Saturday 15 February 2014

SERIUS : Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Artikel ini dikongsikan di laman sosial dan menjadi agak popular kerana makin hari semakin ramai yang berkongsi hingga tidak lagi dijumpai lagi penulis asalnya. Mungkin kerana mereka yang membawanya tahu apa yang ditulis adalah benar, kerana itu ramai yang berkongsi kepada yang lain agar dapat dijadikan peringatan bersama. Kami kongsikan ianya di sini untuk bacaan anda.


#sharing: Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta.

Biasa dengar org gaji 5k, tapi pandu kereta yg installment 1.3k-1.5k ?? biasa dengar kan….? gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. pun biasa dengar kan?? biasalah darah muda. darah muda akan cari kereta yg downpayment paling rendah, loan yg paling pjg. janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. dlm fikiran graduan yg baru dpt kerja ni cepat jer ternampak kereta2 spt honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yg nampak ada ‘standard’ supaya imej bertambah di mata org sekeliling. tapi apa yg ramai tak nampak bhw 1.5k instalment tu tak abis di situ saja. angka yg sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan utk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.

instalment mmg la 1.3k. tapi petrol? katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time keta tersadai kat parking keta, jarang2 drive tak cukup duit utk petrol.. he he he). keta mahal dah tentu minyak injin pakai fully sentetik, brand elok …takkan nak pakai minyak injin hak murah ye tak? sayang la injin keta tu.

ada yg beli kereta cuma tekan calculator utk kira installment. terlupa nak masukkan spending on insurance & road tax. lupa nak kira kos insurans utk kereta berharga 90k-150k? tak tau menahu kos roadtax utk kereta 2.0 liter? ada yg lupa nak masukkan semua tu dlm kira2. kesudahannya tertunggu2 bonus utk setel semua. kad kredit swipe dulu. bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. payment kad kredit postpone lagi. hehe ..

keta hebat takkan nak pakai tayar murah right? keta injin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. jatuh la stendet. or takkan drive Camry tp pakai tayar seken hand? malu la kat budak2 kedai tayar. hehehe…. kereta2 hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So byklah ‘kebocoran’ sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yg datang bersamanya.

kebocoran tanpa sedar. kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dlm sampul ye tak. malu la kaum. malu la kat kwn2 yg pakai kereta perodua bg duit raya sama mcm yg memandu Civic/Accord. so bila dah berkereta ‘hebat’ ni, secara otomatik mcm2 lagi tekanan sekeliling yg meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. keta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. kena hantar polish kasi kilat. service keta mesti kat designated service centre keta tu, mana blh service kedai sebarangan. so caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. bila keluar dgn kwn2 or ipar duai takkan yg pakai proton nak kena belanja makan ye tak. malu la sikit. hehe… maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan ‘bocor’ angkara kereta… sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.

ramai org suka kereta. sbb utamanya ialah keperluan utk bw dari point A ke point B. sbb2 yg lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. namun utk keadaan hari ini, jenis kereta blh mengelakkan dari dipandang rendah oleh org sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn2 sekolah & kwn2 uni. walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression nak bagi org tengok kita sampai naik apa. bila attend reunion sekolah cthnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorg tu sampai dgn brand new Accord berbanding sampai dgn Pesona. cash byk, saham byk, emas byk, rmh byk, properties byk org tak nampak. cerita pun org tak caya. dan sikap segelintir masyarakat… ada rasa hormat bila sembang dgn org2 berkereta besar bbanding dgn mamat berkereta saga BLM.

normally klu dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu… which is very costly. hehe.

cuba tanya mana2 org muda, majoritinya target nak pakai keta hebat bila grad, bila dpt kerja krjn or swasta. buat hutang 9 thn sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke instalment kereta & ‘pakejnya’. byklah investment opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thn mesti nak tukar kereta lg. sbb keta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. klu dulu mula2 beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lg nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup utk sustain life style yg ada. org lain dah boleh pikir utk relax di umur 50-an, kita masih pikir tpaksa kerja utk tanggung hutang.

dan yg paling malang………………………………. byk kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kwn2 opis. yg tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona seken hand malu, pinjam duit merata tak malu. sanggup skip duit yg sepatutnya bagi org tua tiap2 bulan. malah pinjam pulak duit org tua. pinjaman yg liat byr balik. selalunya buat lupa nak byr balik.

ramai sanggup spend beribu sebulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. rupanya kereta hebat lagi penting.

menurut statistik yg dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yg lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta. – END-

SERIUS : Pikachu Ke?



