Saturday 8 February 2014

SERIUS : 5 JENIS ORANG YANG PERLU KAMU JAUHI DI PEJABAT

Perlu ingat bahawa kita bekerja bukan setakat sebulan dua tapi kalau kena gayanya, betul caranya mestilah nak bertahan lama. Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana tempat kerja dan paling penting rakan sekerja yang baik, yang tidak banyak kerenah, barulah kerja berjalan dengan baik. Tapi tidak semuanya baik, masalah rakan sekerja yang punya pelbagai ragam juga boleh menyebabkan kerja kita jadi terbantut. Oleh, itu, kamu perlu ketahui antara jenis orang yang perlu kamu jauhi di pejabat.

Si Busuk Hati

Individu sebegini ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikatakan orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.

Kaki Kipas

Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga.

Peminjam Duit Tak Ganti

Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunyai masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak.

Pemalas & Kuat Ponteng

Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat.

Kaki Gosip

Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya!

INFO : 10 MAKANAN YANG PERLU ANDA AMBIL KETIKA BADAN PANAS, SELESEMA, DEMAM

Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh membantu anda melawan selesema? Kami senaraikan makanan yang perlu anda makan apabila terkena serangan sejuk/selesema.

Bawang Putih

Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ianya mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan. Untuk memastikan anda mendapat manfaat yang sepatutnya cuba makan mentah.

Kunyit

Ia bukan rahsia bahawa kunyit boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ianya benar-benar membantu jika anda menambah kunyit ke dalam makanan anda apabila anda mempunyai selesema. Anda juga boleh menambah kunyit untuk susu panas untuk membantu melegakan selesema.

Halia

Anda boleh menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari untuk mendapatkan jika mengalami sejuk badan.

Madu

Madu mentah mempunyai beberapa polifenol antibakteria dan antivirus yang boleh membantu dalam berjuang dengan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika anda mengalami sakit tekak.

Ikan

Ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan. Anda akan lebih terdedah kepada selesema dan selesema jika anda mempunyai keradangan kronik.

Tiram

Tiram sangat kaya dengan zink, mineral penting yang amat berkesan dalam memerangi selesema biasa.

Anise Seeds

Jika anda mengalami masalah batuk dan kesesakan dada, maka anise seeds boleh membantunya. Ianya mempunyai ciri-ciri antibakteria dan menawarkan bantuan dari batuk dan kesesakan dada dalam saluran pernafasan. Apa yang perlu anda lakukan hanya tambahkan anise seeds dihancurkan bersama-sama dengan bawang putih, gula, dan kayu manis dalam air panas dan lakukannya tiga kali sehari.

Beri Biru

Menurut kajian baru-baru ini, beri biru mempunyai antioksidan yang paling aktif dalam mana-mana buah-buahan segar. Ianya mengandungi tahap antosianin yang merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat. Beri biru membantu dalam meningkatkan imuniti anda dalam menentang sejuk dan selesema.

Sayuran Hijau

Sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan, sayuran seperti arugula dan kale mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Inia akan membantu melawan sejuk dan selesema. - via

SERIUS : 8 TIPS BERMAIN APLIKASI PERMAINAN ‘FLAPPY BIRD’ DI IOS DAN ANDROID

Permainan yang nampak mudah, tetapi menjengkelkan. Aplikasi permainan mudah alih‘Flappy Bird’ kini popular di kalangan pengguna telefon pintar dan ramai yang geram apabila bermainan permainan ini. Cara permainan Flappy Bird amat mudah. Anda bermain sebagai burung eponim yang perlu terbang melalui jurang antara paip hijau seperti paip Super Mario. Anda perlu tap ( ketuk ) skrin telefon pintar anda untuk menerbangkan burung, dan jika anda menyentuh apa-apa atau tidak cukup tap , burung anda mati serta-merta dan anda perlu memulakan permainan dari awal.

Penulis telah cuba bermain permainana ini dan ia agak addictive. Pemain akan sentiasa cuba mendapat skor tertinggi tetapi pada masa yang sama geram kerana permainan ini memang sukar! Jadi apa tips untuk bermain Flappy Bird?

