Saturday 1 February 2014

HOT - CORRINE BISHOP : ANAK PEREMPUAN JAMIE FOXX (10 GAMBAR)

Anak pelakon Jamie Foxx amat hot. Corrine Bishop ialah salah seorang dari 2 orang anak perempuan Jamie dan sehingga kini beliau enggan memberitahu siapa ibu mereka. Mungkin kerana ibu Corrine seorang wanita berkulit putih.


COOL - F 35A LIGHTNING II : PESWAT TEMPUR BAKAL DIMILIKI SINGAPURA (17 GAMBAR)

Tentera Udara Republik Singapura ialah yang paling bad ass di Asia Tenggara. Mereka mempunyai puluhan pesawat tempur F 15 SG dan F -16. Sungguhpun sudah cukup berkuasa untuk mentapau tentera udara milik jiran mereka and make them their anjing betina, Singapura akan menerima pesawat canggihF-35A Lightning II pada tahun 2015. 

How cool is the F-35A? Ianya tidak mudah dikesan dengan radar. Ianya pesawat tempur generasi ke-5. Tidak ada tentera udara negara Asia Tenggara mempunyai pesawat tempur generasi ke-5. Ianya sangat canggih dan dijual pada harga USD 150 Juta (RM 501 Juta) sebuah. Pesawat ini akan menggantikan armada F-16 yang sudah lama. 

Untunglah Singapura. Negara kaya. Boleh beli the best weapon money can buy.

Laporan asal Wikipedia

COOL - AYANA RESORT AND SPA BALI : SPA SELESA, SEKSI DAN STYLO (18 GAMBAR)

Bali memang cantik dan lebih murah dari pergi melancong ke Langkawi. True story bro dan layanan yang diberikan serta kualiti jauh lebih baik dari resort di Malaysia. 


Laporan asal Ayana

SADIS - MISERABLE MEN : INSTAGRAM KESENGSARAAN BALAK/SUAMI SHOPPING DENGAN AWEK/BINI (18 GAMBAR)

Mari lihat koleksi lelaki yang kebosanan dan sengsara ketika menanti yang tersayang mereka membeli belah. Kalau nak tengok lagi sila ikuti akaun Instagram Miserable Men


Laporan asal Miserable Men

KOMIK - PERSAMAAN DIANTARA KESEMUA KUMPULAN - KUMPULAN RASIS SELURUH DUNIA

Semuanya sama. Putih, hitam, kuning atau coklat semua kumpulan yang mengaku sebagai panglima penyelamat maruah bangsa dan agama ini ada persamaan yang ketara.


COOL - KECANTIKAN DALAM KEKALUTAN DI UKRAINE (17 GAMBAR)

Rusuhan di Ukraine sudah berlarutan sejak November berpunca dariPresiden Viktor Yanukovych yang menolak bantuan dari Kesatuan Eropah dan memilih untuk mendapatkan bantuan Russia. Pada pendapat rakyat marhaen Viktor Yanukovych memilih untuk bersekongkol dengan Russia yang hanya mementingkan golongan elit. Mereka mahu Ukraine untuk memasuki EU bagi memudahkan pergerakan buruh dan barangan. Rusuhan berlaku apabila kerajaan Ukraine cuba menghalau perusuh yang berkhemah di Maidan Nezalezhnosti (Dataran Kemerdekaan). Rusuhan anti kerajaan kini merebak ke beberapa banda utama Ukraine. Mari lihat beberapa gambar yang sangat artistik yang diambil ketika perusuh dan polis bertempur. 


Laporan asal The Brigade

LOL - SATU-SATUNYA SEBAB MENGAPA MANCHESTER UNITED HARUS MENANG ESOK

Khas buat kepada cheap people who likes barangan percuma kerana Barang Naik... dapat barang percuma siapa nak tolak rezeki?


