Tuesday 21 January 2014

Live Update: HEBAT SANGAT KER BAGAN DATOK SAMPAI MASUK MAHKAMAH? @Zahid_Hamidi @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Mahkamah Pilihan Raya esok akan mendengar bantahan awal (PO) dengan Bagan Datok Ahli Parlimen YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap dua petisyen pilihan raya yang melibatkan kawasan pilihan raya itu. 

Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas MENOLAK bantahan yang dibangkitkan oleh pempetisyen Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman terhadap PO responden. 

Beliau memutuskan bahawa PO responden tidak diputuskan oleh mahkamah Persekutuan, oleh itu dia akan mendengar mereka esok (hari ini). 

Pada 23 Dis 2013, Mahkamah Persekutuan terbalik keputusan mahkamah pilihan raya ini yang menolak petisyen. 

Antara PO untuk didengar oleh mahkamah pilihan raya itu bahawa petisyen pilihan raya tidak membuat kesimpulan sebanyak 10 Dis 2013, iaitu selepas had enam bulan berkanun untuk memuktamadkan perkara itu telah tamat. 

Menurut garis responden penyerahan, ini yang diberikan mahkamah pilihan raya tidak lagi mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk mendengar perkara itu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. 

Madhi Hasan, yang merupakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) calon bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, dan pengundi Azmi Sulaiman, memfailkan petisyen atas alasan Ahmad Zahid didakwa dilakukan amalan rasuah dan tidak sah. 

Antara dakwaan itu daripada membeli undi dan perbelanjaan di atas RM200 ribu had yang dibenarkan dalam kempen pilihan raya parlimen. 

Dalam 5 Mei pemilihan, Ahmad Zahid, yang kini Menteri Dalam Negeri, menang dengan Madhi dalam majoriti 2,108 undi, memperoleh 17,176 undi....Madhi pula 15,068 undi. Peguam Edmund Bon dan Chong Kok Yew bertindak untuk Madhi dan Azmi masing-masing manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein.


GR kata: Manusia baik sentiasa dipelihara Allah S.W.T

Sent from Samsung Galaxy Note

KES LAHAD DATU, @tianchua SEBENARNYA KALAH DAN MALU DIRI SENDIRI! @NajibRazak

Isu pencerobohan Lahad Datu adalah merupakan sejarah hitam di negara kita. Tumpahan darah pejuang negara berjuang mempertahankan negara harus dikenang sampai bila-bila.

Semalam GR berkesempatan jumpa minum teh dengan lawyer yang mewakili UMNO dalam kes ini yang juga kawan GR. Dalam tengah borak-borak kosong GR pun bertanyakan pasal kes Tian Chua nie.

Beliau menyatakan Tian Chua sendiri yang berjumpa beliau menyatakan kenyataan beliau salah dan mengaku kesalahan beliau. Betul Tian Chua tak mahu mohon maaf tapi beliau KESAL...bukan ker maksudnya sama, betul tak YB??

Pertama: Tian Chua membuat kenyataan kesal sudah jelas menampakkan beliau sudah merasa tidak ada peluang untuk menang isu ini. 

Kedua: Perkataan KESAL dan mohon maaf membawa makna tidak jauh beza dan meminta maaf sama sekali tidak akan dilakukan oleh mana-mana ahli politik Pembangkang yang sombong walau sekalipun.

Sebagai contoh seorang anak yang buat kesalahan besar pada ibu bapanya menyatakan "Saya kesal dan tak akan ulangi perbuatan tu lagi"...Adakah seorang bapa tersebut terima luahan kekesalan anakny....dan rasanya si bapa terima tak? Fikir lah sendiri yer.

Ketiga: Tian Chua masih ada kes lain berkaitan Lahad Datu dan kenyataan beliau menyatakan perasaan kesal ini boleh membantu pendakwaan tersebut barangkali.

Keempat: Dalam isu mahkamah SUK UMNO Dato' Raof yang bertanggungjawab dan menjadi penama rasmi dan keputusan menerima tawaran Tian Chua sudah dirujuk pemimpin atasan oleh beliau sebelum dijalankan oleh peguam bagi pihak UMNO.

