Tuesday 31 December 2013

COOL - : JAMBATAN DENGAN GONDOL PENGANGKUT KENDERAAN (20 GAMBAR)

Transporter Bridge yang mempunyai gondola bagi mengangkut kenderaan menyeberangi sungai. Jambatan di bawah terletak di Newport Wales dan dibina merentangai Sungai Usk. Ia berketinggian 74 metertinggi dan sepanjang 197 meter. Terdapat sebuah gondola yang terapung yang mampu membawa 6 buah kereta pada satu-satu masa pada kelajuan 3 metersesaat. Newport Transporter Bridge sudah beroperasi sejak 1906 dan kini adalah salah sebuah dari 6 struktur seumpanya yang masih berfungsi di dunia. Bagi menggerakkan gondola 2 buah motor elektrik 35 kuasa kuda digunakan. 


Kenapa jambatan biasa ataupun bot digunakan di Newport bagi memindahkan kenderaan bagi menyeberangi Sungai Usk? Ketika dibina kedua-dua bahagian tebing sungai sudahpun sesak. Kerana perbezaan paras air ketika pasang dan surut, adalah sukar bagi kenderaan untuk turun dan naik dari bot. Bagi membina jambatan pula sebuah jambatan tinggi diperlukan bagi membolehkan kapal tengah tiang layar melintas di bawahnya. Dari segi kos dan rekaan yang paling praktikal, transport bridge ialah yang paling sesuai digunakan. Cool design. 

Laporan asal NewPort

No comments:

Post a Comment