COOL - BANGUNAN AKTIVITI PELAJAR UNIVERSITI BANGKOK YANG MENGUJAKAN (12 GAMBAR)

Why Thailand? Why?.... why do you make Malaysian univerities sucks not only academically tetapi secara astetik juga. DEMYUH! Hari ini mari lihat bangunan untuk aktiviti korikular tambahan universti ini yang baru sahaja dibuka. Pada asalnya bangunan ini adalah asrama pelajar. Tetapi ianya rosak teruk selepas banjir besar Thailand pada tahun 2011, bangunan ini diubahsuai menjadi bangunan aktiviti pelajar. Nice gile


Laporan asal ArchDaily

SERIUS - SAMPAH DI DALAM KERETAPI DI CHINA KETIKA TAHUN BARU CINA (9 GAMBAR)

Di China perjalanan pulang ke kampung halaman mengambil masa puluhan jam. Kalau naik bas ada yang memakan masa 3 hari untuk tiba di kampung. Di atas ialah gambar di dalam gerabak keretapi selepas perjalanan selama 30 jam. Gila tinggi longgokan sampah! Nasib baik di Malaysia balik kampung tak lama sangat perjalanan. 


Laporan asal Shanghaiist

COOL - KEPALA TALI PINGGANG PALING TEENAGE MUTANT NINJA TURTLE (5 GAMBAR)

One of a kind kepala tali pinggang berbentuk Krang dari TMNT. Do want! Ianya dihasilkan oleh Christopher Genovese dijual pada harga USD 217 (RM 724). Cepat beli!



Laporan asal Etsy

SERIUS COOL - PEJABAT COCA COLA DI COLUMBIA (10 GAMBAR)

Pada zaman dahulu Coca Cola mempunyai cocaine sebagai salah satu ramuan rahasianya. Kemudian coca dibuang tetapi kepopularannya masih kekal dan ramai yang ketagihan Coke macam ketagihan cocaine. I know coz I am a recovering addict. Ini ialah ibu pejabat Coca Cola di Colombia. Interestingly Colombia masih negara pengeluar kokaina no 1 dunia sungguhpun Juan Pablo Escobar sudah lama mati. Kartel kokaina Colombia mengeksport dadah ke serata dunia tetapi Amerika Syarikat masih kekal menjadi negara "pengimport" kokaina no 1 dunia. Interesting useless fact of the day. 


Laporan asal Office Snapshots

SERIUS - CHANGBAI SHAN, SANYA &YUEYANG : 3 KAPAL CHINA YANG MENCEROBOH PERAIRAN NEGARA MINGGU LALU (22 GAMBAR)

negara gembar apabila James Shoal yang terletak 80 kilometer di dalam perairan Sarawak diceroboh oleh 3 buah kapal dari tentera laut China. Hak milik kawasan perairan James Shoal ini juga dutuntut oleh China sungguh terletak ribuah kilometer dari tanah besar China. April lalu Malaysia membantah tindakan tentera China yang meletakkan plak besi di atas permukaan batu James Shoal sebagai tanda menuntut hak negara mereka. 


Sejak kebelakangan ini tentera China semakin agresif menuntun kepulauan kecil di dalam Laut China Selatan. Reason for their claim? Laut CHINA Selatan mendapat namanya kerana suatu ketika dahulu laut ini adalah kepunyaan empayar China dan majoriti ketulan batu dan pulau di dalam lautan ini ditemui oleh Laksamana Cheng Ho. Ini memberikan mereka hak tuntutan terhadap kesemua pulau yang ada walaupun Malaysia, Taiwan, Filipina dan Vietnam terletak lebih dekat dengan batuan/pulau ini dari China.

China menghantar kapal pengangkut kenderaan amfibia Changbai Shan (989) dan dua kapal frigate Sanya (574) dan Yueyang (575) untuk menjalankan latihan ketenteraan di sekitar Kepulauan Spratly (Kepulauan Nansha - nama yang diberikan China)dan Paracel (Kepulauan Xinsha) sejak 20 Januari yang lalu. Laporan media mengatakan China menghantar dua kapal Destroyer tetapi ini adalah tidak tepat kerana Sanya dan Yueyang adalah frigate. Pada 22 Januari yang lalu pula sebuah latihan pendaratan tentera marin dilakukan ke atas Kepulauan Paracel dilakukan oleh China menggunakan helikopter, hovercraft (Type 726 Yuyi) dan bot kecil. 

Kapal pengangkut amfibia Changbai Shan ialah kapal sepanjang 206 meter seberat 20 000 tan. Ia mampu membawa 500-800 tentera marin, 4 buah hovercraft, 20 kereta perisai dan 4 buah helikopter Z8 Super Frelon. Changbai Shan ialah kapal pengangkut amfibia kelas Yuzhou terbaru China dan memasuki perkhidmatan pada tahun 2012. Ianya kapal ketiga dari 6 buah yang akan digunakan tentera laut China.