Adakah kucing ini diberikan wajah baru seperti Pikachu atau sekadar sungtingan di Photoshop? Okey, confirm memang photoshop.

Wanita Telan Phone Kerana Tak Mahu Kantoi



Kerana risau kandungan SMS’nya di baca oleh kekasih, seorang wanita sanggup menelan telefon bimbitnya dengan sengaja. Wanita bernama Adriana ini melakukan perbuatan bodoh tersebut apabila dia dipaksa kekasihnya untuk menunjukkan kandungan SMS yang terdapat di dalam phone tersebut. Adriana yang takut cuba melarikan diri sambil dikejar kekasihnya itu.

Menyedari dia tidak dapat lari ke mana, Adriana tanpa berfikir panjang terus menelan phone tersebut dan terus masuk ke dalam perutnya. Itulah kebodohan yang terserlah sedangkan kandungan SMS tersebut boleh sahaja dipadam atau buang sahaja phone tersebut kalau ya takut pun. Janganlah sampai menyakiti diri sendiri. Tapi kalau macam ni punya takut, sah-sah lah memang curang kan?

Adriana dikejarkan ke hospital dan para doktor terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan phone tersebut. Apapun jangan risau kerana kejadian ini berlaku di Brazil dan diharapkan tahap kebodohan wanita ini tidak sesekali akan mengjangkiti para remaja di negara ini. Huh!

“Saya Kahwinkan Dia Kerana Dia Telah Dirogol Bakal Suami” – Bapa Fazira



Heboh satu Malaya apabila kisah perkahwinan yang terbina antara seorang remaja berusia 19 tahun dan seorang gadis berusia 12 tahun telahpun musnah dengan talak tiga selepas setahun pernikahan mereka. Ramai yang ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Bapa kepada gadis berusia 13 tahun itu (usia ketika ini) tampil membuat penjelasan untuk membersihkan nama anaknya dengan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku hingga dia membenarkan anaknya itu berkahwin pada usia yang begitu muda (12 tahun) pada tahun lalu.

Pada mulanya memang ramai yang memberi pendapat, kemungkinan memberi kebenaran seorang gadis berusia 12 tahun berkahwin dengan seorang lelaki 19 tahun adalah sesuatu yang sangat tak masuk akal. Kerana masing-masing terlalu mentah untuk berumahtangga. Secara tidak langsung, berita pencerian ini menyebabkan banyak pihak menyalahkan ibubapa kepada gadis bawah umur ini.

Memetik laporan daripada sebuah akhbar, akhirnya bapa Nor Fazira iaitu Saad Mustafa mendedahkan segala cerita di sebalik kemelut yang terjadi. Ianya amat mengejutkan rakyat Malaysia apabila Fazira dikahwinkan pada November tahun lalu kerana bekas suaminya itu bersama dua orang rakannya yang lain telah merogol anak gadis sunti Saad Mustafa, bulan May 2013 iaitu empat bulan sebelum tarikh pernikahan mereka.

Nor Fazira telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulim pada 15 Julai tahun lalu. Bapa Fazira juga menyatakan ibu bapa bekas suaminya itu sering ke rumah mereka dan merayu supaya menarik balik laporan polis tersebut kerana hukuman yang bakal di kenakan agak keterlaluan. Hingga akhirnya bapa Fazira membuat keputusan untuk membenarkan anak gadisnya di kahwinkan dengan Mohd Fahmi.

Sangkaan segalanya akan menjadi baik seperti sedia kala sebenarnya hanyalah mainan minda sahaja. Selepas mendapat kebenaran untuk di satukan oleh Mahkamah Syariah Kulim akhirnya mereka bersama.

