Friday 7 February 2014

VS - BEZA TUBUH PESERTA BIGGEST LOSER DULU VS SEKARANG (11 GAMBAR)

Inspirasi. Asalkan tidak menjadi anoreksia sudah!


Laporan asal Today

SERIUS : Wanita Buta ‘Tahan Sakit’ Selama 416 Jam Siapkan Tatu Di Badannya (5 Gambar)

Mempunyai kekurangan tidak boleh melihat seolah – olah tidak mempengaruhi wanita ini untuk tampil berbeza. Meskipun buta namun Fran Atkinson percaya diri sendiri dengan menutupi seluruh tubuhnya dengan tatu yang tidak boleh dilihatnya. Fran Atkinson menghabiskan 3 tahun untuk mendapatkan tatu menutupi seluruh tubuhnya.


Sebanyak 416 jam dihabiskan Fran ditato Grez Bowman dari leher hingga pergelangan kakinya . Grez sendiri mengaku tatu pada tubuh Fran merupakan karya terbesarnya selama ini .

Ibu dari dua anak itu tidak boleh melihat sejak remaja dan penglihatannya hanya 5 peratus . Fran mengaku cukup puas mengetahui bentuk tatu itu dari suaminya , Ron , untuk menceritakan secara terperinci.







“Saya mengatakan ingin tema Mesir di belakang dan memberikan Grez kebebasan untuk selebihnya , ” kata Fran . ” Tatu pertama di badan saya adalah lakaran Pegasus terbang yang dibuat 25 tahun lalu dan terus ia berkembang sejak itu , ” kata wanita berusia 52 tahun ini . ” Kira – kira 3 tahun lalu saya mendapat idea lalu memutuskan untuk menutupi seluruh tubuh dengan tatu .

“Fran mengaku proses paling menyakitkan untuknya adalah saat mentatu bahagian ketiak , lutut dan pergelangan kaki . Kin Fran berpendapat dia ingin mendaftarkan diri ke Guinness Book of World Records sebagai wanita paling banyak mempunyai tatu di Wales.

Suaminya tidak keberatan kerana sudah mengetahui bahawa tatu memang boleh menimbulkan sesuatu yang obses kepada individu itu.

WTF : Tukang Gunting Hanya Pakai Baju Dalam Tarik Ramai Pelanggan Lelaki Di Ipoh

Ipoh:  Kehadiran ramai pelanggan lelaki warga asing di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Holy di sini, terjawab apabila premis itu didapati menawarkan khidmat tukang gunting wanita seksi yang hanya memakai seluar pendek dan baju dalam.


Kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar apabila sepasukan anggota Jabatan Imigresen Perak melakukan serbuan di premis itu yang terletak di Jalan Dato Onn Jaafar, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari, anggota Jabatan Imigresen Perak diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid melakukan pemeriksaan mengejut di tujuh premis yang menjadi lokasi warga asing Myanmar berkumpul di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, operasi tertumpu di empat kedai runcit dan tiga kedai makan popular kalangan warga Myanmar menjamu selera dan membeli pelbagai barangan harian.

Menurutnya, lokasi berkenaan menjadi ‘koloni’ pendatang asing terutama dari Myanmar menjamu selera dan berkumpul terutama pada hari hujung minggu.

Sebahagian warga Myanmar yang ditahan anggota imigresen Perak.

“Ketika serbuan dilakukan kebanyakan warga asing terbabit sedang menggunting rambut dan menjamu selera di dalam premis yang disewa khas.

“Hasil serbuan dilakukan, seramai 23 lelaki warga Myanmar, tiga wanita Myanmar, satu wanita Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh berjaya diberkas.

“Semua mereka berusia antara 16 dan54 tahun didapati tidak mempunyai sebarang dokumen sah memasuki negara ini,” katanya.

Beliau berkata, ada antara lelaki ditahan mendakwa sebagai pelarian dengan menunjukkan surat khas Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

“Bagaimanapun pihak imigresen akan menyiasat ketulenan surat itu bagi memastikan sama ada individu yang diberkas itu benar-benar pelarian atau sebaliknya.

