Thursday 6 February 2014

Ganas - Patung Lilin iCity Kena Pedajal !

Pihak icity dah maklum, pameran tu masih berjalan seperti biasa cuma area yang terbakar tu ditutup.. Saper nak tengok lebih details patung kena bakar.. Bleh la ziarah pusara patung terbakar di icity shah alam..




Polis memburu tiga lelaki bertopeng yang membakar patung dalam muzium lilin pertama negara, Red Carpet@i-City selepas meneliti bukti dikemukakan i-Berhad ketika membuat laporan polis mengenai kejadian berlaku Rabu lalu.

“Polis meneliti rakaman berkenaan yang diserahkan syarikat itu dan gerakan memburu tiga lelaki memecah masuk muzium sebelum membakar patung berkenaan, kini giat dijalankan.

“Mereka yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api,” katanya.

Sementara itu, i-Berhad dalam kenyataan dikeluarkannya di sini, semalam, menyatakan muzium itu beroperasi seperti biasa dengan hanya menutup bahagian utama pameran untuk kerja baik pulih.

No comments:

Post a Comment