Monday 27 January 2014

WTF - Remaja Di Ajak Melalui WeChat Buat Seks Songsang Di Hotel

Dayyumm. Semakin maju kepala otak semakin menggila. Budak sekarang dah tak sama macam budak dulu, btw kalau korang nak kahwin pastikan korang jangan terlalu manjakan anak dengan gadget. Cuba tengok, berapa ramai ibubapa memujuk anak mereka dari menangis dengan memeberi phone? 


Dammmmm!

Segelintir remaja perempuan bawah umur di negara ini lebih kemaruk bertukar-tukar gambar bogel sesama jantina menerusi telefon bimbit sebelum hubungan songsang mereka berakhir di ranjang.



Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.

Seorang wanita mahu dikenali sebagai Mia, 25, berkata, dia dipelawa hampir 30 wanita,termasuk gadis bawah umur, yang berminat menjadikannya pasangan songsang selepas berhubung melalui WeChat.


“Saya pasti semua mereka lesbian. Walaupun baru dua hari berkenalan, mereka tanpa segan silu menghantar gambar bogel mereka kepada saya dan meminta saya menghantar gambar sama kepada mereka.

“Selepas itu ada yang ajak saya ke hotel untuk melakukan hubungan seks songsang,” katanya ketika ditemui Metro Ahad disini.

Info Asal : HMetro

No comments:

Post a Comment