“Ada juga lelaki warga asing ditahan memberi alasan sudah membeli tiket untuk pulang ke Myanmar namun gagal menunjukkan bukti dokumen dan pasport,” katanya.

Menurutnya, semua 28 warga asing yang diberkas itu kini ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Perak untuk tujuan siasatan sebelum dihantar ke Pusat Tahanan Imigresen Langkap.

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Operasi seumpama ini akan dijalankan setiap hari bagi membersihkan negeri ini dari warga asing,” katanya.

WTF : Gadis Keluar Awal Pagi Puaskan Nafsu Dengan Kekasih

SIBU: Taktik seorang anak gadis berusia 15 tahun 9 bulan yang sering keluar awal pagi untuk berjumpa dengan teman lelakinya akhirnya terbongkar kelmarin.


Dalam kejadian sekitar jam 1 hingga 2 pagi Ahad lalu, gadis tersebut telah menyelinap keluar dari rumahnya di Jalan Empawah di sini.

Difahamkan gadis tersebut keluar bersama teman lelakinya menaiki sebuah motosikal ke sebuah rumah di Sungai Bidut, di sini. Ketika berada di rumah teman lelakinya, lelaki terbabit mengajak gadis itu menonton televisyen di sebuah bilik.

Gambar Hiasan

Setelah pasangan tersebut memuaskan nafsu, teman lelaki gadis tersebut menghantarnya balik ke rumah sekitar jam 3 pagi.

Pada masa sama, ibu bapa gadis tersebut menyedari anak gadisnya keluar rumah dan mereka keluar mencarinya.

Setiba di rumahnya, gadis tersebut terus masuk ke bilik tidur semasa ibu dan bapanya sedang mencarinya ketika itu. Apabila ibu bapanya pulang ke rumah jam 3.30 pagi, mereka terus bertanya kepada anak gadisnya ke mana dia pergi.

Pada awalnya, anak gadisnya enggan memberitahu mereka sehingga bapa mangsa memaksanya menceritakan segalanya. Kesal dengan apa yang berlaku, bapa mangsa membawa anak gadisnya ke Balai Polis Sentral Sibu untuk membuat laporan polis.

Gadis tesebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan dan disahkan terdapat kesan koyakan lama dan baharu pada kemaluannya.

Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan mengenal pasti seorang lelaki berusia 20-an dan bekerja sebagai mekanik bertanggungjawab melakukan kesalahan ke atas gadis tersebut.

Suspek berkenaan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat dan kes ini kini dalam siasatan polis.

SERIUS : Cerita Sebenar Tangan Guru Putus Dipotong Kerana Pulas Telinga Murid

Berita palsu guru putus tangan dipotong kerana pulas telinga murid di Sabah. Menerusi maklumat rasmi yang diterima, kejadian berlaku bukan akibat dari insiden memulas telinga murid. Laporan awal yang tersebar adalah palsu semata-mata. Insiden itu sebenarnya berlaku di Sarawak dan bukan di Sabah. Berikut adalah laporan asal mengenai gambar putus tangan yang tersebar dilaman sosial.


Kisah Sebenar Insiden Putus Tangan

Kota Samarahan: Ibarat ‘senjata makan tuan,’ seorang lelaki putus pergelangan tangan kiri selepas terkena parangnya sendiri ketika mengamuk di sebuah rumah di Sadong Jaya, dekat sini lewat petang kelmarin.

Gambar dipercayai diambil oleh kakitangan hospital dan disebarkan melalui whatsapp.

Dalam kejadian itu, mangsa, 27, bersama seorang rakannya pergi ke rumah terbabit di Kampung Pelanduk Laut, sekitar jam 6.30 petang. Difahamkan, mangsa dan rakannya yang bersenjatakan parang mengamuk di rumah berkenaan, namun berjaya dihalang oleh tuan rumah serta memujuk kedua-dua mereka untuk menyerahkan parang kepadanya.

“Dua lelaki itu berjaya dihalang dan parang yang digunakan juga telah dirampas. Tetapi semasa kedua-dua mereka dibawa keluar dari rumah, tuan rumah tadi bertindak melibas parang yang dirampas ke arah mangsa menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus ketika cuba mengelak,” kata sumber.