1.Tenang. Untuk bermain permainan ini, anda perlu relaks dan tenang. Game ini memang susah, bukan untuk anda saja, bahkan satu dunia geram semasa bermain permainan ini. Kalau sudah mencapai markah lebih dari 10 itu, anda dah dikira hebat!

2. Perlu ada rentak. Untuk bermain permainan ini, anda perlu anda rentak semasa anda mengetuk ( tap ) skrin telefon anda.

3. Betulkan posisi burung. Ini penting kerana kedudukan jurang antara batang paip adalah berlainan untuk setiap permainan. Jadi letakkan posisi burung anda di tengah-tengah, jangan terlalu tinggi dan juga terlalu rendah.

4. Jangan mengaku kalah. Sudah lumrah bermain Flappy Bird, peratus anda berjaya mendapat skor lebih dari 10 jika anda telah bermain permainan ini lebih dari….20 kali? Atau lebih dari 50 kali cubaan. Cuba dan cuba lagi walaupun anda rasa seperti hendak baling telefon anda ke dinding ataupun menumbuk meja.

5. Berehat. Jika anda gagal mendapat skor yang baik selepas berpuluh kali main, berehat seketika dan tenangkan minda. Seperti tips pertama tadi, anda perlu TENANG.

6. Flappy Bird menawarkan pingat jika anda berjaya mendapat skor 10,20 dan seterusnya.. ( saya tak tahu kalau dapat markah lebih 50 dapat pingat apa sebab berjaya dapat skor kurang dari 20 ). Mungkin anda akan dapat bantuan khas kalau berjaya dapat skor yang lebih tinggi, siapa tahu?

7. Gunakan iPad atau guna gajet yang mempunyai skrin besar, lebih mudah untuk bermain.

8. Game Over. Kalau lebih 100 kali cuba dan gagal, muat turun aplikasi permainan lain sajalah. Sekian. Selamat mencuba!

SERIUS : JURI, SHEIKH HAIKEL DIUGUT BUNUH HANYA KERANA BERI KOMEN PEDAS DI MAHARAJA LAWAK MEGA

Belum reda lagi dengan isu kontroversi Nabil Ahmad dan Luna Maya kini timbul pula hal yang melanda juri tetap program Maharaja Lawak Mega iaitu Sheikh Haikel. Sheikh Haikel yang juga merupakan artis kelahiran Singapura dikatakan menerima ugutan bunuh angkara komen yang tidak disenangi sesetengah peminat fanatik Maharaja Lawak Mega. Akibat daripada menerima ugutan bunuh kini dia terpaksa mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatan diri dan juga keluarga.

Kenyataannya di astrogempak: “Baru-baru ini saya dan isteri telah menerima ugutan bunuh daripada peminat fanatik peserta dari MLM. Lebih mengejutkan, ugutan tersebut turut meilbatkan anak-anak saya. Peminat tersebut mengancam mahu langgar anak-anak saya jika kami sekeluarga berada di Malaysia. Saya amat terkejut juga dengan ancaman tersebut.

“Saya pun tidak berapa pasti komen yang mana saya berikan kepada peserta MLM sehingga mengguris hati individu tersebut sebagai salah seorang peminat fanatik. Secara jujurnya komen yang saya beri berdasarkan apa yang saya lihat dan bukan pedas atau hentam semata-mata,” jelas Sheikh Haikel.

Hai macam-macam hal Maharaja Lawak Mega 2013 ini, hal kontroversi murahan, hal ugutan bunuh, lepas ni apa pula yang berlaku. Harapnya tiada perkara buruk terjadi kepada Sheikh Haikel. Peminat perlulah faham sudah tugas juri memberikan komen kenalah terima seadanya, kalau tak best lawak haruslah ditegur, tak akan nak puji sahaja. Hurmmmm…

[ EDISI HARI KEKASIH ] 10 INSPIRASI HADIAH UNIK BUAT TEMAN LELAKI/SUAMI

1. Kalendar tahunan dengan tarikh aktiviti yang dirancang sepanjang tahun.

2. Balang besar yang dipenuhi dengan 100 sebab mengapa anda cintakan dia.

3. Boxer yang mempunyai corak romantis seperti hati dan juga ciuman.

4. Bawanya makan malam di tempat romantis ataupun berkelah di tepi pantai dan tasik. Jika anda mempunyai bajet lebih,anda boleh ajak dia bercuti atau pergi ke spa.

