Friday 14 February 2014

KERAJAAN MEXICO HARAMKAN PENGGUNAAN NAMA FACEBOOK, PANTIES, RAMBO, LADY DI



Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa nama yang tidak boleh diberikan kepada anak baru lahir di Mexico. Hal ini ditegah apabila ibu bapa di Senora, sebuah negeri di Mexico tidak lagi dibenarkan menamakan anak mereka seperti Facebook, Panties, Rambo dan pelbagai lagi.

Pengarah Pendaftar Awam Sanora, Cristina Ramirez berkata, nama yang diharamkan itu kini hanya ditemui hanya satu dalam setiap pendaftar negeri. Nama-nama tersebut dianggap menghina, undang-undang melarang penggunaan 61 nama yang dianggap ‘menghina’ atau tidak mempunyai maksud logik dan sebagai percubaan melindungi kanak-kanak daripada dibuli.

Menurut Ramirez, antara nama yang dilarang diberikan kepada anak seperti Facebook, Panties, Rambo, Juan Calzo, Juan Panties, Marciana, Martian, Lady Di, Circuncision atau Circumcision. Malahan, nama Rambo turut diharamkan.

No comments:

Post a Comment