Sunday 12 January 2014

SERIUS : 'Sultan Melaka' Tawar Dr Maza Jadi Mufti Melaka?

BEKAS Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai DrMAZA telah mengeluarkan status tweet bertanyakan kepada ‘Sultan’ Melaka Raja Noor Jan Shah kenapa beliau teringin sangat menuntut takhta Sultan di negeri paling bersejarah itu?


“Kenapa nak jadi Sultan sangat?” kata DrMAZA dalam tweetnya melalui akaun Twitter beliau @realDrMAZA.Membalas tweet dari DrMAZA, Raja Noor Jan berkata bukan kehendak beliau untuk menjadi Sultan tetapi ia kehendak negeri.

“Bukan ‘beta’ yang nak jadi Sultan, negeri Melaka yang perlukan beta, Nak jadi mufti beta?” katanya sambil menawarkan jawatan Mufti Melaka kepada DrMAZA.

Kemudian, DrMAZA dilihat tidak menyambung perbualan di Twitter selepas menyedari Raja Noor Jan sudah mula merepek dengan menawarkan pula jawatan di bawah pemerintahan yang tak wujud pun.

Mungkin DrMAZA akur kesilapannya memulakan perbualan dengan individu yang tidak berapa nak betul tu, seraya terus membuat keputusan tidak meneruskan perbualan.

Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ sebaliknya ulamak muda Umno yang juga seorang dari Exco Pergerakan Pemuda turut diusik oleh pengguna Twitter lain sama ada ingin mencuba nasib menjadi Mufti negeri Melaka.

Ustaz Fathul Bari yang menjawab gurauan itu menyindir DrMAZA dengan berkata biasanya Sultan akan mengambil orang yang setaraf dan sehaluan dengan ‘baginda’ sahaja untuk menjadi pegawai kanan kerajaan seperti mufti.


Ustaz Fathul Bari menyindir DrMAZA selepas kes laman Facebook beliau tanpa usul periksa memuatnaik gambar hiasan dalaman sebuah jet dan mendakwa ia adalah jet baru kegunaan Perdana Menteri yang selepas itu terbukti palsu.

Raja Noor Jan pula tiba-tiba kini muncul menuntut kembali takhta Sultan dengan membawa bukti surat pengiktirafan dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bahawa beliau adalah sebenarnya Sultan Melaka.

Dalam politik, semua babak dan gelagat ada. Ada serius, marah dan ada juga kelucuannya. Seperti kes Raja Noor Jan yang membuatkan ramai tertawa kerana kelucuan tuntutan dan juga lagak tuan empunya badan itu.

Mengenai akaun Twitter Raja Noor Jan, tidak diketahui siapa yang mengendalikan akaun Twitter berkenaan kerana ada tweet bahawa Raja Noor Jan berjanji untuk belanja semua rakyat Melaka air sirap selasih secara percuma, “free flow’ lagi.

No comments:

Post a Comment