluar daripada laman web untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

LELAKI DIHUKUM PENJARA 3 BULAN, 80 SEBATAN KERANA MEMFITNAH DI TWITTER



Mahkamah Arab Saudi telah menghukum seorang lelaki yang disabitkan dengan kesalahan memfitnah seorang penyanyi Saudi-Kuwait, Shams, 33 tahun, dengan menuduh beliau telah melakukan perbuatan zina dan fitnah itu dilemparkan di laman sosial Twitter. Lelaki tersebut telah dihukum tiga bulan penjara dan 80 sebatan serta didenda 10,000 riyal (RM8,000).

Menurut laman web Arab Sabq, Peminat bintang pop itu dijatuhi hukuman penjara dan sebatan kerana menuduh Shams berzina tanpa menyediakan bukti.

Keputusan ini berdasarkan undang-undang syariah Islam yang menetapkan sebatan bagi orang-orang yang menuduh orang lain melakukan hubungan seks luar nikah tanpa memberi bukti.

Shams telah memfailkan kes fitnah terhadap orang yang memiliki akaun Twitter dalam bahasa Arab iaitu ‘peguam Ratu Ahlam’.

Laman web microblogging adalah sangat popular di Arab Saudi, yang juga merupakan salah satu daripada 10 negara ditapis dalam kontek penggunaan media sosial, dan kira-kira 41 peratus daripada pengguna internet di negara itu menggunakan Twitter.


“KAMI TERLUPA” – KANAK-KANAK MAUT DITINGGALKAN 9 JAM DALAM KERETA (KRONOLOGI RINGKAS)



Kita telah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, meninggal dunia setelah ditinggalkan selama 9 jam di dalam kereta. Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

“Maaf, kami terlupa.” Itu kata-kata ibu mangsa sewaktu ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam.

Di bawah kami kongsikan bersama anda kronologi ringkas kejadian ini, supaya menjadi iktibar kita bersama:

7.30 pagi – Seluruh keluarga bertolak keluar dari kediaman mereka di Kuarters Perguruan Kampung Pandan, di mana pada ketika ini mangsa dikatakan tertidur di tempat duduk belakang MPV

Bapa mangsa, seorang buruh, 41 tahun menghantar ibu mangsa, pembantu tadbir sekolah, 39 tahun dan dua adik-beradik mangsa ke SMK Pandan, dan dua adik-beradik lain ke SK Tun Azizah. Bapa mangsa berada di SK Tun Azizah selama dua jam, mungkin kerana menguruskan kemasukan anak ke sekolah.

10 Pagi – Ibu mangsa menghubungi bapa mangsa meminta beliau mengambilnya di SMK Pandan. Tetapi sebaliknya bapa mangsa singgah minum dahulu di Taman Tas sehingga pukul 2 petang.

2 petang ke atas - Bapa mangsa mengambil ibu di SMK pandan lalu memandu ke SK Tun Azizah untuk memeriksa keadaan anak mereka di sana. Dikatakan ibu mangsa sempat membuat pendaftaran sekolah agama untuk kedua-dua anaknya di sini.

5 Petang – Pada masa ini barulah ibu bapa mangsa menyedari kewujudan anak mereka di belakang MPV dan mereka segera menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan. Mangsa diistiharkan meninggal dunia akibat kepanasan.

Kejadian menyayat hati sebegini bukanlah yang pertama berlaku. Persoalannya, sejauh manakah ibu bapa benar-benar mengambil berat akan keselamatan anak-anak? Adakah dengan implementasi undang-undang dapat menghalang kejadian seperti ini berlaku lagi?

Tepuk dada, tanya selera.

Sumber: Akhbar harian Malaysia

WTF - SELFIES OLYMPICS : GAMBAR SELFIES PALING EXTREME (16 GAMBAR)

Because planking is lame dan selfie biasa terlalu mainstream.


Laporan asal Huffingtonpost

WTF : Koleksi Gambar Wajah Baru Perodua Alza 2014

Perodua dengan strategi pemasaran mereka akan melancarkan Alza dengna wajah baharu. 10 Januari ini dikatakan tarikh keramat untuk pelancaran Alza baharu.


