Saturday 1 February 2014

SADIS - WAJAH ERWINA SULISTYANINGSIH PEMBANTU RUMAH INDONESIA YANG DIDERA DENGAN SADIS DI HONG KONG (11 GAMBAR)

Erwina Sulistyaningsih (23) ialah seorang pembantu rumah yang bekerja di Hong Kong,. Beliau didera majikan beliau Lo Wan Tung . Erwina ditemui di lapangan terbang denga kesan luka dan lecur yang teruk di seluruh badan beliau. Menurut Erwina Lo Wan Tung mendera beliau dan kemudian menghantar beliau ke lapangan terbang untuk pulang ke Indonesia. Lo Wan Tung mengugut Erwina supaya tidak melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa. Erwina kini kembali di Indonesia untuk menrima rawatan. Majikan beliau pula berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri ke Thailand. 


Apa yang berlaku kepada beliau menimbulkan kemarahan komuniti pekerja asing Asia Tenggara yang dikatakan berjumlah 300 000 di Hong Kong. Majoritinya berasal dari Filipina dan Indonesia. Mereka mahu undang-udang diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku dan mahu majikan membenarkan orang gaji mengambil hari cuti pada hujung minggu. Kasihan Erwina. Ini mengingatkan kami kepada kes Nirmala Bonat yang berlau di negara kita. Sungguh sadis!

Laporan asal Detik News

No comments:

Post a Comment