Saturday 8 February 2014

[ PENGALAMAN SENDIRI ] ORANG SINGAPURA TERLALU RAMAI DI JB, PENINGKAN RAKYAT TEMPATAN



Jika anda pergi ke Johor Bahru pasti anda lihat ramai rakyat Singapura yang bertandang ke negeri tersebut. Apa yang menarik di negeri tersebut? Tetapi menurut seorang rakyat Singapura dikenali sebagai Noh yang selalu berkunjung ke Johor Bahru menjelaskan sebab dia datang ke JB adalah kerana tiga sebab makanan sedap, shopping murah dan hiburan yang sangat best.

“Saya suka Johor Bahru disebabkan makanan, hiburan dan servis yang disediakan di sini. Semuanya terbaik berbanding di Singapura,” jelas Noh.

Menurut Noh lagi, ramai orang Singapura turun ke Johor Bahru kerana disini senang untuk tawar-menawar ketika membeli-belah. Malah, penjual juga baik dengan orang Singapura jadi memudahkan mereka. Di sini juga terdapat tempat menjual barangan high-end seperti di Singapura iaitu di City Square Shopping Centre dan Johor Premium Outlet yang kualitinya sama seperti di Singapura.

Selain itu, banyak kereta memasuki Johor Bahru untuk mengisi petrol dan mencuci kereta kerana di sini semuanya murah dan mudah. Malah, penulis sendiri ketika berkunjung ke Johor Bahru, melihat banyak orang Singapura yang datang isi petrol di setiap stesen minyak di sini malah sampai bersusun kereta kadang-kala kita rakyat tempatan juga geram melihat keadaan seperti ini kerana terpaksa tunggu lama. Waktu puncak adalah tengah malam, mereka isi minyak siap-siap sebelum balik ke Singapura semula.

Untuk pengetahuan anda, purata dianggarkan kira-kira 50 000 rakyat Singapura memasuki negara kita, di mana majoriti menghabiskan masa di Johor Bahru untuk menikmati makanan dan hiburan di sini. Angka tersebut lebih tinggi pada hujung minggu dengan rakyat Singapura menggunakan sepenuhnya kedua-dua pintu masuk di negeri ini – pintu masuk Woodlands ke pusat bandar dan Link Kedua di Tuas ke sebelah utara bandar.

On an average day, it is estimated that about 50,000 Singaporeans enter our country, where a majority will spend a great deal of time in Johor Baru to enjoy the value-priced food and entertainment.

The figure is higher on weekends, with Singaporeans making full use of both entry points in the state — the Woodlands entry point to the city centre, and the Second Link in Tuas to the northern side of the city. - via

Boleh dikatakan tempat makan di Johor Bahru kesemuanya sedap belaka, cakap saja di mana anda pergi pasti berbaloi. Terdapat satu tempat makan yang menjadi kesukaan orang Singapura di kawasan gerai makan Tepian Tebrau yang menyediakan makanan laut. Di situ sentiasa penuh dan sesak dengan pelanggan yang rata-rata dari Singapura, walaupun anda tidak tanya mereka dari mana tetapi melalui cara dan pemakaian, anda sudah tahu mereka dari negara seberang sana.

Penulis akui ianya perkara baik jika sesuatu tempat makan itu didatangi pelancong asing tetapi jika terlalu ramai sehingga menyusahkan rakyat tempatan juga masalah. Penuh dengan orang Singapura sehingga tempat letak kereta dan tempat makan tiada, terpaksa tunggu lama untuk dapatkan tempat boleh menyusutkan keadaan. Malah, lagi ribut jika mereka boleh lepak duduk di situ walaupun makanan telah habis dan hanya melihat orang yang menunggu ingin dapatkan giliran tempat duduk dengan pandangan kosong sahaja. Bukan semua tetapi segelintir tidak mempunyai sivic minded. Cuba bayangkan orang yang datang dari negeri lain seperti KL, N.Sembilan, Penang, kiranya datang jauh untuk nikmati makanan terpaksa tunggu lama kerana banyak warga Singapura di situ yang turut datang makan.

Walaupun populariti Johor Bahru dipandang baik oleh sesetengah orang Singapura tetapi masih ada warga Singapura yang melihat bandar tersebut membangun sebagai bandar sempadan, berimej buruk seperti bandar lama.


No comments:

Post a Comment