Sunday 12 January 2014

COOL - WAT DENGAN 1 000 000 PATUNG BUDDHA (14 GAMBAR)

Wat Phra Dhammakaya ialah kompleks wat Buddha terbesar di Thailand dengan luas 4 kilometer persegi. Di tengah-tengah kompleks ini terdapat sebuah stupa gergasi yang menyerupai sebuah UFO. Pada permukaan luar stupa ini diletakkan 300 000 patung gangsa yang disadur emas manakala di bahagian dalamnya terdapat 700 000 patung yang sama. Setiap hari ratusan ribu pengikut Dhammakaya akan bertafakur dan berdoa secara pukal. Kompleks gergasi ini juga merupakan tempat tinggal bagi 3000 orang sami. Pegerakan Buddha Dhammakaya ini dipenuhi kontroversi kerana dikatakan menyimpang dari ajaran sebenar. Ia diasaskan pada tahun 1970 dan semakin berkembang. Kompleks Wat Phra Dhammakaya yang bernilai USD 1 Billion ini dibina menggunakan wang sedekah pengikut. Terdapat dakwaan yang mengatakan terdapat penyelewengan wang dikalangan pihak atas pergerakan agama ini. Sungguhpun begitu Wat Phra Dhammakaya masih menjadi tarikan pelancong dan ratusan ribu pengikutnya. Jika anda ke Thailand Wat Phra Dhammakaya terletak hanya 16 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok. Look cool!



Laporan asal AmusingPlanet

No comments:

Post a Comment