5. Gajet. Dapatkan gajet terkini kesukaannya ataupun peralatan eletronik seperti headphone Beats By Dre ataupun Beats Dre Pill!

6. Manbag. Lelaki juga memakai bag ke kuliah atau ke tempat kerja. Jadi tak salah belikan kekasih/suami anda beg baru kegemarannya.

7. Kasut lelaki fesyen terkini. Kebanyakkan lelaki suka mengumpul kasut, sama macam wanita mengumpul alat solek dan mekap.

8. Hadiah DIY untuk si dia. Walaupun tidak mahal mana, tetapi pasti dia hargai pemberian anda.

9. Produk kegunaan harian kegemarannya.

10. Tiket menonton sukan kegemarannya.

5 TIPS MELEMBUTKAN HATI ISTERI/TEMAN WANITA MERAJUK

Tak susah pun nak pujuk hati isteri/teman wanita anda yang sedang merajuk. Mari cuba 5 tips di bawah

1. Beri masa dan ruang Wanita lebih beremosi berbanding lelaki. Jadi biarkan kemarahannya reda dahulu. Anda perlu bersabar dan tunggu masa yang sesuai untuk bertanya punca kemarahannya. Tapi dalam masa yang sama jangan biarkan dia berasa terabai dan tidak dipedulikan. Jangan terus mendesak dan bertanya akan punca dia merajuk kerana khuatir anda berdua akan bergaduh besar pula selepas itu.

2. Minta maaf dan mengaku salah Daripada membiarkan perkara seperti ini berlarutan, ada baiknya anda rendahkan saja ego dan minta maaf saja kepada si dia. Kalau perkara tersebut terang-terangan berpunca daripada anda, mengaku saja kesalahan anda. Tapi kalau anda sendiri tak tahu kenapa dia berkelakuan begitu, just make it simple , minta maaf saja kepada dia. Mesti dia akan lembut hati selepas itu. Well, sometimes women is complicated isn’t it?

3. Beri hadiah Walaupun nampak remeh, tapi pemberian hadiah kepada si dia yang sedang merajuk memang antara tips yang paling mujarab. Hadiah-hadiah kecil seperti coklat, bunga atau teddy bear pun dah cukup untuk mengubat rajuknya.

4. Hadiahkan Pujian Benda ringkas seperti memberi pujian juga sebenarnya sudah mampu bikin hati wanita yang sedang panas kembali ‘cair’. Malah cara ini juga tidak memerlukan sebarang modal wang ringgit bukan. Misalnya puji baju yang dipakainya hari itu atau keenakkan masakan si dia. Tapi awas,pastikan pujian anda tidak berbaur sinis ya, nanti disalah anggap sebagai sindiran pula.

5. Teknik reverse psychology Kalau semua teknik pun tak ‘jalan’. Cuba anda pula yang merajuk dengan dia. Cuba jangan hubungi dia dan berlakon yang anda juga ‘tersentap’ dengan anda. Kalau dia benar sayangkan anda, mesti dia mengalah dan akan pergi kepada anda.

[ GOSSIP ] KOMPOSER AJAI BUAT HIDUNG DULU VS SEKARANG?

Melalui laporan Harian Metro, komposer dan penyanyi, Ajai dikatakan melakukan sesuatu pada hidungnya. Hidung Ajai nampak lebih tajam dan mancung walhal sebelum ini tidak seperti itu. Walaubagaimanapun, Ajai menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, dia melakukan pembedahan hidung bukan sebab obses dengan kecantikan tetapi atas dasar kesihatan.

Ajai dikatakan melakukan pembedahan plastik di sebuah hospital swasta baru-baru ini. Ajai ketika ditemui di Harian Metro mengatakan spekulasi tersebut tidak benar kerana pada hakikatnya pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana masalah sinus kronik (resdung) yang dialaminya beberapa bulan lalu.

“Bukan saya buat hidung baru tapi pembedahan itu dilakukan sebab saya memang sakit. Sinus saya bertambah teruk dan menjangkiti bahagian telinga kiri dan batang hidung saya. Bayangkan, akibatnya bahagian batang hidung saya terpaksa dibuang dan digantikan dengan batang palsu. Atas nasihat doktor, kalau saya tak buat, ia akan menjejaskan pendengaran saya,” terang Ajai.