Harus kita ingat parti politik dari mana-mana pihak tak boleh untuk membuat tindakan saman mahkamah...itu termaktub dalam undang-undang. Jadi orang-orang UMNO boleh teruskan saman pada Tian Chua demi pertahankan nasib pejuang negara yang berjuang.

Selepas memgetahui cerita sebenar dari kawan lawyer ini barulah GR tahu cerita yang sebenar. Mungkin sebelum kita baca dari semua sumber dan maklumat yang diterima tak 100% tepat.

Dari segi saman fitnah Tian Chua jika kalah hanya perlu membayar sejumlah wang bukan boleh dipenjarakan. Kecuali kes jenayah baru dia boleh dipenjarakan. Tapi dalam kes ini Tian Chua mengaku kesalahan beliau sendiri.

Walaupun digugurkan selepas kenyataan kesal dibuat dan artikel ditarik kembali ia tidak bermakna ribuan laporan Polis yang dibuat sia-sia sahaja kerana ia masih dapat menjadi bukti kemarahan ahli UMNO terhadap kenyataan ahli politik tersebut yang mungkin menjadi punca beliau menarik balik kenyataannya.

Paling jelas Keadilan Daily juga telah setuju menarik balik artikel mengaitkan UMNO dengan kes Lahad Datu sekaligus meranapkan imej mereka sebagai organ rasmi parti pembangkang yang sudah beberapa kali menyiar laporan fitnah dan tidak berasas. Ia akan menjadi rujukan dalam apa sahaja isu untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai organisasi rasmi Pembangkang yang langsung tidak boleh dipercayai.

Kadang kala apabila melihat peguam penasihat undang-undang UMNO yang telah beberapa kali PRU membantu UMNO dalam petisyen dihentam  sebegitu rupa, GR terfikir adakah ada 'duri dalam daging' antara kita hingga dilihat penyokong UMNO melakukan perkara yang mengguris hati banyak pihak?

Menghina sesama kita tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menimbulkan lebih banyak masalah.

Kaedah menegur juga perlu dijaga dan sebagai Melayu Islam sudah tentu kita diajar cara kias dan sindiran untuk menyampaikan mesej agar tidak mencederakan perasaan insan sesama agama yang lain.

Kita perlu ingat, saman fitnah dalam undang-undang jika pihak yang menabur fitnah mengaku kesalahannya....apa lagi yang perlu kita buat? Bertindaklah guna akal fikiran yang Allah S.W.T anugerahkan pada kita. Janganlah kita ikut perangai dan rentak puak pakatan haprak yang mahu menjatuhkan Melayu dan Islam di negara kita.


GR kata: Jangan jadi bodoh macam Tian Chua.


Sent from Samsung Galaxy Note

COOL : PERTANDINGAN LANSKAP AKUARIUM DUNIA (20 GAMBAR)

Seni lanskap bukanlah sesuatu yang asing kepada kita. Beberapa universiti di Malaysia menawarkan ijazah dalam seni lanskap. Tapi tahukah anda ada sesuatu yang dipanggil Aquascaping. Ia merupakan seni mereka lanskap habitat ikan di dalam akuarium? Pertandingan Lanskap Akuatik Sedunia sudah diadakan sejak 2010 dan hasil kerja yang dilakukan amat menakjubkan. Lanskap yang dibina di dalam akuarium ini rata-rata lebih cantik dari kebanyakkan taman rumah di Malaysia. Talent!


Laporan asal Igorvarnic

COOL - KEMPEN KESELAMATAN PEJALAN LALU LINTAS DI NEW YORK (9 GAMBAR)

Di New York kejadian langgar lari yang melibatkan mangsa berusia semakin meningkat. Dalam 6 bulan terakhir tahun lalu 9 orang pejalan kaki berusia lebih 70 tahun meninggal dunia akibat dilanggar. Bagi melobi meningkatkan keselamatan jalan raya di New York, NGO Right of Way meletakkan stensil outline mangsa kemalangan di tempat berlakunya 9 kemalangan maut yang kami sebutkan tadi. Turut distensil ialah nama mangsa dan tarikh kejadian. Maybe di Malaysia boleh lakukan benda yang sama pada lokasi kejadian ragut yang membawa maut. Jadikan tempat kematian public art. 