Namun, cerita di antara mereka bukanlah ‘Happily ever after’ seperti kisah dongeng cinta yang ada di kaca televisyen. Fazira sering diberi layanan yang buru serta di tampar dan dipukul oleh keluarga mentuanya. Malah dia juga tidak di beri makan hingga menyebabkan bapanya terpaksa berulang alik dari Kulim ke Padang Serai untuk menghantar makanan.

Diharapkan kisah remaja ini menjadi tauladan kepada semua agar ianya tidak berulang kepada yang lain pula. Berikutan pengakuan dari ayah si Fazira ini, remaja lelaki berkenaan kini tampil membuat penafian akan tuduhan tersebut. Drama melayu bakal bermula dan kita nantikan apa sebenarnya yang berlaku.

Sumber: REMAJA

Kandungan Hudud Di Brunei



Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei. Berikut adalah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198

(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.

KHALWAT 196.

(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69.

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR

BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)

(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka :
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun

(so takdelah kena potong sampai 4 kerat)….

Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.

Pengecualian :
-pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman…
-owner mmg tak jaga keselamatan brg
-pencuri bayar sikit, lepas tuh lari….
-bende curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
-bende curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jgn lebih plak)
-keadaan memaksa : bencana alam, perang
-bini curi dari suami atau senbaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…

Untuk pengetahuan orang Indonesia/Malaysia/Singapura.

*Muhsan bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini tu Perempuan… bukan Isteri…

Download dokumen penuh di sini.

Wallet Disangka Kulit Lembu, Mungkin Kulit Babi

Pembeli yang mendakwa dirinya tertipu oleh salah sebuah kedai barangan kulit di sebuah pasaraya terkemuka di ibukota. Ini terjadi apabila seorang pelanggan telah membeli dompet kulit yang disangka kulit lembu seperti yang diberitahu pihak premis namun setelah pembeli meneliti semula tekstur dompet tersebut melalui salah seorang rakannya, timbul isu lain apabila ianya kelihatan seperti kulit babi dan ini amat mengjengkelkan.





WTF : Manusia Gemar Makan Batu



Seorang wanita berumur 45 tahun sudah mempunyai kebiasaan yang luar biasa kerana gemar memakan batu sejak 20 tahun lalu dan sudah mengambil batu seberat total 1,360 kg .Ibu kepada dua orang anak ini mengakui tabiat memakan batu merupakan makanan yang “enak” untuknya. Namun sejak berkahwin dengan suaminya Jim tahun lalu, kebiasaannya itu menjadi tambah serius.

“Pada mulanya Jim membuat saya sangat bahagia dan saya pun mula mengurangkan makan batu. Namun semua orang mempunyai hari yang buruk dan apabila saya mengalaminya, hanya batulah yang boleh membuat saya lebih baik dan terhibur.” jelas wanita bernama Teresa Widener ini.

Teresa menyimpan timbunan batu di peti khusus yang terletak di dapur rumah mereka di Bedford, Virginia dan biasanya memakan batu itu sambil berbual dengan suaminya.

“Saya memilih batu dari bentuk yang saya suka. Saya sukakan aroma tanah yang ada pada batu itu, hingga saya juga menelan tanah yang melekat di batunya.

“Saya merasa lebih baik hanya dengan mengetahui kalau ada persediaan batu di rumah. Mereka selalu ada untuk menghibur saya ketika saya sedang sedih.” jelas wanita ini dia mengemari batu yang lembut dan rapuh.

Tabiat pelik Teresa ini dinamakan sebagai Pica iaitu kelainan yang membuat penderitanya memakan sesuatu yang bukan makanan. Haiwan-haiwan seperti serigala dan penyu juga kadang memakan batu untuk membantu penghadaman, namun kes ini jarang terjadi pada manusia.

Krisis Air: 3 Empangan Kritikal Akibat Kemarau



Empangan Kritikal Akibat Kemarau (Source)

Krisis Air: Empangan Kritikal Akibat Kemarau

Cuaca panas yang berterusan sejak tiga minggu lalu, telah menyebabkan krisis air menjadi semakin kritikal di beberapa negeri apabila dua empangan di Selangor dan satu di Negeri Sembilan mengalami kemerosotan paras air yang kritikal.