SEBELUM

SELEPAS

CARA UNTUK MINUM LEBIH BANYAK AIR SETIAP HARI

Untuk kesihatan tubuh badan, minum 8 gelas sehari merupakan batasan agar kesimbangan cecair tubuh terjaga. Tidak ramai yang amalkan minum 8 gelas sehari malah ada yang tidak minum air langsung. Bagaimana untuk membuatkan seseorang minum 8 gelas sehari.

Letak botol air dekat dengan anda

Selain menjadi peringatan, ini juga akan memudahkan anda untuk minum air.

Minum segelas penuh air beberapa kali dalam sehari

Sebelum makan, selepas bangun tidur dan saat akan tidur adalah masa yang baik untuk meminum segelas air.

Jadikan air putih pengganti pilihan minuman anda

Anda mungkin lebih gemar minuman manis seperti soda atau minuman ringan lain. Jika keinginan untuk minum minuman kesukaan anda, cuba minum air terlebih dahulu sebelum minum minuman lain.

Beli air dalam bungkusan yang cukup mahal

Anda akan berasa bersalah jika tidak menghabiskan air dalam bungkusan yang mahal, ini boleh menjadi motivasi untuk minum lebih banyak. 

Tambah potongan buah segar atau sayur dalam air

Lemon atau limau nipis paling sering ditambah pada air, cubalah dengan buah atau sayur lain seperti strawberi, tembikai, anggur ataupun daun mint.

[ HARI KEKASIH DI JEPUN ] GADIS JEPUN CAMPUR DARAH HAID, RAMBUT DALAM COKLAT

Benda pelik berlaku di negara matahari terbit, Jepun apabila setiap kali tibanya Hari Kekasih, para gadis di sana terdesak memberikan hadiah kepada lelaki kesukaan mereka. Coklat tersebut diaman honmei choco - coklat luahan perasaan. Apa itu honmei choco? Coklat tersebut dicampurkan darah haid, air ludah atau rambut ke dalam coklat yang dimasak lalu diberikan sebagai hadiah. Biasanya coklat ini dibuat sendiri oleh si gadis dengan penuh cermat dan rasa cinta.

Bagaimanapun kini tersebar cara untuk menjadikan lelaki yang disukai pasti membalas cinta mereka menggunakan coklat yang dihasilkan itu. Perkara kotor tersebut mula dikongsikan di laman portal terkenal Naver Matome ini nyata mendapat perhatian hangat apabila diulang Tweet lebih 15,000 kali selain disebarkan di portal-portal internet. Selepas ini, para lelaki Jepun sewajarnya berfikir dua kali jika menerima coklat daripada gadis Jepun setiap kali tibanya 14 Februari. - sumber

COOL : HARI PERTAMA BEKERJA? INI TIPS MENYESUAIKAN DIRI DI TEMPAT KERJA BARU

Hari pertama di tempat kerja tentunya merupakan hari yang janggal untuk anda. Semuanya masih baru dan anda akan terasing dan tidak selesa. Mungkin tips-tips di bawah dapat membantu anda ketika hari pertama anda bekerja.

1. Dapatkan tidur yang cukup dan teratur seawal 2 minggu

Tidur dan rehat yang cukup adalah amat penting untuk memastikan anda nampak segar dan bertenaga ketika hari pertama anda di pejabat. Ketika menjadi pelajar dulu, anda mungkin sudah terbiasa berjaga malam dan bangun lambat. Jadi anda perlu ubah semula biology clock anda supaya terbiasa dengan waktu bekerja anda. Kalau tidak anda mungkin akan pergi ke pejabat dengan mata yang bengkak akibat tidak dapat tidur pada malam sebelumnya dan itu tentunya bukan impressi yang baik pada hari pertama bekerja.

2. Buat test drive ke tempat kerja terlebih dahulu

Ini untuk mengelakkan anda sesat ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan seterusnya sampai lambat ke pejabat. Walaupun sekarang sudah ada teknologi seperti Google Maps dan Waze , adalah lebih baik anda test drive terlebih dahulu supaya perjalanan anda lebih lancar dan anda dapat menganggar masa perjalanan dari rumah ke pejabat dengan lebih tepat. Pada yang menaiki pengangkutan awam, apakata anda buat research tentang nombor bas, jadual berlepas dan di mana stesyen untuk berhenti.

