Tuesday 31 December 2013

Felixia Yeap Yang Cantik Menawan Bertudung (15 GAMBAR)

cairan hati melihat Felixia Yeap bertudung dan memakai baju kurung. Untuk anda yang tidak mengetahui, Felixia adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Memang seksi gila posing yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu. Namun kini, cun melecun, ayu, menawan dan manis sangat apabila Felixia bertudung.


Namun menerusi tulisannya di felixiayeap.blogspot.com, Felixia melahirkan kekecewaannya apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakannya bertudung dan memakai baju kurung/jubah seperti gadis Muslimah yang lain. Ini kerana Felixia masih lagi melakukan tugasannya selaku model majalah-majalah yang nyatakan di atas. Ada pihak yang menuduh Felixia sengaja mengambil kesempatan, “poser“, dan tidak ikhlas berubah.

Baru-baru ini Felixia telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah. Menarik sungguh temubual yang diadakan olehnya. kata-katanya “Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati“. Walaupun masih belum memeluk Islam, nampaknya Felixia lebih memahami sebab Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.



Lagi beberapa gambar comel Felixia Yeap bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.




No comments:

Post a Comment