Tuesday 4 February 2014

WTF : Cemburu Itu Buta, Umur 80 Tahun Pun Bergaduh Kerana Cinta



Singapura: Seorang penjaga gereja didenda S$3,000 (RM7,864)) dan dipenjara selama sehari selepas mengaku salah cuba mencederakan seorang lelaki yang disyaki menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya.

Lim Song Chong, 80, dilaporkan mengesyaki teman wanitanya mempunyai hubungan sulit dengan pemilik rumah kekasihnya itu.

Menurut sumber, dia kemudian bersemuka dengan Cheong Yee Mun, 65, di gereja yang dijaganya dan berlaku pertengkaran.

“Lim didakwa melempar pisau dapur ke arah lelaki terbabit tetapi tidak terkena apabila mangsa bersembunyi di balik tiang. “Lim turut melempar payung, pisau lipat dan gunting ke arah Cheong,” katanya.

Cheong pula dilapor mempertahankan diri dengan alat pemadam api.

Polis kemudian tiba untuk menyuraikan pergaduhan itu. Lim juga didakwa kerana mengugut mangsa. – Agensi – myMetro

No comments:

Post a Comment