3. Buat homework

Sediakan diri anda dengan maklumat tentang syarikat anda bekerja. Anda boleh mendapatkan maklumat seperti ini di laman web rasmi syarikat tersebut atau lebih mudah lagi Google sahaja tentang syarikat tersebut. Dengan pengetahuan seperti ini anda tidaklah terpinga-pinga ketika hari pertama nanti. Anda juga boleh membuat sedikit homework tentang skop kerja anda jadi anda sudah dapat menjangka apa yang bakal ditugaskan kepada anda nanti dan tidaklah terlalu ‘terkejut’.

4. Sediakan pakaian yang sesuai

Setiap syarikat mesti ada dress-code nya sendiri. Kebanyakan perkerjaan memerlukan anda untuk berpakaian formal.Namun, etika berpakaian mungkin berbeza mengikut bidang pekerjaan. Jika anda bekerja dalam bidang media misalnya, mungkin anda boleh berpakaian kasual sahaja manakala jika dalam bidang perundangan anda perlu berpakaian hitam putih untuk nampak lebih profesional. Jadi sebelum mula bekerja anda mungkin perlu ke pusat membeli-belah untuk shopping dahulu beberapa pakaian yang sesuai .Jangan terlalu overdressed atau underdressed. Pakaian juga harus sesuai dengan jawatan yang anda sandang. Untuk lebih selamat, mungkin anda boleh hubungi jabatan pengurusan sumber manusia dahulu untuk bertanya tentang perkara ini.

5. Catat perkara penting

Sebagai orang baru, mungkin anda belum biasa dengan tugas-tugas yang diberikan anda tidak mampu untuk ingat semua dalam masa yang singkat. Pada hari pertama juga, anda mungkin sukar untuk mengingati nama-nama rakan sekerja anda. Jadi, untuk membantu anda ingat, catat info-info seperti ini dalam buku nota kecil.

6. Don’t Be Yourself… Yet

Tips ini bukan bermaksud anda perlu jadi hipokrit ya. Tapi jika anda seorang yang terlampau ramah misalnya, anda mungkin akan menakutkan rakan sekerja anda atau lebih teruk lagi jika ada yang akan memandang serong terhadap anda. Anda perlu lebih tenang dan tak salah untuk jadi “budak baik” pada hari pertama anda. Jika kerja yang diberi bos agak banyak, janganlah membebel dan merungut di depan rakan sekerja lain.

7. Jangan segan untuk bertanya

Malu bertanya sesat jalan. Jangan jadi bodoh sombong jika anda tidak tahu atau kurang jelas tentang tugasan yang diberikan kepada anda. Cuba dapatkan maklumat yang perlu semaksimum mungkin dan jika anda tidak diberikan kerja tidak ada salahnya jika anda menawarkan pertolongan kepada bos atau rakan sekerja anda .

SERIUS : 5 SEBAB UNTUK DATE LELAKI TANPA IJAZAH

Disini kami senaraikan 5 sebab kenapa anda perlu berfikir dua kali sebelum menolak untuk date lelaki tanpa ijazah.

1. Ijazah bukan ukuran kepintaran seseorang

Kelayakan akademik bukan ukuran kepintaran seseorang. Jadi tidak ada sebab anda menolak seseorang lelaki hanya kerana dia tidak pernah jejakkan kaki ke universiti. Jangan terkejut jika hakikatnya dia mungkin lebih pintar dari anda yang lulus ijazah kelas pertama. Malah, kehidupan dan pengalaman adalah ‘guru’ terbaik kita yang sebenar bukan sekadar pendidikan formal.

2. Lebih praktikal

Biasanya lelaki yang ‘kurang bijak di atas kertas’ akan mempunyai kemahiran yang lain. Kemahiran yang mereka miliki mungkin lebih jauh bermanfaat berbanding pencapaian cemerlang akademik. Misalnya dia mungkin pakar dalam membaiki kereta, peralatan elektrik atau memasak. Kan lebih mudah hidup anda selepas berkahwin nanti.

