Thursday 26 December 2013

WTF : "Mansion 7", Kompleks Beli Belah Berhantu Di Thailand? (5 Gambar)

Kompleks membeli-belah yang dikenali sebagai Mansion 7 dan terletak di Bangkok, Thailand ini menawarkan sesuatu yang mungkin anda tidak rasai di kompleks membeli-belah yang lainnya. Hal ini kerana pengunjung akan berasa seperti lebih berada di sebuah rumah hantu berbanding berada di sebuah pusat membeli-belah.


Dipetik dari CNN Go, kompleks membeli-belah yang direka seperti rumah hantu ini juga turut menggunakan muzik latar belakang yang menyeramkan, berbeza dari muzik alunan rancak yang biasa digunakan.

Ketika para pengunjung memasuki pintu gerbangnya, mereka akan disambut dengan suasana yang serupa seperti hendak memasuki rumah hantu. Dengan adanya konsep ini, kompleks membeli-belah tersebut telah berjaya menarik tumpuan ramai, malah pelancong dari luar negara berkunjung ke Mansion 7.

Selain dari rekaan dalaman kompleks ini yang menyeramkan, gerai menjual makanan di dalam kompleks ini juga turut menawarkan pengunjung dengan menu makanan yang unik, contohnya seperti sebuah restoran yang dinamakan restoran Krueng-Zen yang menawarkan menu makanan seperti darah.

Para pengunjung juga disarankan untuk mengunjungi Dark Mansion untuk merasai pengalaman bagaimana rasanya apabila memasuki rumah hantu selama 15 minit untuk menguji mental dan tahap keberanian mereka.


SERIUS : "Corinth Canal", Terusan Paling Sempit Di Dunia (5 Gambar)

Corinth Canal yang terletak di Greece merupakan tarikan seni bina yang sangat popular. Ia menghubungkan Teluk Corinth dengan Teluk Saronic di Laut Aegean. Terusan ini diukir dan dikorek secara terus ke dalam batu. Ia mempunyai kepanjangan sehingga mencecah 4 batu panjang dan hanya 70 kaki lebar pada pangkalannya. 


Ini menghadkan banyak kapal moden dari menyeberangi terusan ini. Disebabkan kesempitan itu, terusan ini tidak digunakan secara kerap, tetapi ia adalah sebuah tempat yang sangat baik untuk para pelancong melawat. Dinding curam dengan air yang jernih menjadi satu daya tarikan yang besar bagi setiap lapisan masyarakat yang berkunjung ke situ.


COOL : "Prelude", Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung (6 Gambar)

Mempunyai badan yang lebih panjang daripada ketinggian bangunan Empire State Building, kapal tangki yang dibina syarikat industri berat Samsung, iaitu "Prelude" telah pun diapungkan daripada dok kering di Geoje, Korea Selatan buat kali pertama. Ia berukuran 488 m (1,601 kaki) panjang dan mempunyai lebar 74 m (243 kaki) .Kapal itu merupakan milik syarikat petroleum terkemuka Shell yang mempunyai kemudahan sebagai fasiliti gas asli cecair terapung (FLNG), yang apabila siap, ia juga akan dijangka menjadi kemudahan fasiliti petroleum terapung terbesar di dunia.


Berikut adalah sedikit maklumat yang diperolehi daripada pihak Gizmag: " Kapal ini dibina bagi tujuan pengeluaran gas asli, pemprosesan ke dalam gas asli cecair (LNG) dan akhirnya pemindahan secara langsung kepada kapal pengangkut, selama ia di laut, "Prelude" akan mempunyai berat lebih daripada 600,000 tan metrik (661,400 tan) apabila dimuatkan sepenuhnya dan dijangka mengeluarkan kira-kira 3.6 juta tan metrik (3.9 juta tan) LNG setiap tahun. Ini bermaksud kapasiti simpanannya adalah lebih 430 juta liter (114 juta gelen), atau bersamaan dengan kira-kira 175 kolam renang saiz Olimpik. "


SERIUS : Pencipta Rifle AK-47, Mikhail Kalashnikov Meninggal Dunia (4 Gambar)


Moskow - Pencipta rifle AK-47, Mikhail Kalashnikov, disahkan meninggal dunia pada Selasa, 24 Desember 2013 waktu Rusia. Dilapor Russia Today, Kalashnikov meninggal pada usia 94 tahun kerana sakit di Izhevsk, sekitar 500 kilometer sebelah timur Moscow.

