Serious memang power gila Sabah!
Laporan asal KennLeAndre
Ada penduduk tempatan yang kurang menyenangi tindakan PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi wakil rakyat di situ.
Beberapa pengundi yang ditemui masih kurang jelas akan manfaat pilihan raya kecil itu buat mereka.
Samuri Dahlan, 57, (kiri) tidak faham sebab pilihan raya kecil itu perlu diadakan kerana bekas wakil rakyat, Lee Chin Cheh masih hidup dan sihat.
Pemilik kedai makan itu berkata kerajaan negeri sepatutnya fokus kepada membangunkan bandar Kajang, dan bukan mencetuskan satu lagi pilihan raya kecil.
“Kenapa dalam masa terdekat kena ada pilihan raya? Sepatutnya (pilihan raya) ada bila wakil rakyat meninggal dunia.
“Jika penuhi kemahuan peribadi, tak perlulah menerusi pilihan raya.
“Tidak tahu kenapa ADUN itu letak jawatan, sudah pasti adanya pembaziran jika hanya suka-suka, buang masa dan duit,” katanya yang memiliki nama sama dengan pengasas sate Kajang, Datuk Samuri Juraimi.
Seorang lagi pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Lilyzurey, 35, dari Taman Sungai Kantan, merasakan tindakan tersebut mempermainkan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya lepas.
“Bekas ADUN ini dia macam mempermainkan mandat rakyat kepada dia. Sesuka hati hendak bagi peluang kepada orang lain (Anwar).
“Sultan sudah perkenan dia sebagai ADUN. Sepatutnya kalau kes macam ini bekas ADUN perlu didenda. Dia tak boleh sewenang-wenang buat macam ini,” katanya.
Rus Azlan Othman, 29, (kiri) dari Saujana Impian pula mahu kekosongan kerusi itu diisi segera demi manfaat penduduk Kajang.
“Tak tahu apa sebab dia (Lee) letak jawatan tapi tempat yang kosong tu perlu diisi dalam masa sebulan.
“Perkara ini ada pro dan kontra, buat dalam masa terdekat, PRK tak membazir sangat.
“Kalau buat lewat, kita rakyat tiada tempat mengadu, memang pembaziran masa, memang membazirlah PRK tu, tapi kalau tak buat PRK pun masalah juga,” katanya.
Sementara itu, Chen Chooi Har, 36, berpendapat Anwar tidak diperlukan di Kajang dan berasa ‘ditipu” dengan percaturan politik demikian.
“Saya rasa tertipu dengan PKR, Lee Chin Cheh menang dan saya tak nampak dia di sini, pengundi yang mengundi Lee pada 5 Mei buta sehingga menolak BN.
“Apa PKR buat sehingga ini belum jelas dan saya berasa ditipu,” katanya.
Seorang suri rumah, Agnes Lee, 42, (kiri) kecewa kerana tahun lalu adalah kali pertama beliau mengundi di Kajang dan kini terpaksa keluar mengundi sekali lagi.
“Pilihan raya patut berlaku pada waktu khas, tetapi apabila anda (PKR) mengadakan pilihan raya itu sekarang, saya tidak bersetuju.
PAS Selangor menolak secara terbuka cubaan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar baru manakala sayap pemudanya bertekad memulau pilihan raya kecil DUN Kajang yang akan ditandingi oleh Ketua Pembangkang itu.
Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim terkilan dengan peletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah oleh bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh semalam untuk memberi laluan kepada Anwar.
“Ia ibarat mengkhianati amanah daripada rakyat yang telah meletakkan kepercayaan penuh, apatah lagi majoriti undi yang diperoleh Chin Cheh adalah agak besar iaitu 6,824 undi.
“Perbelanjaan untuk pilihan raya kecil juga akan melibatkan dana daripada wang rakyat dalam jumlah yang agak besar,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan PKR untuk Anwar diletakkan sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.
Syarhan berkata Pemuda PAS Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan yang dilihat membelakangkan rakan daripada Pakatan Rakyat dalam membuat keputusan terbabit.
“Melihat situasi yang berlaku, perletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Tindakan untuk menyelesaikan masalah dalaman dan pentadbiran parti tidak seharusnya membabitkan pembaziran wang rakyat,” ujarnya.
Beliau mengingatkan PKR bahawa Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh PAS, PKR dan DAP.
“Tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik antara Pakatan Rakyat dan memberi imej negatif kepada rakyat,” tegasnya.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.
Menawarkan 'pelan damai' kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.
Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.
"Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan," katanya.
Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.
"Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat," katanya.