Koleksi gambar di bawah ini adalah untuk model Alza versi Advance:



Model berwajah baharu ini nampak lebih sporty daripada tahun lepas. Diharapkan Perodua dapat menyediakan juga beberapa warna baharu untuk model 2014 ini.

SEXY : Cair Kalau Semua Cikgu Macam Ini



Riuh duk cerita kisah anak murid di permulaan persekolahan mereka, berbagai perkara berlaku ada yang pengsan dan ada pula yang tersepit pada kerusi, itu lah kisah dan ragam anak-anak di musim baru persekolahan 2014.

Kini kita nak cerita pula pasal cikgu, ada ada terjumpa satu gambar Cikgu yang cantik sedang pose di dalam kelas, sumber tak pasti sama ada beliau betul guru atau tidak jika di ikut pada gambar beliau seorang guru.

kata lain jika macam ni lah cikgu cantik jelita dan sentiasa tampil bergaya bukan kata murid suka ke sekolah dengan bapa-bapa murid sekali akan ke sekolah .. ha ha .

Kesimpulan dari gambar di atas adalah penampilan seseorang itu penting bagi memberi semangat kepada individu tertentu untuk hadir ke sesuatu tempat.

Gambar jersi Kelantan 2014 dah tersebar? [ Sukan ]



Permulaan musim baru Liga Super Malaysia bakal tiba, di kala ini lah setiap pasukan bertanding sedang bersiap sedia melakukan persedian termasuklah memperkenalkan jersi baru pasukan.

Tak terkecuali juga untuk Naib Juara Piala Malaysia 2014 Kelantan yang mana rata-rata peminat The Red Warriors ternanti-nanti jersi pasukan untuk musim 2014.

Hari ini di laman sosial admin dapat gambar yang mana mereka mengatakan gambar jersi 2014 milik The Red Warriors 2014 dah keluar.

Namun sumber dan kesahihan gambar ini tidak dapat di pastikan kebenaran nya, bagi Admin sangat cantik jersi tersebut namun untuk info yang lebih jelas tentang jersi tersebut kita kena tunggu majlis pelancaran secara rasmi dari KAFA.

Kecewa Dengan Media, Justin Bieber Umum Bersara



Justin Bieber telah mengumumkan persaraannya sebagai penyanyi menerusi laman Twitter miliknya sehari sebelum sambutan Hari Krismas.

Menurut laporan Daily Mail, Justin, 19, berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak mampu menghadapi media di Amerika Syarikat yang sentiasa mencari kesalahannya selain mereka (media) ingin melihat kerjayanya jatuh.

“Kepada semua Biliebers (panggilan Justin kepada peminatnya), saya secara rasmi bersara,” katanya menerusi satu entri di Twitter.

Bagaimanapun kata Justin dia tidak akan sesekali meninggalkan para peminat setianya.

“Media sentiasa ingin menjatuhkan kerjaya saya dan menulis perkara buruk tentang saya namun saya tidak akan tinggalkan anda semua,” katanya lagi.

Sebelum ini Justin telah melahirkan hasratnya untuk bersara selepas pelancaran album terbaharunya berjudul Journey pada minggu hadapan.

Namun para peminatnya hanya menganggap Justin cuma berjenaka mengenai perkara itu.

Untuk rekod, Single pertama Justin berjudul One Time pernah menduduki carta teratas di 30 buah negara selain album pertamanya mendapat pengiktirafan platinum di Amerika Syarikat.

Justin mengecap populariti di seluruh dunia dengan sekelip mata selain menjadi buruan paparazi.-

KENAIKAN KOS: Ini Nasihat Dr. Mahathir Kepada Kerajaan



KENAIKAN KOS: Ini Nasihat Dr. Mahathir Kepada Kerajaan| Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.

“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.

Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.

“Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak,” katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu.

“Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.

“Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.

Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial.

Syamsul Sambut Tahun Baru Di Ceramah Agama



Syamsul Sambut Tahun Baru Di Ceramah Agama | Ramai yang menyimpan cita-cita mahu berubah menjadi orang lebih baik tapi tak ramai yang mampu berusaha untuk melaksanakannya menjadi kenyataan seterusnya istiqomah dalam perjuangan tersebut.

Dalam hal ini pengarah muda, Syamsul Yusof dilihat antara yang nekad hingga ke saat ini.

