Sunday 5 January 2014

PEMBINAAN HARD ROCK CAFE DI PUTRAJAYA BATAL?

Betul ker apa yang GR terima pagi ini dari group whatsapp kawan-kawan di Putrajaya. Pemuda UMNO Putrajaya telah membuat 'kunjungan hormat' pada Presiden Perbadanan Putrajaya untuk memberikan memorandum bantahan pembinaan Hard Rock Cafe di Putrajaya.

Betul ker? Jika benar bagai dikata baguslah. GR tidak setuju 100% kenapa perlu Hard Rock Cafe di Putrajaya. Tak cukup kah yang ada di KL, Penang dan Melaka? Nak tambahlah lagi umat manusia bersosial sampai 'PENING KEPALA' ker?

Paling best tentang isu nie, kejap kata cadangan dari Tan Sri Jojo. Lepas tu bila Presiden Perbadanan Putrajaya nie kena balun katanya takder apa-apa cadangan pun. Lain kali kalau perkara tak confirm lagi jangan cuba nak pusing alam. Cukuplah perangai pakatan haprak yang suka cakap pusing alam...takkan kita pun nak kena ikut jugak kan.

Korang tengok dua statement Presiden Perbadanan Putrajaya di atas. Nilaikan sendiri....harap jangan lepas nie tau-tau terpacak pulak Hard Rock Cafe kat Putrajaya tu yer!!!

GR kata: Tahniah pada semua pihak yang membantah.

SERIUS : Gambar pertunangan Wan Zack Haikal kini didedahkan

Gambar pertunangan Wan Zack Haikal kini didedahkan - Baru sahaja pagi tadi kita dikejutkan dengan berita perpisahan antara Wan Zack Haikal dan Zzati Rashid. Hubungan mereka yang dibina hampir dua tahun itu disahkan berakhir pada Oktober lalu sepertimana dakwaan gosip sebelum ini.

Tidak sampai sehari selepas perpisahan mereka, kini sekeping gambar Wan Zack Haikal bertunang dengan seorang gadis cantik dikenali Syahifah Azmi mula tersebar di laman maya hasil perkongsian blogger brotherssam.

Menurut pemilik blog itu, gambar berkenaan diperolehinya dari seorang rakan kepada Wan Zack Haikal ketika memberikan ucapan tahniah dengan pertunangan beliau. Ramai peminat turut terkejut dengan berita ini kerana bukan Zzati yang menjadi tunangan Wan Zack tetapi orang lain.

Identiti Syahifah Azmi, wanita yang menjadi pilihan pemain bolasepak Kebangsaan dan FC Ryukyu itu masih belum dipastikan namun admin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pertunangan Wan Zack. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke jinjing perkahwinan.

2013 TOP 10 ARTIS KOREA CANTIK SEMULAJADI TANPA PEMBEDAHAN PLASTIK

Disebabkan semuanya melakukan pembedahan, susah untuk cari artis Korea yang sememangnya cantik semulajadi, kiranya yang tersenarai ini sudah cantik sejak muda lagi, mereka ini tidak melakukan sebarang pembedahan plastik seperti mata, dagu, bentuk muka, hidung dan pelbagai lagi. Ramai artis Korea yang menjalani pembedahan plastik untuk tampil cantik. Sebenarnya bukan artis Korea sahaja yang buat pembedahan plastik ni tapi masyarakat Korea yang tidak bersangkutan dengan Tv turut melakukan pembedahan plastik.

YOONA GIRLS GENERATION

Yoona merupakan salah seorang ahli kumpulan Girls Generation. Yoona disukai kerana dia mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa sebarang pembedahan plastik. Malah, Yoona tersenarai di antara 100 wanita tercantik di dunia tahun 2013 oleh Independent Critics. Yoona turut menjadi wanita tercantik di Asia oleh majalah di China.

