Thursday 6 February 2014

Sadis - Rumah Urut Berahi Yang Menjadi Santapan Polis



Gombak: 

Tiga rumah urut menawarkan urutan ala Thai sekitar Rawang di sini, diserbu dalam Ops Noda oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, malam kelmarin.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata :

Dalam operasi itu seramai 16 wanita warga Thailand yang ditahan, dipercayai turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka.

“Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan yang menggajikan pekerja warga asing ini.

“Selain itu, polis turut merampas wang tunai RM180, empat kondom, lima botol minyak urut, empat tuala, kunci bilik dan kertas jadual kerja,” katanya.Rohan Shah berkata, semua wanita warga Thailand yang ditahan itu berusia antara 20-an hingga 30-an.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen kerana bekerja tanpa permit sah dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan pelacuran,” katanya.

Pemilik premis boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing tanpa permit. Eh??

“Kegiatan mereka juga akan disiasat di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2007 serta Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana mengurus dan menjalankan premis pelacuran,” katanya.

No comments:

Post a Comment