Kapal Sanya dan Yueyang pula ialah frigate kelas Jiangkai II. Sebanyak 20 frigate ini akan digunakan oleh China. Sanya dan Yueyang adalah 2 kapal terbaru kelas ini. Sanya mula beroperasi Mac 2012 manakala Yueyang pada Disember yang lalu. Kedua-dua kapal mempunyai sistem misil anti kapal dan pelancar roket anti kapal selam.

Ketiga-tiga kapal yang menceroboh perairan negara ini adalah yang terbaru milik China dan dihantar untuk meguji sistem senjata dan kemampuan anak kapalnya. 

Gambar di bawah ialag gambar rasmi yang diambil ketika latihan dijalankan oleh ketiga-tiga kapal di atas minggu lalu. 

Laporan asal English.People

SADIS - WAJAH ERWINA SULISTYANINGSIH PEMBANTU RUMAH INDONESIA YANG DIDERA DENGAN SADIS DI HONG KONG (11 GAMBAR)

Erwina Sulistyaningsih (23) ialah seorang pembantu rumah yang bekerja di Hong Kong,. Beliau didera majikan beliau Lo Wan Tung . Erwina ditemui di lapangan terbang denga kesan luka dan lecur yang teruk di seluruh badan beliau. Menurut Erwina Lo Wan Tung mendera beliau dan kemudian menghantar beliau ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia. Lo Wan Tung mengugut Erwina supaya tidak melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa. Erwina kini kembali di Indonesia untuk menrima rawatan. Majikan beliau pula berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri ke Thailand. 


Apa yang berlaku kepada beliau menimbulkan kemarahan komuniti pekerja asing Asia Tenggara yang dikatakan berjumlah 300 000 di Hong Kong. Majoritinya berasal dari Filipina dan Indonesia. Mereka mahu undang-udang diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku dan mahu majikan membenarkan orang gaji mengambil hari cuti pada hujung minggu. Kasihan Erwina. Ini mengingatkan kami kepada kes Nirmala Bonat yang berlau di negara kita. Sungguh sadis!

Laporan asal Detik News

SERIUS - UPDATE FACEBOOK PALING BEST TENTANG KEMELUT DI KAJANG SEKARANG

Ini...... ini.......... ini..... Kalau boleh like bagi 10000 likes, Kalau boleh double tap aku double tap 3000000 kali. Kalau boleh anonymous comment dah anon komen over 9000000. True habis!

SEXY - ANN "ATHENA" OSMAN : DEWI PERANG MMA PERTAMA MALAYSIA (11 GAMBAR)

Nur Ain Osman a.k.a Ann "Athena" Osman (27) ialah dewi perangMMA pertama Malaysia. Beliau adalah wanita pertama negara di dalam sukan lasak ini. Gadis Dusun yang berasal dari Sabah ini can kick your ass. Tahun lalu beliau kalah kepada peserta Singapura Sherilyn Lim. March hadapan di Stadium Negara beliau akan cuba menebus kekalahan beliau dalam perlawanan grudge menentang Lim. Mari beri sokongan kepada wakil negara kita yang bad ass ini. Bulih bah kalau kau!


Laporan asal Ann Osman Facebook

COOL - TANGGA RAJA ARAGON : TANGGA YANG MENGGAYATKAN DI PERANCIS (13 GAMBAR)

L'Escalier du Roi d'Aragon ialah tangga zaman pertengahan yang menggayatkan. Ianya terletak di Corsia Perancis dan dibina sekitar1420. Menurut legenda yang poyo aksar raja Aragon yang menyerang kota ini memahat tangga ini dalam masa satu malam. Tangga dipahat secara rahsia sebagai jalan pintas untuk menyerang kota dari arah laut. Realiti sebenarnya tangga ini dibina oleh Paderi Franciscan yang menggunakannya sebagai jalan mudah untuk turun ke paras laut bagi memunggah barang dari kapal. Tangga Raja Aragon mempunyai 187 anak tangga dengan kecuraman 45 darjah. Ianya tarikan pelancong yang wajib dilawati sekiranya anda ke Corsica. 


Laporan asal Wikipedia