Thursday 13 February 2014

Sadis - Wanita Gaji Mahal Dikikis Suami, Didera, Dipukul ....

Masalah rumahtangga ni bukan masalah baru.. Sejak berzaman dulu. Tambah lagi dengan kehidupan moden sekarang yang totally kapitalis. Ada duit, ada barang. Takde duit, tersengih terlopong jer la tengok orang posting dalam facebook. So, bila terlalu banyak kepala otak di asuh dengan comparison posting dalam facebook, minda secara langsung tak langsung memberontak. And akhirnya mulalah terjadinya pertikaian compare suami dia ni mcm ni, mcm ni.. Isteri dia ni mcm ni, mcm ni..


Apa pun, dalam hidup berdua ni, bertiga, berempat berlapan sekalipun. Toleransi and didikan asuhan agama serta tutur kata menjadi peranan. Wanna be happy dengan pasangan, jangan egois!

Pengorbanan mereka mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga bukan saja tidak dihargai, malah suami yang mereka tanggung bertindak kejam dengan memukul, mengugut serta mendera secara seksual.

Itu nasib tiga wanita berjawatan tinggi yang menjadi mangsa penganiayaan suami masing-masing, menyebabkan hidup mereka menderita biarpun selepas seorang daripada mereka bercerai.Mangsa pertama mahu dikenali sebagai Ayu, 30

Bekerja sebagai pengurus syarikat swasta, 30, berkata, dia berkahwin dengan suaminya yang bekerja sebagai juruteknik pada 2008 atas dasar suka sama suka.
Selepas hampir empat tahun hidup bersama pelbagai masalah timbul kerana suami yang gajinya lebih rendah, hanya tahu menghabiskan wang dan langsung tidak menyumbang dalam nafkah zahir.“Saya sedar gaji dia tak banyak dan saya juga tak kisah jika banyak urusan tanggungan keluar menjadi tanggungjawab saya, tapi siapa yang boleh tahan jika hampir semua duit gaji saya dia ambil.

Info Asal : Hmetro

No comments:

Post a Comment