Pegawai tinggi Rusia, termasuk Presiden Vladimir Putin, menyatakan duka yang mendalam atas kepergian arkitek senjata tersebut. Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan kematian Kalashnikov merupakan kehilangan besar bagi Rusia. Menteri Pertahanan Sergei Shoigu menyatakan Kalashnikov merupakan salah satu patriot yang harus dijadikan contoh oleh seluruh warga Rusia.

“Seluruh bahagian hidupnya adalah contoh luar biasa dalam pengabdian kepada negara ini,” ujarnya dalam pernyataan resmi terkait meninggalnya legenda persenjataan itu.

Kalashnikov meninggal setelah dia berjuang selama bertahun-tahun melawan penyakit jantung dan usus besar. Sejak 17 November 2013 lalu, kondisi kesihatannya menurun dan harus dirawat intensif di Izhevsk, Rusia Tengah. Meski begitu, pihak berkuasa akan mengumumlan penyebab rasmi kematian Kalashnikov setelah dilakukan otopsi.

Rencananya, pemerintah Rusia akan memberikan penghormatan dalam pemakaman secara khusus kepada Kalashnikov. Namun, mereka belum memutuskan tarikhnya kerana harus berkonsultasi dengan pihak keluarga. Kerajaan Rusia mengalami masalah kerana hanya sedikit anggota keluarganya yang masih hidup. Dia tak mempunyai ramai anggota keluarga.

Kalashnikov lahir di Siberia Barat pada 10 November 1919 dan memiliki 18 saudara. Nama sebenarnya Mikhail Timofeyevich Kalashnikov. Pada 1938, dia bergabung dengan Tentara Merah Soviet dalam Perang Dunia II sebagai desainer senjata. Dia berhasil mengembangkan senjata untuk tank yang jauh lebih efektif menghancurkan sasarannya.

Dia berjaya menciptakan senjata mesin otomatis untuk memenuhi permintaan tentara Uni Soviet yang ketika itu sedang berperang melawan Jerman. Pada 1947 dia secara rasmi memperkenalkan AK-47 kepada Rusia dan dunia.


SADIS : Lelaki Cungkil Mata Isterinya Yang Curang



Guangxi (China): Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai. Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.

Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis. Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.

Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya. Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.

Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya. Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan.

Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.- Agensi

WTF : Orientasi Melampau Ragut Nyawa Pelajar Universiti Di Indonesia (7 Gambar)

Bukan sahaja melampau dan tak melambangkan peradaban manusia terpelajar, malah tindakan penuntut senior Institut Teknologi Nasional ketika majlis orientasi penuntut baru atau Ospek ITN baru-baru ini telah meragut satu nyawa.


Dalam gambar yang diedarkan di internet, dapat dilihat jelas bagaimana para mahasiswa baru termasuk perempuan dipaksa berlakon seolah-olah sedang melakukan seks. Manakala dalam gambar lain, seorang peserta program kelihatan diterajang oleh senior di kepala.

Walaupun dianggap suka-suka, terbukti berlaku gangguan seksual malah melibatkan kekerasan sepanjang program di Pantai Goa Cina, Desa Sitiarjo, Kecamatan Sumbermanjing Wetan, Malang ini berlangsung. Perkara ini diakui Wakil Rektor ITN Malang, Wayan Mundra.

Perbuatan tidak bertanggung jawab yang berlaku ketika kampus menganjurkan Orientasi Kemah Bakti Desa (KBD), 13 Disember lalu turut mengorbankan mahasiswa baru dikenali sebagai Fikri Dolasmantya Surya. 

Kes berkenaan kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa sana. Pada masa sama, ia mencetuskan kontroversi hingga banyak pihak yang menyuarakan bantahan agar kekerasan di pusat pengajian dihapuskan. 

SERIUS : Koleksi Buku 'Password' Untuk Mereka Yang Lupa Kata Laluan (5 Gambar)

Anda boleh cari kata laluan anda dari jutaan pilihan dalam buku di bawah ini. 



Serius : Cara Mantap Untuk #TROLL Seekor Kucing (2 Gambar)

Jadi kucing ini tertipu sepanjang masa. Memang kesian.



WTF : Ayam Belanda Panggang Hanya Menggunakan Kereta Lamborghini (5 Gambar)

Tak pasti apa rasanya dan tak mungkin dapat buat sebab mana ada duit nak beli kereta mewah. Jadi kita lihat saja ye apa rupa ayam belanda yang dipanggang ini. 


WTF : Cara Praktikal Pendidikan Sex Diajar Oleh Pensyarah Di Kanada (5 Gambar NSFW)

Memang sangat praktikal dan rasanya apa perasaan mahasiswa/i yang berada dalam kelas.