3. Prospek lebih baik

Sedia maklum bahawa banyak graduan universiti yang tidak berjaya mendapat pekerjaan. Lebih teruk lagi ada yang menganggur bertahun-tahun walaupun mendapat keputusan yang cemerlang. Tempoh pengajian untuk mendapatkan segulung ijazah mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Lelaki yang tidak menyambung pengajian tetapi bekerja dalam tempoh tersebut tentunya lebih stabil dari segi kewangannya berbanding lepasan ijazah yang baru mencari pekerjaan pertamanya.

4. Jangan jadi judgemental

Tidak ada ijazah tidak bermakna dia bukan calon suami yang baik. Tidak bermakna dia tidak bijak atau bukan seorang lelaki yang baik. Yang paling penting adalah hati budinya dan keserasian dengan anda. Bukankah rugi melepaskan seorang lelaki yang baik hanya kerana dia tidak berpendidikan tinggi.

5. Masih ada masa

Banyak universiti dan pusat pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah separuh masa atau pengajian jarak jauh. Tidak ada perkataan terlewat dalam menuntut ilmu.Jadi kalau dia tidak ada ijazah sekarang, tidak bermakna dia tidak akan menjejakkan kaki ke universiti sampai bila-bila kan.

WTF : SELENA GOMEZ MASUK PUSAT PEMULIHAN KERANA JUSTIN BIEBER

Menjadi kebiasaan selebriti Hollywood daftar masuk ke pusat pemulihan, pendek kata ia cukup sinonim terutama di kalangan artis remaja yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah, alkohol dan pelbagai lagi masalah jiwa yang lain.

Yang terbaru, Selena Gomez secara sukarela mendaftar di sebuah pusat pemulihan di Arizona. Tapi, jangan bimbang, ia bukanlah atas faktor dadah atau alkohol sebaliknya lebih mencari ketenangan. Ramai berpendapat Selena mengalami tekanan kesan daripada perhubungannya dengan bekas kekasih, Justin Bieber dan juga tekanan kerja.

Malah, sebelum ini Selena telah membatalkan beberapa siri konsert yang dijadualkan pada awal tahun kerana terlalu penat. Harapnya, Selena akan bertambah baik lepas ini dan tiada kena mengena dengan Justin Bieber yang dilihat semakin bermasalah dengan isu dadah, alkohol dan pelbagai lagi.

The Meadows Rehabilitation center in Wickenburg, Arizona

Gambar: Dailymail UK

WTF : KANSER PAYU DARA DIKESAN PADA KANAK-KANAK BARU BERUSIA 6 TAHUN

gambar hiasan

Hospital Raja Perempuan Zainab 11 telah mengesan kanser payu dara pada seorang kanak-kanak yang beru berusia 6 tahun. Perunding pakar bedah, Dr Imi Sairi Ab Hadi memberitahu pesakit dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan tersebut disahkan menghidap ketulan berukuran dua sentimeter pada payu daranya Oktober tahun lepas.

“Satu operasi dilakukan untuk membuang ketumbuhan itu dan dia kini diperlukan untuk menerima rawatan setiap bulan. Namun begitu kami percaya ia boleh dirawat kerana ia masih di peringkat pertama dan mungkin disebabkan oleh faktor genetik,” katanya.

Beliau berkata kanser payudara adalah punca utama kematian bagi wanita di Malaysia. Dr Imi Sairi menjelaskan terdapat 2,262 kes kanser di dalam rekod dengan kanser payudara mencatatkan tertinggi dengan 593, diikuti dengan kanser kolon (262), kanser ovari (183) dan kanser lain seperti tiroid, serviks dan leukemia.

Menurut beliau, hampir 50 % daripada pesakit kanser di negeri ini hanya mendapatkan rawatan di hospital selepas penyakit itu telah bertukar kronik, pada peringkat tiga dan empat peringkat. - thestar.com.my

*Kanser payudara jarang berlaku di anak-anak gadis kerana terdapat sedikit tisu di kawasan tersebut dan ia tidak dipengaruhi oleh hormon seks wanita. Risiko ini meningkat pada akil baligh selepas tisu payudara mula berkembang, walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada wanita berumur 30 dan ke atas.