Pada usia muda dan dilimpahi kemewahan, Syamsul dilihat memilih untuk meraikan sambutan tahun baru di sebuah majlis ilmu yang turut membabitkan Ustaz Azhar Idrus.

Turut terlibat dalam majlis dikenali sebagai Majlis Sembang Ambang 2014 yang berlangsung di Pulau Pinang ini adalah rakan artis Syamsul yang juga pelakon dan pengarah, Pierre Andre.

Mudah-mudahan Syamsul akan kekal memilih jalan hidup yang diredhai.

Dengan rekod sebagai pengarah ‘box office’ mungkin selepas ini Syamsul boleh menggunakan filem sebagai medium untuk berdakwah mendekati anak muda, siapa tahu?

WTF : Ugut Teman Wanita Supaya Jangan Mandi!



Ugut Teman Wanita Supaya Jangan Mandi! | Akibat cemburu buta, seorang lelaki meminta teman wanitanya tidak mandi selama beberapa hari bagi memastikan tiada yang tertarik apalagi mahu memikatnya.

Selain itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan juga tidak dibenarkan menghias diri ketika berada di khalayak ramai.

Dia dilarang bersolek apalagi mengenakan gincu dan tidak boleh memakai minyak wangi.

Jika ingkar dengan permintaan itu, remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ani akan dibelasah.

“Sepanjang setahun kami bercinta, sudah tiga kali saya dibelasah, tetapi kerana sayang dan dia sentiasa berjanji mahu berubah, saya teruskan juga hubungan,” katanya

WTF : Pengguna Komuter Pentingkan Diri



Pengguna Komuter Pentingkan Diri |Bila sekolah mula dibuka, secara automatik jalanraya bertambah sesak begitu juga pengangkutan awam .

Keadaan tambah parah setiap kali waktu puncak terutama semasa orang ramai pulang dari kerja.

Waktu itu semua orang dalam keadaan letih tapi walau macam mana letih sekalipun; orang tua, golongan cacat dan wanita mengandung pastilah lebih lagi letihnya.

Itulah sebabnya perkhidmatan awam menyediakan simbol khas pada tempat duduk bahawa keutamaan diberikan kepada golongan di atas.

Malangnya, pengguna komuter dalam gambar di atas boleh buat-buat tak nampak pula seorang wanita mengandung memerlukan tempat duduk. Akibatnya terpaksalah wanita mengandung tersebut duduk di lantai komuter.

Perbuatan yang dirakam oleh penumpang komuter ini kemudiannya disebarkan di laman sosial dan mendapat kecaman ramai.

SEXY : Wajah muda ibu Emma Maembong kini didedahkan

Wajah muda ibu Emma Maembong kini didedahkan - Hari pertama tahun 2014, dunia hiburan tempatan sedikit gempar dengan penyebaran gambar-gambar wajah ibu kandung pelakon Emma Maembong ketika masih muda.


Orangnya memang cantik dan menawan dikenali dengan nama Janet dan berasal dari Scotland. Jadi, apakata layan beberapa keping gambar wajah sebenar ibu Emma Maembong. Memang sebiji wajahnya dengan Emma.




SEXY : Gambar Wiwid Gunawan, artis paling seksi Indonesia

Sebelum ini, kita sering memperkatakan tentang artis-artis Malaysia sahaja seperti isu Adi Putra, Nabila Huda, Neelofa, Emma Maembong dan banyak lagi. Apakata kita beralih sedikit kepada gosip untuk negara seberang, Indonesia.


Difahamkan, pelakon dan model Wiwid Gunawan dinobatkan sebagai artis paling seksi bagi tahun 2014. Meskipun usia Wiwd sudah mencecah 31 tahun namun keseksian dan kecantikannya memang tiada tandingan.

Beliau mempunyai pakej badan yang sempurna dan cantik sehingga menjadi kegilaan ramai rakan artis lelaki dan jejaka di luar sana. Sementara menenangkan fikiran kita di hujung minggu ini, mari skodeng beberapa keping gambar Wiwid Gunawan yang paling menggoda dan menawan.










SEXY - GAMBAR TERKINI BINTANG KPOP HYUNA (7 GAMBAR)

Bila pakai baju yang tidak seksi she is quite cute...



Laporan asal Asiantown