Ekoran kecederaannya, mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh kedua-dua pihak. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Manakala mangsa dan rakannya pula disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

KREATIF - KENDERAAN KETENTERAAN EDISI LEGO (14 GAMBAR)

Demsan! Model - model kenderaan tentera yang dihasilkan oleh Ralph S. Respect! 


Laporan asal Ralph S

SERIUS - BAJU MANDI USD 1 JUTA BERTATAH PERMATA UNTUK MISS UNIVERSE (9 GAMBAR)

Bila mandi anda mahu baju mandi yang selesa. Tak sedut di bahagian bontot dan tidak tertanggal dan mengakibatkan kemaluan akibat kemaluan terdedah secara tidak sengaja. Tetapi sekiranya anda Miss Universe Gabriela Isler anda perlua memakai baju mandi yang swag. Ada emas permata dan nilam. Baju mandi ini bernilai USD 1 Juta. Memang mahal tapi to be honest we prefet string bikinis. Nicer. HA HA!


Laporan asal IBtimes

COOL - PERPUSTAKAAN MODEN DI DALAM BANGUNAN KURUN KE-18 DI MEXICO (13 GAMBAR)

La Ciudadela ialah sebuah bangunan bersejarah di Mexico City. Ianya dibina pada kurun ke-18 sebagai sebuah markas tentera. Ia kemudiannya diubah menjadi penjara, sekolah, kilang senjata dan akhirnya menjadi sebuah perpustakaan pada tahun 1946. Baru-baru ini perpustakaan ini diubahsuai dan diberikan nafas baru. Ianya kini bukan sahaja nampak lebih moden tetapi cool. Buku perpustakaan diletakkan di dalam rak buku yang menutupi seluruh permukaan dinding, siling dan lantai. Nice! 


Laporan asal Dezeen

SADIS - RACHEL FREDERICKSON : PEMENANG BIGGEST LOSER YANG MENGEJUTKAN AMERIKA SYARIKAT (9 GAMBAR)

Rachel Frederickson (24) ialah juara musim termutakhir The Biggest Loser Amerika Syarikat. Beliau berjaya mengurangkan 60% berat badam beliau dan memenangi hadiah USD 250 000. Kemenangan beliau tidak disambut baik oleh orang ramai kerana rata-rata merasakan beliau tidak kelihatan sihat tetapi kelihatan seperti mangsa Anorexia. Pada awal pertandingan berat beliau ialah 117 Kilogram dan pada episod akhir berat badan beliau menurun kepada 47 Kilogram! Apakah pendapat anda? Adakah Rachel Frederickson kelihatan sihata walafiat ataupun banduan kem Nazi Auschwitz ? Ini mengingatkan kami kepada juara The Biggest Loser Asia Davcid Gurnani yang juga menerima kritikan hebat kerana kelihatan seperti orang Somalia!


Sumber HuffPo

WTF - IKLAN PRODUK KESIHATAN PALING DESPERADO!

Aduhai. ini salah disisi undang-undang dan guideline yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Desperado!



Sumber @IAmKumbre

COOL - MELAKA GATEWAY : PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM 40 BILLION (16 GAMBAR)

Melaka Gateway ialah projek pulau buatan manusia yang akand dilancarkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hari ini. Ianya akan dibina berdekatan Pulau Melaka dan projek ini dikatakan bernilai RM 40 Billion. Apabila siap kelak ia kana menjadi projek pulai buatan manusia terbesar Asia Tenggara. Antara yang bakal dibina ialah marina kapal mewah, kondo mewah, banglo dengan marina persendirian, taman eco pelancongan, taman tema serta pelabuhan untuk kapal persiaran. Projek ini akan dibina oleh KAJ Development dan dikatakan akan memberikan peluang pekerjaan kepada 15 000 orang. Melaka Gateway dijangka siap pada tahun 2025. Anak melaka sekalian apa pendapat anda tentang projek ini? Bagus atau tak bagus? 


Laporan asal SunDaily