[ PENGALAMAN SENDIRI ] ORANG SINGAPURA TERLALU RAMAI DI JB, PENINGKAN RAKYAT TEMPATAN

Jika anda pergi ke Johor Bahru pasti anda lihat ramai rakyat Singapura yang bertandang ke negeri tersebut. Apa yang menarik di negeri tersebut? Tetapi menurut seorang rakyat Singapura dikenali sebagai Noh yang selalu berkunjung ke Johor Bahru menjelaskan sebab dia datang ke JB adalah kerana tiga sebab makanan sedap, shopping murah dan hiburan yang sangat best.

“Saya suka Johor Bahru disebabkan makanan, hiburan dan servis yang disediakan di sini. Semuanya terbaik berbanding di Singapura,” jelas Noh.

Menurut Noh lagi, ramai orang Singapura turun ke Johor Bahru kerana disini senang untuk tawar-menawar ketika membeli-belah. Malah, penjual juga baik dengan orang Singapura jadi memudahkan mereka. Di sini juga terdapat tempat menjual barangan high-end seperti di Singapura iaitu di City Square Shopping Centre dan Johor Premium Outlet yang kualitinya sama seperti di Singapura.

Selain itu, banyak kereta memasuki Johor Bahru untuk mengisi petrol dan mencuci kereta kerana di sini semuanya murah dan mudah. Malah, penulis sendiri ketika berkunjung ke Johor Bahru, melihat banyak orang Singapura yang datang isi petrol di setiap stesen minyak di sini malah sampai bersusun kereta kadang-kala kita rakyat tempatan juga geram melihat keadaan seperti ini kerana terpaksa tunggu lama. Waktu puncak adalah tengah malam, mereka isi minyak siap-siap sebelum balik ke Singapura semula.

Untuk pengetahuan anda, purata dianggarkan kira-kira 50 000 rakyat Singapura memasuki negara kita, di mana majoriti menghabiskan masa di Johor Bahru untuk menikmati makanan dan hiburan di sini. Angka tersebut lebih tinggi pada hujung minggu dengan rakyat Singapura menggunakan sepenuhnya kedua-dua pintu masuk di negeri ini – pintu masuk Woodlands ke pusat bandar dan Link Kedua di Tuas ke sebelah utara bandar.

On an average day, it is estimated that about 50,000 Singaporeans enter our country, where a majority will spend a great deal of time in Johor Baru to enjoy the value-priced food and entertainment.

The figure is higher on weekends, with Singaporeans making full use of both entry points in the state — the Woodlands entry point to the city centre, and the Second Link in Tuas to the northern side of the city. - via

Boleh dikatakan tempat makan di Johor Bahru kesemuanya sedap belaka, cakap saja di mana anda pergi pasti berbaloi. Terdapat satu tempat makan yang menjadi kesukaan orang Singapura di kawasan gerai makan Tepian Tebrau yang menyediakan makanan laut. Di situ sentiasa penuh dan sesak dengan pelanggan yang rata-rata dari Singapura, walaupun anda tidak tanya mereka dari mana tetapi melalui cara dan pemakaian, anda sudah tahu mereka dari negara seberang sana.

Penulis akui ianya perkara baik jika sesuatu tempat makan itu didatangi pelancong asing tetapi jika terlalu ramai sehingga menyusahkan rakyat tempatan juga masalah. Penuh dengan orang Singapura sehingga tempat letak kereta dan tempat makan tiada, terpaksa tunggu lama untuk dapatkan tempat boleh menyusutkan keadaan. Malah, lagi ribut jika mereka boleh lepak duduk di situ walaupun makanan telah habis dan hanya melihat orang yang menunggu ingin dapatkan giliran tempat duduk dengan pandangan kosong sahaja. Bukan semua tetapi segelintir tidak mempunyai sivic minded. Cuba bayangkan orang yang datang dari negeri lain seperti KL, N.Sembilan, Penang, kiranya datang jauh untuk nikmati makanan terpaksa tunggu lama kerana banyak warga Singapura di situ yang turut datang makan.

Walaupun populariti Johor Bahru dipandang baik oleh sesetengah orang Singapura tetapi masih ada warga Singapura yang melihat bandar tersebut membangun sebagai bandar sempadan, berimej buruk seperti bandar lama.