Saturday 15 February 2014

Krisis Air: 3 Empangan Kritikal Akibat Kemarau



Empangan Kritikal Akibat Kemarau (Source)

Krisis Air: Empangan Kritikal Akibat Kemarau

Cuaca panas yang berterusan sejak tiga minggu lalu, telah menyebabkan krisis air menjadi semakin kritikal di beberapa negeri apabila dua empangan di Selangor dan satu di Negeri Sembilan mengalami kemerosotan paras air yang kritikal.


Berdasarkan rekod, Empangan Sungai Selangor di sini kini mempunyai baki simpanan air sebanyak 57.63 peratus, Empangan Klang Gate di Ampang (58%) dan Empangan Kelinchi di Negeri Sembilan (58.6%).


Krisis Air: Bekalan Air DiHadkan

Menurut Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid, keadaan empangan mungkin akan bertambah kritikal sekiranya tiada sebarang hujan dalam masa tiga minggu. Jika ia berlaku, kerajaan mungkin terpaksa mengambil Langkah menghadkan bekalan air yang dihantar kepada pengguna.

No comments:

Post a Comment