Friday 14 February 2014

FACEBOOK KINI TAMBAH “TRANS” ,”BIGENDER”, “ANDROGYNOUS” SEBAGAI PILIHAN JANTINA



Selalunya hanya terdapat dua pilihan sahaja dalam profil jantina, iaitu male (lelaki) dan female (perempuan) . Namun laman sosial paling popular Facebook baru- baru ini telah mengumumkan yang mereka akan memberi pilihan yang lebih daripada itu untuk pilihan jantina . Antara 50 pilihan yang ditawarkan termasuklah, “bi-gender”, “transgender”, “androgynous” dan”transsexual” yang menurut mereka akan membolehkan pengguna Facebook mengekspreskan diri mereka dengan cara yang lebih authentic , menurut Facebook dalam satu pos.


Pengguna juga boleh memilih untuk membahasakan diri mereka sebagai ”he”, “she” atau they”.


Pilihan ini bagaimanapun hanya ditawarkan kepada pengguna yang menggunakan Facebook dalam US English sahaja.

Langkah itu mencerminkan pengaruh yang semakin meningkat dari gerakan hak transgender di Amerika Syarikat, yang menuntut hak sivil yang serupa dengan komuniti gay, kata BBC Alistair Leithead di Los Angeles.

Transgender Law Center yang berpengkalan di San Francisco menyambut baik langkah itu, dan berpendapat yang ramai golongan transgender akan teruja dengan berita tersebut.

Satu anggaran dalam satu laporan oleh Institut Williams pada tahun 2011 berkata, dianggarkan 0.3% daripada orang dewasa di Amerika Syarikat adalah transgender, hampir 700,000 orang.

No comments:

Post a Comment