KIM TAE HEE

Semua wanita, remaja di Korea mahukan wajah seperti pelakon Kim Tae Hee, mata yang besar, bibir tebal dan mempunyai kelopak mata. Sentiasa tersenarai dalam wanita tercantik di Korea. Kim Tae Hee juga baru-baru ini mendedahkan hubungan cinta dengan penyanyi Rain.

PARK SHIN HYE

Semakin digemari kerana lakonan cemerlang dalam drama hebat, The Inheritors. Dalam satu temu bual, Park Shin Hye menjelaskan dia langsung tidak melakukan pembedahan plastik, padanya pembedahan plastik hanya menyakitkan sahaja.

SANDARA PARK 2NE1

Sandara Park berjaya mengekalkan kecantikan asli dan disebabkan itu dia banyak terpilih menjadi CF untuk iklan produk kecantikan di Korea.

SONG HYE KYO

Duta kepada produk kecantikan Laneige, Song Hye Kyo merupakan satu-satunya artis Korea yang tersenarai dalam 100 wanita tercantik di dunia setiap tahun. Dia terpilih bukan sahaja kerana kecantikan semulajadi tetapi juga latar pendidikan yang dimilikinya.

SONG JI HYO

Semua orang sukakan kehebatannya dalam Running Man. Gambar Song Ji Hyo ketika remaja ini pernah disiarkan dalam Running Man.

MOON GEUN YOUNG

Pelakon ini berlakon sejak kecil lagi. Lihat sahaja lakonan Moon Geun Young dalam drama Autumn in My Heart, sungguh cemerlang. Wajahnya ketika zaman remaja sehingga sekarang tidak jauh beza bukan. Mungkin disebabkan itulah, Kim Bum tertarik dengannya.

JANG NA RA

Pelakon ini digelar ‘Babyface’ Korea kerana dia langsung tidak berubah dari dulu sehingga sekarang. Selamanya muda. Dah umur tiga puluh pun masih comel macam ni. Jang Na Ra cukup terkenal di China.

HAN GA IN

Merupakan peminat fanatik G Dragon memiliki kulit yang sangat cantik. Juga tersenarai antara wanita Korea tercantik. Mempunyai paras rupa yang kecil menjadikan dia sentiasa awet muda.

Sumber : 1 dan 2

PERCERAIAN DAN PERKAHWINAN SELEBRITI DI MALAYSIA TAHUN 2013

Mari kita mengimbau semula kenangan manis dan pahit di kalangan selebriti di Malaysia. Bilangan kes perceraian membabitkan selebriti di Malaysia agak tinggi. Timbul persoalan adakah kahwin dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? Kahwin belum sampai setahun, sudah bercerai. Peliknya, yang sudah kahwin berpuluh-puluh tahun dan mempunyai cucu pun bercerai juga. 

Rita Rudaini & Aidil Zafuan

Pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26 dan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 37. Biarpun telah bercerai, konflik mereka dilihat masih berterusan apabila Rita kini menuntut nafkah yang sepatutnya daripada Aidil. Dalam kenyataan Aidil, dia mendakwa marah terhadap SMS Rita terhadapnya yang penuh dengan kata kesat dan mengaku membaca sebanyak 10 kali sebelum menghantar SMS perceraian.

Enot & Zainul Abidin

Pelakon dan pelawak, Enot mengakui sedia meneruskan hidup tanpa suami setelah nekad memfailkan cerai terhadap suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 42. Sebelum itu, Enot juga pernah berkahwin dengan seorang lelaki dan bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan tersebut, Enot dikurniakan dua anak iaitu Andria Balqis, 12 dan Ariana Qaseh Qistina, 6.

Benjy & Safiya Stepance Kar Leng

Anak kepada seniwati Azean Irdawaty, Benjy dilaporkan telah bercerai buat kali kedua dengan isterinya, Safiya Stephance Kar-Leng. Pelakon yang mencetuskan kontroversi kerana pernah didakwa atas tuduhan kes dadah, memberitahu mereka bercerai secara baik kerana dah tak sehaluan lagi tapi mereka masih mempunyai hubungan sebagai kawan baik dan akan menjaga anak mereka berdua dengan baik. Perceraian ini adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan rujuk semula lima tahun lalu. Mereka mendirikan rumah tangga sejak 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 7 tahun.

