Tuesday 7 January 2014

COOL - TRIPITAKA KOREANA : PERPUSTAKAAN BERUSIA 900 TAHUN (17 GAMBAR)

Tripitaka Koreana ialah koleksi kitab suci Buddha iaitu Tripitaka yang diukir di atas 81258 tablet kayu. Koleksi ini adalah antara khazanah dunia yang diiktiraf oleh UNESCO dan sudah berusia 868 tahun. Kenapa kitab suci ini diukir pada permukaan kayu dan tidak dicetak? Mengikut kepercayaan Korea pada ketika itu, bagi memastikan doa anda makbul anda perlu mengukir kitab suci ini di atas permukaan kayu. Pada tahun 1232 ukiran asal Tripitaka ini musnah dibakar oleh penceroboh mongol. Pada tahu 1236, Raja Gojong ialah raja Korea pada ketika itu mengarahkan ukiran suci ini dihasilkan semula bagi memastikan penceroboh Mongol akan dapat dihalau keluar. Kerja mengukir bermula pada tahun 1236 dan siap sepenuhnya pada tahun 1251. Adalah dipercayai sebanyak 30 orang sami bekerja selama 16 tahun bagi mengukir 52,382,960 huruf di atas permukaan kayu secara manual. Persiapan bagi menghasilkan kayu yang diukir juga amatlah sukar. Kayu pokok birch yang terpilih dipoton sebelum direndam di dalam air laut selama 3 tahun. Kemudian kayu ini dikeringkan pula selama 3 tahun tahun. Selepas diukir ia disaluti dengan pelaka beracun bagi memastikan serangga tidak akan memakannya. Pada tahun 1398 keseluruhan koleksi ini dipindahkan ke Haensa, sebuah kuil Buddha yang terletak di Provinsi Gyeongsang Selatan sehingga sekarang. Menarik melihat ukiran suci ini masih kekal sehingga sekarang. 



Laporan asal Tripitaka

No comments:

Post a Comment