Thursday 6 February 2014

SERIUS : Anti Islam - Umat islam Di Bangui Di Bunuh Pelampau Kristian

Rohingya, tak terbela, palestin jangan cakap la.. Now kat afrika.. Dari sumber dari menyatakan ada puak yang bernama anti balaka... Yang mmg anti islam di afrika..


BANGUI - REPUBLIK AFRIKA TENGAH. 



Sekumpulan pelampau Kristian bertindak menyerbu dan membakar rumah penduduk Muslim di ibu negara Republik Afrika Tengah.


Dipetik Press TV:
Insiden itu menyebabkan orang Islam di kawasan kejiranan Miskin terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Difahamkan, serangan terbaru tersebut terjadi sehari selepas Ketua Delegasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Georgios Georgantas menyuarakan kebimbangan terhadap insiden keganasan agama.


Januari lalu, dua penduduk Islam di kawasan kejiranan sama maut akibat ditetak lelaki bersenjatakan parang.  
Konflik di Republik Afrika Tengah itu tercetus selepas bekas Presiden Francois Bozize digulingkan militan Seleka, Mac lalu.


Bagaimanapun, konflik berdarah di negara tersebut memuncak selepas kumpulan pelampau bersenjata Kristian melancarkan serangan ke atas orang Islam hingga menyebabkan lebih 2,000 terkorban, Disember lalu.

No comments:

Post a Comment