Tuesday 31 December 2013

Jangan Mainkan Perasaan Wanita, Nasihat Izreen Kepada Johan

Rasanya semua orang tahu yang Izreen Azminda satu ketika dahulu pernah bercinta dengan Johan As’ari. Kalau anda tak tahu, satu ketika dahulu, Johan pernah mengajak Izreen bertunang. Namun seperti yang anda boleh agak, hubungan mereka putus di tengah jalan. Kini Izreen bahagia di samping suami dan anak tercinta.



Tampil menerusi Mstar Online hari ini, Izreen menasihatkan Johan agar berhenti mempermainkan hati wanita. Kata Izreen:-

Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta. Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya.

Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius. Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing


Hehehe. Sepatutnya Johan sebagai seorang lelaki tak perlu dinasihatkan bab-bab cinta ini. Tak apalah. Kita tak tahu sama ada Johan benar-benar mencintai mereka yang pernah terlibat dengan dirinya atau sekadar main-main cinta sahaja. Apa pun, tahun 2014 tinggal 2 hari sahaja lagi. Semoga tahun ini Johan meletakkan “taknak mainkan hati perempuan lagi” sebagai salah satu azamnya. Hehehe.

Saya Tak Rindu Mizz Nina Yang Dulu – Mizz Nina

Suka mengenai penghijrahan Mizz Nina ialah ketiadaan publisiti, cerita atau kisah tentang perkara tersebut. Daripada seorang penyanyi yang ligat menari di atas pentas, tup-tup dah pakai tudung. Tak ada kecoh sana sini. Senyap je. Dan Mizz Nina hanya tampil bercerita mengenai penghijrahannya selepas beberapa bulan melakukan perubahan tersebut.


Menerusi Pancaindera semalam, tertarik dengan kata-kata Mizz Nina yang sudah melepaskan sepenuhnya dirinya yang dulu. Tiada lagi Mizz Nina yang menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas. Kata Mizz Nina:-

Tidak. Saya tak rindukan dia (Mizz Nina yang dulu). Saya dah lepaskan segalanya. Semuanya mengenai Mizz Nina dahulu tak lebih daripada sekadar stu pesona bintang di atas pentas hiburan.

Saya sudah rasai semua itu jadi tak ada apa lagi yang saya mahu kejarkan. Namun ya, kadangkal saya rindu untuk menari. Dah bertudung tak beerti saya tak boleh menari bukan? Saya boleh menari semasa menghadiri kelas senaman atau di rumah, betul tak?


Sikap positif sebegini seharusnya ada dalam setiap wanita Islam yang bertudung. Mengikut tuntutan Islam bukan bermakna semua perkara tidak boleh dilakukan. Ada caranya untuk meneruskan minat anda. kata-kata Mizz Nina yang diluahkan semalam.

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkan amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimat saat masih hidup ini?

Saya buat semua ini dengan hati yang terbuka. Setiap hari saya tanam azam mahu menjadi lebih baik dari semalam. Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang muslim.

Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.

Kalau ada yang terinspirasi dengan perubahan saya ini, Alhamdulillah. Baguslah apa salahnya kita berubah bersama-sama. Itu lebih baik.


Terbaik bukan kata-kata yang diucapkan Mizz Nina? 

Felixia Yeap Yang Cantik Menawan Bertudung (15 GAMBAR)

cairan hati melihat Felixia Yeap bertudung dan memakai baju kurung. Untuk anda yang tidak mengetahui, Felixia adalah seorang model yang hasil kerjanya sering terpampang di FHM, Playboy dan banyak lagi. Memang seksi gila posing yang pernah dibuatnya satu ketika dahulu. Namun kini, cun melecun, ayu, menawan dan manis sangat apabila Felixia bertudung.


Namun menerusi tulisannya di felixiayeap.blogspot.com, Felixia melahirkan kekecewaannya apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakannya bertudung dan memakai baju kurung/jubah seperti gadis Muslimah yang lain. Ini kerana Felixia masih lagi melakukan tugasannya selaku model majalah-majalah yang nyatakan di atas. Ada pihak yang menuduh Felixia sengaja mengambil kesempatan, “poser“, dan tidak ikhlas berubah.

Baru-baru ini Felixia telah tampil di sebuah rancangan di TV Al-Hijrah. Menarik sungguh temubual yang diadakan olehnya. kata-katanya “Felixia rasa selamat bila pakai baju muslimah, rasa terlindung dan rasa lebih dihormati“. Walaupun masih belum memeluk Islam, nampaknya Felixia lebih memahami sebab Islam menyuruh penganutnya menutup aurat.



Lagi beberapa gambar comel Felixia Yeap bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Felixia Yeap.




Diyana Halik, Isteri Aaron Aziz Makin Manis Bila Bertudung (8 GAMBAR)

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz iaitu Diyana Halik telah mengumumkan bahawa dirinya akan memakai hijab. Banyak pihak terutama peminat dirinya teruja untuk melihat wajah terbaru Diyana. Kini menerusi akaun Instagramnya, Diyana telah berkongsi beberapa keping gambar dirinya dengan penampilan bertudung.



Aeril Zafrel, Wawa Zainal & Anak Bercuti Di London

Semenjak dua menjak ini memang ramai sungguh rakyat Malaysia terbang ke London untuk bercuti. Mungkin harga tiket kapal terbang yang ditawarkan murah. Terbaru, Wawa Zainal, Aeril Zafrel dan anak mereka juga turut ke sana. Sambil bercuti, sambil berbulan madu. Seronok Abang Nara melihat kebahagiaan keluarga ini setelah dilanda kontroversi sepanjang tahun 2013. Semoga tahun 2014 akan membawa lebih banyak sinar kebahagiaan buat mereka. 


LOL - BUNTING PENCETAK KAD KAHWIN YANG KREATIF

Well played sir. Hanya di Malaysia!



Laporan asal BlueCystalDude via ZaraDevlin

SERIUS - LEBUHRAYA TENGGELAM 300 KAKI DITELAN BUMI AKIBAT GEMPA DI MEXICO (12 GAMBAR)

Sebahagian Lebuhraya Ensenada yang terletak di Mexico tenggelam sedalam 300 kaki akibat gempa bumi yang melanda wilayah berhampiranTijuana semalam. Jalan sepanjang 1000 kaki tenggelam akibat tanah runtuh dan mengakibatkan lebuhraya sepanjang 60 batu ini ditutup untuk beberapa minggu. Berita baik disini ialah tiada kehilangan nyawa dilaporkan akibat runtuhnya lebuhraya ini. Lucky people!



Laporan asal NyDailyNews

COOL : PANTAI TERCANTIK DI AUSTRALIA (12 GAMBAR)

Pantai paling terkenal di Australia ialah Pantai Bondi. Tetapi tahukah anda pantai terbaik di Australia sebenarnya terletak di Pulau Whitsunday Queensland? Pantai Whitehaven ialah pantai sepanjang 7 kilometerdengan pasir yang putih. Ini adalah kerana kandungan silicanya yang tinggi. Pantai ini ditemui pengembara barat pada tahun 1879 dan sejak dari hari itu ia menjadi tumpuan pelawat. Untuk ke pantai ini anda perlu menaiki bot ataupun kapal terbang. Bagi menjaga kebersihan pantai pengunjung diharamkan menghisap rokok atau membawa anjing. Pada tahun ini Whitehaven sekali lagi dinobatkan sebagai pantai terbaik Australia dan ke-3 terbaik di dunia. Rasa macam nak pergi. Pantai putih dan air turquoise nampak sangat heavenly! 



Laporan asal Wikipedia