Sunday 29 December 2013

Tanpa Johan As’ari, Lana Nordin Tetap Teruskan Hasrat Berubah

Lana Nordin ialah seorang wanita yang mempunyai pendirian yang tersendiri. Ternyata, Lana bukan mahu berubah kerana Johan, tetapi kerana kemahuannya sendiri. Tahniah Lana!!!


Berkata kepada Mstar Online, Lana menerangkan yang hasrat ingin berubah sudah pun tersemai di hatinya sebelum bertemu Johan. Kata Lana:-

Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty. Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik

Saya Tidak Meletakkan Sebarang Taraf Ketika Berkawan Dengan Lana – Johan As’ari

Bila baca kenyataan yang dibuat olehnya, memang macam tak masuk akal. Bila membaca kata-kata Johan menerusi Kosmo, nampak macam orang berilmu. Namun, walaupun jodoh itu memang sudah ditetapkan, sedikit sebanyak usaha yang kita lakukan menentukan siapakah jodoh kita.



Kata Johan:-

Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu.

Dalam perjalanan yang masih jauh, sudah tentu saya akan bertembung dengan perkara-perkara sebegini. Ia seperti menjadi pengajaran kepada saya dalam menempuhi masa akan datang. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah, sudah tentu saya tidak dapat lari daripada takdir ini

Yang tambah memeningkan Abang Nara apabila Johan memaklumkan dia hanya menganggap Lana sebagai kawan biasa. Terang Johan:-

Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja. Apa yang saya boleh katakan juga, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya.

Ramai yang beranggapan bahawa Johan selama ini sengaja mencari publisiti murahan dengan mengumumkan percintaan, kemudian putus. Perkara ini sudah terjadi beberapa kali. Johan menafikan perkara ini. Katanya:-

Percayalah, walaupun saya memerlukan publisiti, saya tidak bermaksud mempergunakan hubungan cinta saya untuk tujuan dikenali orang ramai. Insya-Allah selepas ini, saya tidak akan terburu-buru dalam mencari jodoh. Namun, kita masih tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Sebagai manusia, kita hanya merancang tetapi Allah sahaja yang layak untuk menentukan

Yusry & Lisa Surihani Di London (10 GAMBAR)

Serius comel sangat Lisa Surihani pakai topi penutup kepala kerana ingin menahan kesejukan yang sedang melanda kota London. Cute sangat-sangat. 



Soo Wincci Antara 100 Wanita Paling Cantik Di Dunia

Soo Wincci di dalam senarai 100 wanita paling cantik di dunia yang dikeluarkan oleh www.independentcritics.com. Berada di kedudukan 91, ia adalah satu pencapaian mengkagumkan buat Soo Wincci yang tersenarai buat pertama kali.


Senarai yang dikeluarkan setiap tahun ini pastinya akan menambah populariti Soo Wincci di mata dunia. Pengenalan yang ditulis untuk Soo Wincci ialah:-

Making her debut is a Malaysian television personality, singer and former beauty queen. She was Miss World Malaysia and represented her country in the Miss World beauty pageant.


Kami Tak Halang Johan & Lana Bercinta – Kakak Johan As’ari

Menurut si Johan, perpisahannya dengan Lana Nordin adalah kerana tidak mendapat restu keluarga. Namun hari ini menerusi Berita Harian, kakak Johan iaitu Farah Alya As’ari memaklumkan yang keluarga mereka tidak menghalang percintaan adiknya dan Lana. Sebaliknya mereka menasihati Johan agar mengenali hati budi Lana terlebih dahulu sebelum berkahwin.


Kata kakak Johan:-

Kami tidak menghalang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan.

Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak bercakap mengenai Lana.

Emma Maembong Rugi RM5,000 Jadi Mangsa Penyeluk Saku

Terjadi kepada Emma Maembong ketika membelek-belek pakaian di sebuah kedai di Lot 10. Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam. Bahu Emma Maembong telah dilanggar oleh seorang lelaki yang kemudiannya terus meluru keluar. Cerita Emma Maembong:-


Saya tidak dapat mengecamnya kerana kejadian berlaku begitu pantas. Tidak lama kemudian saya dapati beg duit dan telefon bimbit jenis iPhone yang disimpan di dalam poket baju lesap.

Di dalam beg itu mengandungi wang RM2,000, kad kredit dan MyKad saya. Selepas kejadian ini, saya akan lebih erhati-hati.



Siti Nurhaliza, Datuk K & Keluarga Bercuti Di Phuket (9 GAMBAR)

Seronoknya melihat kemesraan dan keromantikan pasangan suami isteri, Siti Nurhaliza dan Datuk K. Walaupun sudah lama berkahwin, masih nampak seperti pengantin baru. Inilah yang kita mahukan. Sememangnya bercuti bersama keluarga akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.


Percutian Datuk Siti ke Phuket ini turut ditemani oleh anak-anak tirinya. 




Tiada Adegan Berpeluk, Antara Syarat Bakal Suami Izara Aishah

Bagus betul kekasih hati merangkap bakal suami Izara Aishah ini. Syarat-syarat yang ditetapkan olehnya sebelum Izara menjadi isterinya memang wajar. Iyerlah, hati suami mana yang tak panas sekiranya isteri tercinta dipeluk oleh lelaki lain. Memang terbakar jiwa raga.


Oleh kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh kekasihnya, Izara Aishah meminta tempoh selama tujuh tahun untuk aktif berlakon sebelum memutuskan untuk berumah tangga. Kata Izara kepada Mstar Online:-

Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti. Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang daripada kerja.

Kalau diikutkan, dia mahu berkahwin tiga tahun lagi, tetapi tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini. Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan Allah, kami hanya mampu merancang sahaja

Linda Onn Sah Isteri Kepada Ungku Azhar (TAHNIAH)

Jutaan tahniah diucapkan kepada deejay popular, Linda Onn yang telah pun selamat bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Untuk makluman, Linda berusia 36 tahun sementara suaminya sekitar 40-an. Majlis pernikahan telah diadakan Setiahills, Bukit Indah, Ampang, kediaman Linda Onn selepas Asar.



Fitnah Khalwat Dengan VVIP Tidak Masuk Akal – Neelofa

Neelofa dikatakan ditangkap khalwat bersama seorang VVIP malam kelmarin. khabar angin seperti ini boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Neelofa selaku seorang artis popular. Tambah pelik khabar angin ini disebarkan sebelum terbangnya Neelofa ke Amerika Syarikat untuk menyambung pelajaran.


Menerusi Kosmo hari ini, Neelofa menerangkan yang dia tidak tahu menahu mengenai perkara ini sehingga ia tersebar. Kata Neelofa:-

Sekiranya perkara tersebut benar, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes yang didakwa itu. Kalau benar ia berlaku, dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan surat Jabatan Agama Islam serta saksi-saksi. Saya harap orang yang berkenaan bertanggungjawab ke atas fitnah yang disebarkan.

Tuan Guru Nik Aziz Meriahkan Majlis Resepsi Fizo Omar & Mawar

Meriah sungguh majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang telah dilangsungkan semalam di Selingsing, Pasir Puteh. 10 ekor lembu telah ditumbangkan untuk menjamu para tetamu yang hadir. Namun yang pastinya, kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz telah memeriahkan lagi majlis ini.