Berdasarkan rekod, Empangan Sungai Selangor di sini kini mempunyai baki simpanan air sebanyak 57.63 peratus, Empangan Klang Gate di Ampang (58%) dan Empangan Kelinchi di Negeri Sembilan (58.6%).


Krisis Air: Bekalan Air DiHadkan

Menurut Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keadaan empangan mungkin akan bertambah kritikal sekiranya tiada sebarang hujan dalam masa tiga minggu. Jika ia berlaku, kerajaan mungkin terpaksa mengambil Langkah menghadkan bekalan air yang dihantar kepada pengguna.

Sadis - Penawar Kencing Manis Versi Najib Suka Sangat

Berita menggembirakan rakyat malaysia.. Nah ko tengok, penawar baru kencing manis.. Iaitu BR1M


Info Asal : facebook

EKSKLUSIF! BEKAS JIRAN PASANGAN MALAYSIA YANG DITAHAN DI SWEDEN DEDAH PERKARA SEBENAR

Kes pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden ini sudah berlarutan agak lama dan rakyat Malaysia sendiri keliru dan teragak-agak untuk mengecam tindakan pihak Sweden yang menahan reman pasangan terbabit dalam tempoh yang begitu lama.


Semalam, tersebarnya sekeping gambar print screen pendedahan berani bekas jiran senegara pasangan tersebut di Sweden yang mendedahkan pasangan terbabit sebenarnya hanya memberikan alasan ajar anak sembahyang untuk mempertahankan diri dari dicekup pihak berkuasa Sweden.

Ikuti pendedahan di bawah:


"Win kenal sangat Shalwati dan Azizul kat Stockhold tu. She herself seorang yang sangat sombong dan berlagak coz hubby pengarah Tourism, the hell. She's so biadap. Once, she went out, winter lagik, sejuk beku and her kids came back home from school cant enter. Luckily, her daughter was smart, came to my house, just 300m away, and tol me that she needs to call mum. 

Speaker on and mak dia maki dia semacam babe. Kesian the kids, Aisyah, Adam, Amar and Amir they were good kids. The mum yang bengis macam singa betina. Cakap pukul anak pasal tak sembahyang itu alasan cheap defense jer.

Lagi pun Stockholm Int School dan 2 kali panggil diorang counselling coz mother sooo biadap and always say,

"this is muslim way"

School check with other muslim parents from Saudi, Iran, Iraq, Jordan, Qatar.. other muslims mum said no, We never hit our kids, Muslim is kind to kids. 

Memalukan Malaysian jer, luckily im not there anymore. Anway just pity the kids, if only mak depa SABAR dalam mendidik anak, kan sabar itu separuh daripada iman."

Sejauh mana benarnya pendedahan di atas, hanya mereka yang terlibat saja tahu cerita sebenarnya. Sama-sama kita berharap pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dibebaskan segera dan dihantar pulang ke Malaysia dengan selamat

10 GAMBAR ARMADA PERANG NEGARA CHINA CEROBOH SEMPADAN MARITIM MALAYSIA

Pencerobohan Armada Perang Negara China di Lautan Spratlys Jan 2014. Pencerobohan PLAN selama 37 hari. 


Menjelang tahun baru, Kapal Pengangkut pertama PLAN, ''Lioning'' kembali ke pelabuhan Qingdao setelah menempuh perjalanan 37 hari MENCEROBOH Laut China Selatan sehingga memasuki jauh ke dalam sempadan maritim Malaysia. 

Malah Media China juga telah menyebarkan secara angkuhnya gambar-gambar yang boleh digelar sebagai prototaip Armada Serangan Pengangkut Pesawat China di Spratlys.

Selain pengangkut sebenar, antara pengiring dilihat pr.052C 1 pemusnah - "Haikou" pemusnah pr.051C 2 - "Shenyang" dan "Shijiazhuang" di Landing ship dock.