Laporan asal Flickr

COOL - CAMPING DENGAN GLAMER PENUH KEMEWAHAN (18 GAMBAR)

Kalau bercamping biasanya kita mempunyai kemudahan yang minima. Tidur atas lantai dan tandas kena korek dengan cangkul. Mandi dalam sungai atau air terjun. Di Amerika Syarikat ada resort terbaru yang cuba memperkenalkan konsep GLAMPING. Glamping ialah camping dengan penuh kemewahan. Anda mungkin tidur di dalam khemah tetapi khemah ni dilengkapi kemewahan seumpama hotel. Paws Up Resort ialah resort di Montana seluas 37 000 ekar. Ia menawarkan khemas mewah pada kada USD 540 (RM 1790) semalam untuk seorang. Anda akan menerima khidmat butler persendirian disamping makanan yang dimasak di depan bilik anda. Glamourous shit. 


Laporan asal Paws UP

INDO - BECA BERMOTOR YANG SUDAH PUPUS (15 GAMBAR)

Melaka terkenal dengan beca dan Pulau Pinang suatu ketika dahulu terkenal dengan tram elektrik. Di Jakarta pernah 40 tahun yang lalu terkenal dengan Helicak. Helicak ialah beca bermotor yang mendapat nama dari gabungan helikopter dan becak (beca). Ia diperkenalkan pada tahun 1971 sebagai jawapan kepada masalah pengangkutan awam yang kurang memuaskan ibu kota Indonesia. Sebanyak 800 skuter Tri Lambretta keluaran khas dari Itali dibawa masuk. Pada awalnya Tri Lambretta ini mempunyai ruang penumpang yang terbuka. Kemudian bagi memastikan penumpang tidak terdedah kepada debu dan hujan kokpit yang diperbuat daripada gentian kaca digunakan. 


Dari jauh ia kelihatan seperti helikopter Hughes OH6 Cayuse dan nama Helicakpun tercipta. Selepas diperkenalkan ia gagal memehuhi keperluan pengangkutan awam Jakarta. Ianya kecil, tidak cukup berkuasa dan hanya mampu membawa penumpang yang sedikit. Lama kelamaan Helicak yang digunakan semakin kekurangan kerana semakin usang. Helicak kini sudah pupus. 
Laporan asal Facebook Helicak

WTF - PEMANDANGAN DI DALAM SEBUAH PAWAGAN DEWASA YANG MENJIJIKKAN (13 GAMBAR)

Sebelum kehadiran pita video VHS dan internet satu-satunya cara menonton filem dewasa ialah dengan pergi menonton di panggung wayar dewasa. Sejak kemunculan dua medium yang kami sebutkan tadi panggung wayang dewasa semakin pupus. Yang masih beroperasipun hidup seakan-akan zakar keras inzal tak mahu kerana terlalu usang. Di bawah ialah gambar di dalam panggung wayang dewasa terakhir di Vancouver bernama Fox Theatre. Ianya ditutup dan kini dalam proses diubah suai. Gambar di bawa menunjukkan betapa sadis, jijik, wtf dan AIDS infectednya panggung wayang dewasa. 


Laporan asal WhatSuppMan

COOL - TEMPAT MELETAK KERETA BERTINGKAT BAWAH TANAH (16 GAMBAR)

Bandar-banda di Itali majoritinya sudah wujud sejak ribuan tahun. Ketika diasaskan orang ramai masih berjalan kaki dan kenderaan adalah kemewahan yang hanya mampu dimiliki golongan bangsawan. Kini di kurun ke 21, bandar-bandar yang wujud sejak zaman Rom tidak mempunyai ruang untuk menampung kenderaan yang dimiliki penduduk. Jawapan kepada masalah ini ialah TreviPark. Ia adalah sistem meletak kereta bawah tanah bertingkat yang dilengkapi lif. Setiap sistem TreviPark mampu memuatkan diantar 72 hingga 108 buah kereta. Lubang yang digali mempunyai keluasan yang kecil dan boleh diletakkan di bawah taman-taman yang ada di setiap kota di Itali. Paling bagus kenderaan yang disimpan tidak menyemakkan mata. Mungkin sistem ini boleh diguna pakai di sekitar kondo di Malaysia. 


Laporan asal TreviPark