A. Aida

A. Aida bersama suaminya, Suffian, akhirnya mereka berdua telah menemui jalan penyelesaian apabila mahkamah memutuskan pasangan ini sah bercerai talak dua. Pasangan itu bercerai secara baik dan bersetuju menjaga anak tunggal bersama, namun hak jagaan kekal diberikan kepada Aida. Suami A. Aida mahu menceraikannya dengan talak tiga namun mahkamah tidak mengizinkan.Aida ketika ditemubual meluahkan perasaan terkejutnya serta menganggap keputusan Suffian untuk menceraikannya dengan talak tiga adalah satu penghinaan kepadanya sebagai wanita. Aida dan Sufian bernikah pada 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 4.

Noniswara & Datuk Rosman

Orang ketiga merupakan penceraian kepada pelakon seksi ini. Khabarnya, Maznah Zulkifli yang terkenal dengan aktiviti lasak menjadi punca penceraian tersebut. Dalam kenyataan Noniswara menyatakan mengenai penceraian ini ““Siapa sangka kawan sendiri sanggup mengkhianati saya. Dia juga rakan artis. Saya mengenalinya dengan rapat malah dia pernah meminta saya mencarikan teman lelaki untuknya”.

Ikatan perkahwinan yang dibina selama lima tahun antara Noniswara dan Datuk Rosman terputus di tengah jalan apabila pasangan ini bercerai secara taklik. Nonis membuat tuntutan cerai selepas suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah.

Zahnita Wilson

Model terkenal Zahnita Dorothy Hussein Wilson mengakui yang beliau sudah memfailkan tuntutan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor pada 18 November lalu selepas lapan tahun berkahwin. Mengakui rumah tangganya bergolak semenjak penghujung 2011, Zahnita dan suami telah menghadiri kaunseling sebagai langkah untuk menjernihkan keadaan. Namun, sayangnya semua usaha itu tidak berjaya.

Dalam peristiwa yang pahit pastinya ada kenangan yang manis di dalam tahun 2013 ini. Pada tahun ini juga kita dapat lihat ramai selebriti Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka dengan pilihan pasangan masing-masing. Berita perkahwinan mereka ada yang mendapat reaksi baik dari peminat dan ada juga cetuskan kontroversi seperti pernikahan secara senyap Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Tidak lupa juga “Wedding of the Year” Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin yang menarik perhatian rakyat Malaysia gara-gara isu perkahwinan mereka yang menelan kos jutaan ringgit. Mari kita lihat senarai selebriti yang memilih tahun 2013 untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Aeril Zafril & Wawa Zainal

Rozita Che Wan & Zain Saidin

Fizo Omar & Mawar Fareeda

Beego & Linda Hashim

Diana Amir & Mohd Habib

Black Mentor & Naquya Yasirah

Adam af2 & Fiza Elite

Asyrah Muslim & Wan Sakinah

Izzue Islam & Awin

Wan Maimunah & Makpol Saimon

SEXY : GAMBAR KEKASIH DEMI MOORE YANG LEBIH MUDA 20 TAHUN ( 7 GAMBAR )

Selepas berpisah secara rasmi dengan pelakon Ashton Kutcher, pelakon wanita seksi yang berumur 51 iaitu Demi Moore kini intim dengan pemain dram Sean Friday, berumur 30-an. Mereka kelihatan amat mesra semasa menyambut tahun baru di pantai Mexico. Demi Moore dan anaknya, Rumer mengenali Sean selepas mereka kerap dilihat semasa kumpulan muzik Dead Sara yang dianggotai oleh Sean membuat persembahan. Yang menariknya ibu Sean Friday berumur 55 tahun iaitu tua 4 tahun berbanding teman wanita anak lelakinya dan teman lelaki barunya berumur lebih kurang sama dengan bekas suaminya.