Selain itu terdapat pr.071 -" Changbai jika bilik dilihat dengan betul ada 3 pr.054A frigat "Yantai" dan dua nombor tidak dapat dilihat, dua kapal selam nuklear pr.093 (seperti "Shang").

Apa tindakan pihak Malaysia terhadap situasi ini?










Pulau Layang Layang sebahagian dari terumbu Spratlys

China telah membuat tuntutan mengenai garis sembilan-sengkang yang terbentang di sepanjang pantai di beberapa buah negara di Laut Timur, meliputi sehingga 80 peratus daripada kawasan laut tersebut.

Tuntutan China keseluruhan Kepulauan Spratly 

Kisah 1 : garis sembilan -sengkang - tuntutan yang kabur

Pengkaji telah menyediakan penjelasan yang berbeza asal-usul garis ini .

Li Linghua , seorang penyelidik daripada China di Pusat Maklumat Lautan Kebangsaan , berkata " pada tahun 1946 Lin Zun membawa armada tentera laut untuk menawan semula pulau-pulau berikutan kekalahan Jepun. Antara pulau-pulau tidak diketahui kepada dunia. Jepun yang pertama diduduki mereka dan terpaksa menyerahkan mereka kepada kami selepas menyerahkan . Kami gembira untuk menerima mereka (...). Mengiringi armada adalah seorang lelaki daripada Kementerian Geologi dan Sumber yang ditentukan dengan jelas garisan yang dibayangkan berbentuk seperti lidah lembu jantan . Sekembalinya , garis telah dicetak di atas peta negara dan telah diumumkan sebagai sempadan baru ..... "


Peta yang pertama menggambarkan garis ' lidah lembu ' telah diperkenalkan pada bulan Februari 1948 oleh Jabatan China Pengurusan Sempadan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia dinamakan "lidah lembu " garisan ini terdiri daripada 11 titik kerana ia menyerupai lidah lembu jantan menjilat lebih ke bawah Laut Timur.

Republik Rakyat China (dirujuk sebagai China dari sini) telah ditubuhkan pada tahun 1949 selepas pentadbiran Chiang Kai- shek melarikan diri ke pulau-pulau Taiwan dalam kekalahan perang. Pada tahun yang sama , China menerbitkan sebuah peta yang termasuk garisan "lidah lembu " sama dengan peta 1948.

Peta lidah lembu ini dijadikan alasan oleh China untuk menuntut keseluruhan kepulauan Spratly dari semua negara2 yang mengawal sekarang, peperangan perebutan mungkin akan berlaku tidak lama lagi. - RUJUK


Gambaran pelukis dari China peperangan berlaku di kepulauan spratlys antara kuasa-kuasa Barat dengan China. China mungkin tidak teragak2 menggunakan senjata nuklearnya dgn menaburkan kepala2 peledak nuklear pada kawasan musuh dari langit.

BUKU BELAJAR ABC VERSI ZAKAR

Apa nak jadi dengan negara ini. Setiap hari, kita akan dihidangkan satu demi satu berita pelik yang tersebar di media sosial. 


Namun apa yang paling menghairankan apabila anak kecil yang baru hendak mengenal huruf juga turut sama terkena tempias dengan perangai pelik orang dewasa di negara ini.

Mana tidaknya, satu buku Belajar ABC didapati menggunakan contoh yang tidak masuk akal dijual secara terbuka di kedai-kedai buku ketika ini. Buku ini menggunakan contoh yang bodoh seperti huruf S bersamaan dengan Salib dan huruf Z bersamaan dengan Z'akar!

Sudah tidak ada contoh lain untuk digunakan dalam huruf-huruf tersebut? Menurut sumber sebaran, buku yang berharga RM5.99 ini boleh didapati di pusat-pusat membeli belah. Dan gambar diatas di ambil di salah satu pusat membeli belah berdekatan Stadium Shah Alam, Selangor.

Bagaimana buku seperti ini boleh mendapat kelulusan penerbitan? Di harap pihak berwajib menyiasat perkara ini. Sekiranya betul ada kelulusan, penerbitan buku-buku seperti ini perlu ditarik semula kerana ditakuti kelak merosakkan fikiran budak-budak di usia muda mereka lagi.