Friday 24 January 2014

SERIUS : Lee Chong Wei Akan Bersara Dalam Masa Terdekat?



Ada ura-ura mengatakan Datuk Lee Chong Wei akan bersara dalam masa terdekat atas faktor kesihatannya yang kini semakin merusut. Almaklumlah, umur pun semakin meningkat dengan umur sekarangnya 31 tahun.

Berikut adalah kata-kata beliau

"Sampai satu masa saya kena berundur juga, saya harap Liew Daren dan Chong Wei Feng (pemain perseorangan lelaki negara) boleh menggantikan saya, mereka perlu memberikan prestasi yang terbaik pada tahun ini.Tetapi jika prestasi tahun ini bagus dan bebas dari segala kecederaan berkemungkinan besar Datuk Lee Chong Wei akan meneruskan perjuangan dalam badminton

Datuk Lee Chong Wei akan tetap meneruskan permainan di Sukan Sea Asia dan Sukan Komanwel yang akan berlangsung tidak lama sahaja lagi pada tahun ini. Selepas itu, baru beliau memikirkan sama ada bersara atau meneruskan perjuangan dalam badminton.

Secara jujurnya pada pandangan aku, seeloknya bersara awal selepas sukan komanwel kerana kita tidak tahu apa akan jadi selepas ini dan mungkin akan mendapat kecelakaan yang teruk jika bermain badminton secara berterusan. Tambahan lagi, Malaysia akan cuba memantapkan pemain keseorangan Liew Daren dan Chong Wei Feng tanpa mengharapkan Datuk Lee Chong Wei yang selama ini menjadi pengharapan tunggal buat negara Malaysia.

Berhenti mengharap dan lakukan dengan terbaik bagaimana meningkatkan lagi mutu pemain badminton Malaysia. Ini kerana sukan Badminton adalah paling popular selepas sukan Bola sepak di Malaysia.

No comments:

Post a Comment